KELEBIHAN KEKURANGAN BELAJAR DI TINGKATAN 6 (Nak Sambung Form 6)

KELEBIHAN KEKURANGAN BELAJAR DI TINGKATAN 6 (Nak Sambung Form 6)

KELEBIHAN KEKURANGAN TINGKATAN 6

 

Berikut adalah perkongsian tentang kelebihan & kekurangan belajar di tingkatan 6:

 

KELEBIHAN BELAJAR DI TINGKATAN 6

Tingkatan 6 adalah sesuatu yang asing bagi pelajar yang baru sahaja selesai mengambil keputusan SPM. Timbul keraguan tentang sistem pembelajaran tingkatan 6 dan pandangan masyarakat terhadap pelajar yang mengikuti pelajaran tingkatan 6.

Namun demikian, ramai yang masih belum tahu tentang kelebihan masuk Tingkatan 6. Sejak kebelangkangan ini kerajaan banyak memperbaiki dan menaik taraf sistem pembelajaran Tingkatan 6 yang berada pada tahap yang membanggakan sekarang.

1. MENJIMATKAN MASA

Tempoh untuk belajar di Tingkatan 6 hanyalah 1 tahun ½ tahun sahaja berbanding dengan belajar di peringkat diploma yang mengambil masa 3 tahun. Pelajar sekarang mengambil berat tentang tempoh belajar sebagai pertimbangkan utama untuk membuat keputusan. Tempoh masa yang singkat memberi mereka lebih banyak peluang untuk merancang masa depan dengan lebih baik. Selain itu, pelajar juga berfikir tentang peluang pekerjaan, menyelesaikan tanggungjawab belajar dengan cepat memberi peluang kerjaya yang lebih baik kepada mereka.

2.MENJIMATKAN WANG

Semua ambil maklum bahawa kos belajar mempengaruhi keluarga pelajar untuk membuat keputusan tempat belajar anak-anak. Belajar di Tingkatan 6 di sekolah yang berdekatan dengan rumah dan tempat tinggal menjimatkan kos. Jika anda banding jika pelajar menyambung pelajar ke IPT/IPTS yang agak jauh atau diluar negeri anda. Kos perjalanan dan lain-lain mempengaruhi ibubapa lebih cenderung untuk memilih belajar di Tingkatan 6.

Selain itu, faktor yuran belajar di Tingkatan 6 lebih murah berbanding belajar di IPT/IPTS menjadi faktor utama kepada pelajar daripada keluarga kurang kemampuan untuk menyambung pelajaran ke Tingkatan 6.

3. SISTEM KERJA KURSUS/ TUGASAN

Sistem ini sebenarnya banyak membantu pelajar untuk mendapat gred yang lebih baik. Pelajar diberi tugasan dan masa yang secukupnya untuk melaksanakan tugasan serta bimbingan daripada guru memudahkan pelajar dapat mencapai gred yang terbaik. Seterusnya keputusan pengajian pelajar cemerlang dan masa depan mereka lebih cerah.

Nisbah bilangan guru per murid di Tingkatan 6 yang sedikit juga membantu pembelajaran mereka. Guru mampu menumpukan perhatian kepada proses pengajaran dan pembelajaran semasa interaksi di dalam kelas menyumbang kepada kejayaan pelajar. Hasilnya pelajar mendapat keputusan yang cemerlang dalam tugasan dan peperiksaan. Mudahnya, semua pelajar diberi perhatian dan bimbingan yang sepatutnya tanpa berlaku keciciran.

4.KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA NAIK TARAF SISTEM TINGKATAN 6

Sistem yang digunakan adalah hampir serupa dengan Universiti. Tingkatan 6 pada masa kini telah mengamalkan sistem semester.Pelajar hanya fokus kepada mata pelajaran dan kandungan yang pembelajaran pada semester tersebut sahaja.

Daripada aspek pakaian pelajar pula, pakaian pelajar Tingkatan 6 adalah bebas tetapi perlu sopan dan sesuai.  Pakaian ini ialah pakaian yang formal. Sama seperti pelajar-pelajar universiti yang lain. Cuma, perbezaannya, di Tingkatan 6 tidak lagi dibenarkan berpakaian kasual seperti pelajar universiti.

Kementerian Pendidikan Malaysia juga menawarkan pakej mata pelajaran yang pelbagai dan baharu kepada peringkat menengah atas iaitu tingkatan 6. Hal ini adalah untuk menarik minat pelajar dan membuka peluang kepada pelajar meneroka ilmu-ilmu baharu dan relevan dengan kehendak tawaran pengajian di universiti dan  dunia pekerjaan.

Selain itu,Sijil STPM dengan standard peperiksaan yang tinggi, adalah setaraf dengan Diploma. STPM juga adalah peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

Pembaharuan turut dilakukan dengan memperbaharui sistem tugasan dan juga modul latihan.  Jika dibandingkan di universiti,sistem tugasan yang diberikan adalah hampir sama, terutama di dalam pembuatan kertas kerja dan juga kerja-kerja lapangan.Perbezaannya tidaklah ketara di antara universiti dan tingkatan 6.

