CARA ADD KAD DEBIT KAD KREDIT REDEEM BELI VOUCHER (Aplikasi BLINK BonusLink)

CARA ADD KAD DEBIT KAD KREDIT REDEEM BELI VOUCHER (Aplikasi BLINK BonusLink)

BLINK BONUSLINK

Kepada anda pengguna kad Bonuslink, anda kini boleh pautkan kad fizikal anda tersebut kepada aplikasi yang telah diperkenalkan oleh Bonulink yang dikenali Blink Bonuslink. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk tambahkan kad kredit atau debit anda dalam apliaksi tersebut, semoga membantu.

 

APA ITU BLINK BONUSLINK

Aplikasi BonusLink (BLINK) ialah platform sehenti untuk mengakses semua maklumat di BonusLink. Kumpul Mata dengan Kad Maya anda, semak Ringkasan/Transaksi Mata anda dan dapatkan kemas kini tentang tawaran eksklusif, acara dan kejadian di hujung jari anda.

 

MUAT TURUN APLIKASI BLINK 

Bagi memudahkan urusan anda sebainya anda memuat turun aplikasi ini menerusi pautan berikut:

 

KELEBIHAN APLIKASI BLINK BONUSLINK

Berikut adalah merupakan antara kelebihan yanga kan diperoleh menerusi aplikasi ini iaitu:

  • Log masuk dengan mudah hanya dengan biometrik atau cap jari anda
  • Muat turun atau beli tawaran hebat daripada Apl
  • Pindahkan baucar kepada keluarga & rakan
  • Buat transaksi tanpa tunai di cawangan Pedagang
  • Akses Rakan Kongsi dan lokasi cawangan ‘On-The-Spot’

 

CARA DAFTAR APLIKASI BLINK BONUSLINK

Kepada anda pengguna kali pertama aplikasi ini, berikut adlaah merupakan cara daftar dan kemaskini iaitu:

  • Jika anda Ahli sedia ada, anda hanya perlu mendaftarkan nombor telefon anda diikuti dengan Nombor Kad BonusLink atau Nombor Kad Pengenalan anda dan teruskan pendaftaran.
  • Anda boleh mengemas kini maklumat peribadi anda pada apl melalui “Akaun” Hanya ketik pada “Akaun” diikuti dengan “Edit Profil” untuk mengemas kini semua butiran anda.

 

CARA BELI TAWARAN VOUCHER PADA BLINK BONUSLINK

Berikut adalah merupakan cara untuk membeli voucher pada aplikasi ini iaitu:

  1. Buka aplikasi Blink di telefon dan log masuk
  2. Pada halaman utama klik pada Tawaran
  3. Kemudian anda boleh memilih tawaran pilihan anda dan teruskan membayar dengan:
    • Mata BonusLink
    • Gabungan Mata BonusLink + Kad Kredit/Debit.
    • Kad Kredit/Debit

 

CARA TAMBAH KAD DEBIT/KREDIT PADA APLIKASI BLINK BONUSLINK

Anda boleh menggabungkan mana-mana Kad Pembayaran anda kepada Apl untuk membeli tawaran atau untuk melakukan transaksi melalui Apl dengan mudah!

  1. Buka aplikasi Blink di telefon dan log masuk
  2. Pada menu utama klik pada Akaun
  3. Kemudian klik pada Urus Kad Kredit/Debit > Tambah Kad Kredit/Debit.
  4. Isi butiran kad anda dan teruskan ke Tambah dan Kad anda akan ditambahkan pada Akaun anda.
  5. Anda kini boleh melakukan transaksi dengan mudah melalui Apl.

 

CARA REEDEM BLINK BONUSLINK

Aanda boleh menebus item di Prestomall melalui aplikasi ini seperti berikut:

  1. Buka aplikasi Blink di telefon dan log masuk
  2. Pada menu utama klik pada Penebusan
  3. Anda akan dibawa ke halaman penebusan PrestoMall untuk membuat penebusan
  4. Pilih barangan yang anda ingin ditebus berdasarkan jumlah mata ganjaran anda miliki.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai aplikasi Blink ini, anda boleh merujuk pada Blink Bonoslink.

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment