JANGAN SEMAK KEPUTUSAN BPN 2.0 PADA 15 OKTOBER 2020, KENAPA?

JANGAN SEMAK KEPUTUSAN BPN 2.0 PADA 15 OKTOBER 2020, KENAPA?

JANGAN SEMAK KEPUTUSAN BPN 2.0

Anda mesti tertanya-tanya JANGAN SEMAK KEPUTUSAN BPN 2.0 PADA 15 OKTOBER 2020, KENAPA?

15 Oktober 2020 merupakan hari pertama untuk membuat semakan kelayakan BPN 2.0,maka akan berlaku kesesakan trafik pada portal BPN yang menyebabkan anda gagal akses ke portal tersebut. Hal ini akan menimbulkan tekanan dan kerisuan kepada anda sehingga anda mungkin stress disebabkan hal ini.

Lebih baik anda ambil masa untuk bertenang terlebih dahulu kerana tempoh untuk menyemak dan buat permohonan baru BPN 2.0 adalah sebulan iaitu bermula 15/10/2020 sehingga 15/11/2020.

Berikut adalah maklumat tentang BPN 2.0 untuk makluman anda :

SEMAKAN KELAYAKAN BPN

Penerima yang telah menerima bayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini.

PERMOHONAN BARU BPN 2.0

Anda tidak perlu memohon  sekiranya telah menerima bayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini.

Permohonan baharu boleh dibuat sekiranya tidak tersenarai sebagai penerima Bantuan Prihatin Nasional 2.0.Permohonan baharu BPN  boleh dibuat mulai 15 Oktober 2020 sehingga 15 November 2020.

Nak senang,tengok je TUTORIAL PERMOHONAN BPN 2.0

Jadi anda masih ada masa SEBULAN untuk membuat permohonan baru.

Walaupun anda berjaya mohon pada 15 Oktober 2020,bayaran BPN 2.0 yang berjaya tetap dibayar pada Januari 2021 sekaligus.

SOALAN LAZIM BPN 2.0

Berdasarkan semakan, saya telah lulus sebagai penerima M40 semasa BPN 2020. Bolehkah saya merayu untuk menerima bayaran sebagai penerima B40 bagi BPN 2.0?

Kategori kelayakan BPN 2.0 adalah berdasarkan kelulusan terakhir BPN 2020.

Saya adalah penerima BPN 2020 di bawah kategori Bujang dan telah berkahwin. Adakah saya layak untuk menerima BPN 2.0 kategori isi rumah?

Anda boleh mengemukakan permohonan baharu/rayuan mulai 15 Oktober 2020 di bawah kategori Isi Rumah sekiranya menepati syarat kelayakan.

Saya adalah pasangan kepada penerima BPN 2020 sebelum ini di bawah kategori Isi Rumah dan telah bercerai. Adakah saya layak untuk menerima BPN 2.0 kategori ibu / bapa tunggal?

Anda boleh mengemukakan permohonan baharu/rayuan mulai 15 Oktober 2020 kategori ibu / bapa tunggal sekiranya menepati syarat kelayakan.

Saya merupakan bujang yang akan memasuki umur 21 tahun pada tahun 2021. Sekiranya saya belum cukup umur 21 tahun semasa permohonan dibuka, adakah saya layak memohon?

Pemohon yang layak memohon adalah pemohon yang lahir pada tahun 1999 dan ke bawah.

 

 

Tags: #SEMAK KEPUTUSAN BPN 2.0 PADA 15 OKTOBER 2020

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    BANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500
    BANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500 APA ITU BANTUAN ZAKAT KECEMASAN
    SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN
    SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN Sebelum ini terdapat
    CARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB)
    CARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB)     Jika anda ingin membuat penstrukturan semula kewangan
    DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021
    DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021   Kerajaan negeri Terengganu telah mengumumkan
    1. author

      Noordiana11 months ago

      Dalam bpn 2.0 ada masuk , tapi dalam bank belum masuk ? Kenapa

      Reply

    Leave a reply "JANGAN SEMAK KEPUTUSAN BPN 2.0 PADA 15 OKTOBER 2020, KENAPA?"