5.PELUANG KE INSTITUT PENGAJIAN TINGGI CERAH DAN MUDAH

Dikatakan juga, melalui Tingkatan 6, peluang untuk masuk ke IPT adalah lebih tinggi berbanding laluan-laluan lain. Sejauh mana kebenarannya tak pula dipastikan. Walaubagaimanapun ada juga kebenarannya jika diperhatikan kepada jumlah pelajar Tingkatan 6 yang diterima masuk IPT berbanding laluan lain.

Ramai yang tidak berminat untuk masuk ke tingkatan 6 (mengambil STPM) kerana laluan ini dikatakan salah satu laluan yang agak sukar dan perlu kembali semula ke sekolah. Mana-mana laluan pun ada kelebihan dan kelemahannya.

Anda sendiri perlu yakin dengan diri sendiri dan berusaha untuk mengatasi kelemahan tersebut. Berikut kami kongsikan semua info mengenai tingkatan 6 berserta kelebihan dan kelemahannya.

Untuk pengetahuan anda, majoriti universiti membuat pecahan kuota tempat setiap kursus adalah seimbang untuk semua lepasan pra universiti. Walau bagaimanapun, disebabkan tidak ramai yang berminat untuk ke tingkatan 6 maka peluang tinggi untuk berjaya dalam permohonan ke peringkat pengajian degree walaupun memperolehi keputusan yang cukup makan atau di tahap sederhana.

Hal ini terjadi kerana, persaingan merebut tempat sesama lepasan STPM rendah berbanding lepasan lain kerana seperti mana yang kami katakan, tidak ramai yang memohon ke tingkatan 6. Jadi persaingan merebut tempat dalam sesebuah kursus pengajian degree yang ditawarkan dalam kalangan lepasan STPM adalah rendah berbanding lepasan lain.

6. BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PENGANTAR

Kelebihan ini juga menjadi daya penarik kepada pelajar untuk menuntut ilmu dan menyambung pelajaran di Tingkatan 6. Jika dibandingkan dengan program pra ijazah yang lain, kebanyakannya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar semasa proses interaksi. Pelajar mudah memahami dan dapat menuntut ilmu dengan selesa dan mudah.

7.BANTUAN BIASISWA DARIPADA PELBAGAI PIHAK

Biasiswa disediakan kepada pelajar yang layak  oleh pihak-pihak tertentu seperti biasiswa daripada kerajaan, syarikat swasta dan yayasan serta pusat zakat.Biasiswa ini yang diberikan sepanjang tempoh pengajian menyebabkan pelajar tidak perlu melakukan pinjaman. Jadi pelajar ada wang untuk membeli buku dan keperluan mereka sepanjang belajar di Tingkatan 6.

 

KEKURANGAN BELAJAR DI TINGKATAN 6

1.WAKTU PEMBELAJARAN TIDAK FLEKSIBEL.

Biasanya waktu pembelajaran mengikut waktu sekolah.

2. KEMUDAHAN BELAJAR TIDAK SETANDING DENGAN KEMUDAHAN UNIVERSITI.

Ada sekolah yang dinaiktaraf untuk pelajar Tingkatan 6. Namun terdapat banyak sekolah yang masih daif dari segi infrastruktur. Ini menjadi satu cabaran kepada pelajar untuk melakukan tugasan.  Contoh  masalah adalah  kemudahan komputer, capaian dan kelajuan wifi.

3.TERGANGGU DENGAN PERSEKITAN MENENGAH RENDAH.

Pelajar Tingkatan 6 terpaksa mengadap karenah pelajar lain(Tingkatan 1-5).Jika anda dilantik menjadi pengawas sekolah dan jawatan lain. Anda perlu berurusan dengan mereka yang kadang-kadang menggangu anda dek sikap dan kematangan mereka yang masih mentah.

4.PERSEPSI MASYARAKAT

Ini cuma pandangan dan pendapat masyarakat sahaja. Ia bukan fakta dan benar. Jika anda mampu hadapinya, tidak ada masalah akan timbul.

5.SUKAR MENYESUAIKAN DENGAN SUASANA DI UNIVERSITI KELAK

Ini bergantung pada seseorang itu. Adakalanya, ada pelajar yang mudah menyesuaikan diri di universiti. Dan adakalanya pelajar sukar untuk menyesuaikan suasana di universiti. Biasanya pelajar hanya kekok pada awalnya sahaja, kemudian semua berjalan lancar. Kemahiran hidup berdikari dan jauh daripada bantuan dan perhatian ibubapa anda juga menjadi cabaran.

Semoga maklumat KELEBIHAN KEKURANGAN BELAJAR DI TINGKATAN 6 membantu anda membuat keputusan yang terbaik.Untuk info lebih jelas, layari portal KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.

 

ARTIKEL LAIN

CHECK UPU:CARA SEMAKAN KEPUTUSAN UPU ONLINE (Tawaran Kemasukan UA / IPTA)

1 thought on “KELEBIHAN KEKURANGAN BELAJAR DI TINGKATAN 6 (Nak Sambung Form 6)”

Leave a Comment