CARA KEMASKINI MAKLUMAT WAKIL PENERIMA BKC(Daftar Maklumat Jika Ada Masalah Untuk Penunaian)
Jika penerima BKC mempunyai masalah untuk hadir ke BSN untuk membuat penunaian BKC,anda perlu membuat pendaftaran wakil penerima BKC di portal/web BKC.
Bagaimanakah cara kemaskini maklumat wakil penerima BKC?Sila rujuk panduan dibawah:
KEMASKINI AKAUN PENERIMA BKC / WAKIL PENERIMA BANTUAN KHAS COVID-19 SECARA ONLINE & MANUAL MULAI 7 – 21 OKTOBER 2021
Makluman penting buat penerima BKC, anda kini boleh membuat kemaskini maklumat akaun bank yang berstatus Gagal Kredit & Tiada Maklumat Akaun Bank bagi memudahkan bayararan fasa seterusnya.
Bila boleh buat kemaskini BKC?
Tarikh Membuat Kemaskini
Tarikh dibuka: 7 Oktober 2021
Tarikh akhir: 21 Oktober 2021
Semakan Status BKC (Bantuan Khas COVID-19)
Sebelum anda membuat kemaskini maklumat, anda boleh semak dahulu status BKC untuk memastikan sama ada maklumat akaun anda telah lengkap atau perlu dikemaskini kerana Gagal Kredit / Tiada Maklumat Akaun.
Semakan melalui laman web rasmi BKC boleh dibuat dengan langkah berikut:
- Layari Portal BKC melalui pautan https://bkc.hasil.gov.my.
- Klik Log Masuk atau Semakan Status
- Masukkan Nombor MyKad
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Maklumat yang akan dipaparkan
- Status Permohonan
- Amaun Keseluruhan Diterima
- Maklumat Pembayaran
- Paparan Borang
Cara Kemaskini Maklumat Akaun Bank BKC
Kemaskini maklumat akaun bank penerima Bantuan Khas Covid-19 (BKC) boleh dibuat secara online (atas talian) atau secara manual.
Cara membuat kemaskini adalah seperti berikut:
- Buka laman web https://bkc.hasil.gov.my/
- Tekan butang Log Masuk
- Isikan nombor IC dan kata laluan yang telah didaftarkan
- Tekan butang Kemaskini Maklumat Akaun Bank untuk membuat kemaskini maklumat akaun bank anda
Cara Kemaskini Maklumat Wakil BKC
Pengemaskinian maklumat wakil boleh dibuat di Cawangan LHDNM secara janji temu.
- Buka laman web https://bkc.hasil.gov.my/
- Tekan butang Log Masuk
- Isikan nombor IC dan kata laluan yang telah didaftarkan
- Tekan butang Kemaskini Maklumat Wakil untuk membuat kemaskini maklumat akaun bank anda
Apakah tujuan maklumat wakil didaftarkan oleh Penerima BKC?
Tujuan maklumat wakil didaftarkan adalah sebagai wakil kepada penerima sekiranya penerima mempunyai masalah untuk membuat penunaian BKC.
Siapakah wakil yang layak didaftarkan sebagai wakil penunaian BKC?
Wakil yang layak didaftarkan sebagai wakil penunaian BKC adalah seperti berikut:
- Pasangan
- Ibu
- Bapa
- Anak
- Anak Kandung
- Anak Tiri
- Anak Angkat
- Adik-Beradik
- Cucu
Bagaimanakah cara untuk membuat semakan maklumat wakil yang didaftarkan bagi penunaian BKC?
Semakan maklumat wakil yang didaftarkan boleh dibuat di Portal Rasmi BKC pada menu Log masuk atau Semakan Status > Papar Borang.
Berapakah had umur untuk melayakkan seseorang menjadi wakil penerima BKC?
Tiada had umur kelayakan untuk menjadi wakil kepada Penerima BKC. Walau bagaimanapun, bagi wakil yang berusia 17 tahun ke bawah, dokumen seperti jawapan bagi soalan 6 perlu dibawa dan cap jari / tandatangan individu yang hadir bersama wakil perlu diperolehi semasa penunaian di kaunter BSN. Individu yang hadir bersama wakil hendaklah mempunyai pertalian dengan wakil di bawah umur berkenaan. Bukti pertalian dengan wakil juga perlu dikemukakan kepada pihak bank.
Saya Bukan Warganegara Malaysia tetapi menetap di Malaysia, adakah saya layak didaftarkan sebagai wakil?
Ya, jika anda bukan Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia, anda layak menjadi wakil sekiranya hubungan anda dan Penerima BKC adalah terdiri daripada ibu / bapa / pasangan / anak / adik-beradik / cucu yang menetap di Malaysia.
Apakah dokumen yang perlu dibawa oleh wakil semasa penunaian BKC di BSN?
Dokumen yang perlu dibawa oleh wakil yang didaftarkan adalah:
- Kad pengenalan lama atau baru (asal atau salinan) Penerima BKC; dan
- Kad Pengenalan / Pasport asal wakil; dan
- Dokumen pembuktian pertalian antara Penerima BKC dan wakil (asal atau salinan);
Bil. | Hubungan Wakil | Dokumen Pengesahan Pertalian |
1 | Ibu / Bapa | Sijil Kelahiran Penerima BKC |
2 | Pasangan | a) Sijil Perkahwinan; ATAU b) Sijil Lahir Anak |
3 | Anak | Sijil Kelahiran Wakil (Anak) |
4 | Anak Angkat | a) Sijil Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN; ATAU b) Pengesahan Agensi Kerajaan jika Penerima BKC tiada Sijil Anak Angkat) iaitu: · Mahkamah; atau · Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) |
5 | Anak Tiri | a) Sijil Lahir Wakil (Anak Tiri); DAN b) