iSEJAHTERA(CARA DAFTAR KEMASKINI & SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN KEBAJIKAN)

iSEJAHTERA (CARA DAFTAR KEMASKINI & SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN KEBAJIKAN)

iSEJAHTERA (CARA DAFTAR,KEMASKINI & SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN KEBAJIKAN)

 

APA ITU SISTEM iSEJAHTERA

Sistem iSEJAHTERA adalah portal yang menguruskan program kebajikan kerajaan negeri Pulau Pinang

 

JENIS PROGRAM KEBAJIKAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

Berikut adalah jenis-jenis Program Kebajikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telah diwujudkan :

  1. Program Penghargaan Warga Emas
  2. Program Bantuan Ibu Tunggal
  3. Program Bantuan OKU
  4. Program Anak Emas
  5. Program Bantuan Ibu Emas

 

SYARAT PROGRAM KEBAJIKAN

Boleh rujuk syarat program kebajikan disini

Bagaimanakah caranya untuk membuat permohonan Program Kebajikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang?

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang pendaftaran yang diberikan secara percuma dan boleh diperolehi di semua Pejabat Daerah, Pusat Khidmat ADUN / Parlimen atau Pejabat Masyarakat Penyayang, Paras 46 KOMTAR dan kembalikan borang tersebut beserta dokumen sokongan yang diperlukan mengikut jenis program yang dipohon.

Bagi permohonan secara online, hanya Program Anak Emas, Warga Emas, Ibu Emas dan Ibu Tunggal sahaja boleh dilakukan.

 

DAFTAR PROGRAM WARGA EMAS,IBU TUNGGAL,ANAK EMAS,IBU EMAS melalui Portal iSEJAHTERA

Sila ke portal https://isejahtera.penang.gov.my/

Kategori ini membolehkan pengguna melakukan semakan permohonan, pendaftaran baru (mengikut Program tertentu seperti Anak Emas) dan pengemaskinian maklumat (bagi Program Ibu Emas dan Ibu Tunggal).

Semakan boleh dibuat dengan memasukkan no kad pengenalan iaitu MyKad atau MyKid (bagi Anak Emas) dan keputusan semakan akan memaparkan status permohonan.

 

Bantuan Ibu Tunggal iSejahtera

Syarat-syarat permohonan:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.
  • Bercerai atau kematian suami.
  • Berumur bawah 60 tahun semasa mendaftar.
  • Tidak berkahwin semula.
  • Sekiranya pemohon berkahwin semula, sila maklumkan kepada Pejabat Daerah. Kegagalan berbuat demikian adalah satu kesalahan dari segi syarat-syarat program ini.

 

Cara Pendaftaran Bantuan Ibu Tunggal iSejahtera

Pemohon yang ingin memohon Bantuan Ibu Tunggal ini boleh mendaftar secara atas talian (online).

Permohonan manual juga boleh dibuat dengan mengisi borang pendaftaran yang diberikan secara percuma dan boleh diperolehi di semua Pejabat Daerah, Pusat Khidmat ADUN / Parlimen atau Pejabat Masyarakat Penyayang, Paras 46 KOMTAR dan kembalikan borang tersebut beserta dokumen sokongan yang diperlukan mengikut jenis program yang dipohon.

Bagi permohonan online, sila daftar di https://isejahtera.penang.gov.my

 

KEMASKINI iSEJAHTERA

Tarikh tutup bagi pengemaskinian EFT dan pendaftaran baharu bagi tahun ini telah ditetapkan pada (akan Dikemaskini). Sebarang pendaftaran/ pengemaskinian maklumat EFT melepasi tarikh ini akan hanya diproses/ mula menerima sumbangan pada tahun berikutnya.      

Baca tentang SENARAI BANTUAN KERAJAAN PULAU PINANG 

 

MAKLUMAT PERHUBUNGAN

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau maklumbalas mengenai “Program Kebajikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang”, sila hubungi kami menggunakan borang maklum balas di sebelah atau alamat yang tertera di bawah.

  • Nama Pegawai: Encik Nazirul Amri / Cik Koay Gaik Kee / Cik Josephine Tan Mei Ling
  • No. Telefon: 04-650 5699 / 04-650 5700 / 04-650 5701
  • No. Faks:  04-261 1064
  • Alamat: Pejabat Masyarakat Penyayang, Paras 46, Bangunan Komtar 10503, Pulau Pinang

5 thoughts on “iSEJAHTERA(CARA DAFTAR KEMASKINI & SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN KEBAJIKAN)”

  1. I m 68 years old and i don’t have any bank account. Appreciate your advice as to how to register myself for the wargamas bantuan.

    ps. I believe I’m still a DAP member.

    Balas

Leave a Comment