JADUAL PERGERAKAN GERAK MALAYSIA
Berdasarkan Sidang Media Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, CP Dato’ Huzir Mohamed bersama Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Encik Al-Ishsal Ishak berkenaan pergerakan antara negeri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Dewan Theatrette, Menara 1, Bukit Aman. Permohonan Gerak Malaysia yang diluluskan akan bermula daripada 7 Mei – 10 Mei 2020.
RINGKASAN SIDANG MEDIA GERAK MALAYSIA BERSAMA SKMM & PDRM
1) Aplikasi perlu di update ke versi 2.0.
2) Tiada QR kod dikeluarkan semasa perjalanan dan jawapan lulus atau tidak , Dan tiada semakan dilakukan semasa perjalanan .
3) Tujuan DATA dikumpul adalah untuk pihak PDRM mengatur apakah tindakan perlu di ambil dan susun atur perjalanan bagi memastikan rakyat selamat sampai ke destinasi.
4) Permohonan boleh 2 hala sekiranya CONTOH : suami di perak ambil anak isteri di johor dan balik ke rumah sendiri di terengganu, Permohonan Perjalanan sah selama 2 hari.
5) Patuhi segala arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa.
8) Sesiapa tiada aplikasi atau bermasalah sila buat temu janji di balai polis berdekatan untuk isi borang secara manual di balai polis.
APLIKASI GERAK MALAYSIA
Aplikasi Gerak Malaysia dilancarkan oleh SKMM minggu lalu dan pihak MKN mengiktiraf penggunaan aplikasi ini untuk urusan rasmi kerajaan. GERAK Malaysia sebelum ini telah disenaraikan di kedai aplikasi Android dan iOS. Aplikasi Gerak Malaysia dibangunkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
CIRI-CIRI APLIKASI GERAK MALAYSIA
Ianya dilengkapi sistem GPS bagi mengesan lokasi semasa pengguna serta pengesanan jarak dekat sesama peranti sahaja apabila Bluetooth diaktifkan.
Data ini akan digunakan SKMM untuk menyokong usaha pengesanan dan mengurangkan penyebaran COVID-19
Ia adalah suatu usaha untuk membantu Kerajaan Malaysia dalam menangani wabak COVID-19 dan membendung penyebaran virus melalui pengesanan kontak
Aplikasi juga akan memaparkan maklumat-maklumat terkini daripada pihak-pihak berkuasa serta langkah-langkah pencegahan dan nasihat berkenaan wabak COVID-19.
JADUAL PERGERAKAN GERAK MALAYSIA
JADUAL PERGERAKAN ANTARA NEGERI DALAM TEMPOH PKPB
Berikut adalah jadual pergerakan mengikut negeri dan tarikh pergerakan :
- 7-May Keluar dari Kuala Lumpur
- 8-May Keluar dari Perak,Johor,Kelantan
- 9-May Keluar dari Perlis,Penang,Kedah Melaka, Pahang
- 10-May Keluar dari Selangor,Negeri Sembilan , Terengganu
TARIKH KEMASKINI APLIKASI GERAK MALAYSIA
4- 5 Mei 2020
TARIKH PROSES ANALISIS MAKLUMAT PERGERAKAN
6 Mei 2020
KEMASKINI APLIKASI GERAK MALAYSIA
Anda perlu mengemaskini aplikasi Gerak Malaysia ke versi terkini untuk mengemaskini maklumat destinasi bermula 4 – 5 Mei 2020. Proses analisis maklumat pergerakan adalah pada 6 Mei 2020.
Sila SEMAK STATUS GERAK MALAYSIA
MAKLUMAT & PERTAYAAN LANJUT
Jika anda mengalami masalah teknikal, serta mahu maklumat lanjut berkenaan Gerak Malaysia, boleh hantar email kepada alamat email seperti yang disenaraikan di bawah:
complai[email protected]
Tags: #JADUAL PERGERAKAN ANTARA NEGERI DALAM TEMPOH PKPB #JADUAL PERGERAKAN GERAK MALAYSIA #KEMASKINI APLIKASI GERAK MALAYSIA #RINGKASAN SIDANG MEDIA GERAK MALAYSIA BERSAMA SKMM & PDRM #TARIKH KEMASKINI APLIKASI GERAK MALAYSIA #TARIKH PROSES ANALISIS MAKLUMAT PERGERAKAN