KELEBIHAN PENERIMA BSH 2020

KELEBIHAN PENERIMA BSH 2020

KELEBIHAN PENERIMA BSH 2020

Ramai yang ingin tahu tentang KELEBIHAN PENERIMA BSH 2020?.Rugi pula jika anda tidak tahu kelebihan dan keistimewaan penerima BSH 2020.Berikut adalah senarai kelebihan BSH:

SKIM MYSALAM

PENERIMA BSH SEHINGGA UMUR 65 TAHUN SECARA AUTOMATIK AKAN DILINDUNGI DI BAWAH SKIM MYSALAM DENGAN MANFAAT SEPERTI BERIKUT:

  • Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali gus apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal; dan
  • Pendapatan gantian elaun hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana Hospital Kerajaan, Hospital Pengajar dan Hospital Angkatan Tentera.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Skim mySalam, sila layari www.mysalam.com.my atau emelkan kepada [email protected] serta menghubungi talian mySalam di 1-300-888-938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

PeKA B40

Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) adalah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD).

PeKa B40 ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berada dalam lingkungan pendapatan isi rumah 40% terendah, yang dikenali sebagai kumpulan B40.

Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangan mereka, yang berumur 40 tahun dan ke atas, secara automatik layak menyertai PeKa B40. Tiada pendaftaran khusus diperlukan untuk menyertai PeKa B40.

Apakah objektif PeKa B40?

PeKa B40 bertujuan untuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang diperlukan, mengurangkan beban kos sara hidup dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Inisiatif ini memberi penekanan kepada penyakit tidak berjangkit dan memberi tumpuan kepada jalinan kerjasama sektor awam dan swasta, lebih-lebih lagi di peringkat penjagaan kesihatan primer.

Apakah manfaat PeKa B40?

  • Saringan Kesihatan
  • Bantuan Alat Perubatan
  • Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser
  • Insentif Tambang Pengangkutan

Siapakah yang layak menyertai PeKa B40?

Ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berada dalam lingkungan pendapatan isi rumah 40% terendah, yang dikenali sebagai kumpulan B40. Kelayakan menyertai PeKa B40 adalah berdasarkan kriteria berikut:

  • Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangannya yang berdaftar.
  • Berumur 40 tahun dan ke atas.

Bagaimana penerima dapat mengetahui kelayakan mereka untuk menyertai PeKa B40?

Penerima BSH dan pasangannya yang berumur 40 tahun dan ke atas boleh menyemak kelayakan disini dengan hanya memasukkan nombor MyKad dan kombinasi maklumat lain.

MYTV PERCUMA & FREE DEKODER

Sebenarnya ramai yang tak tahu, kalangan yang dapat bayaran BSH bantuan sara hidup bujang 2020 layak juga untuk menerima satu lagi hadiah iaitu decoder percuma

Kepada yang masih lagi menggunakan siaran analog, nah inilah masa untuk anda bertukar kepada siaran set digital freeview malaysia.

Sangat sesuai dengan perkembangan teknologi hari ini dan harat kerajaan yang mahu meletakkan negara ke arah siaran digital sepenuhnya di seluruh negara.

Dengan siaran digital, banyak kelebihan yang boleh diterima anda.

Antaranya ialah, siaran TV lebih jelas dan berkualiti, tawaran channel yang lebih banyak untuk anda tonton secara PERCUMA dan FREE dan banyak lagi kelebihan untuk anda melalui signal yang dipancarkan Ultra High Frequency (UHF) menerusi pemancar yang diletakkan di tempat tempat di seluruh Malaysia.

Untuk mengetahui samada anda layak tidak, boleh lakukan semakan berdasarkan pautan yang ditawarkan.

Jikalau layak set dekoder ini, surat kelulusan akan dihantar dan set dekoder percuma terus ke alamat kediaman anda yang telah and daftar dengan sistem Mybsh.

Semakan penerima            https://status.mytvbroadcasting.my/

Contact Number      1800181088

BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG

Kerajaan Sarawak telah mengumumkan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) kepada rakyat Sarawak pada 23 Mac 2020 yang bertujuan untuk meringankan beban golongan berpendapatan rendah kumpulan B40 dalam menghadapi kesan penularan wabak COVID-19.

Penerima bantuan ini merupakan senarai mereka yang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) pada bulan Januari 2020 yang diluluskan LHDN. Boleh semak di sini: Semak BSH

BANTUAN PRIHATIN NASIONAL(BPN)

BANTUAN PRIHATIN ELEKTRIK

SKIM KHAIRAT KEMATIAN (SKK) BSH

 

 

 

Tags: #KELEBIHAN PENERIMA BSH 2020

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    BANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500
    BANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500 APA ITU BANTUAN ZAKAT KECEMASAN
    SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN
    SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN Sebelum ini terdapat
    CARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB)
    CARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB)     Jika anda ingin membuat penstrukturan semula kewangan
    DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021
    DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021   Kerajaan negeri Terengganu telah mengumumkan
    1. author

      Romzi Bin Mohtar1 year ago

      Setelah nenyemak status permohonan ianya tertera DALAM PROSES.. pertayaan saya adakah maksud DALAM PROSES sama dengan DALAM PROSES PENGKREDITAN yang tertera didalam MAKSUD STATUS PERMOHONAN?

      Reply

    Leave a reply "KELEBIHAN PENERIMA BSH 2020"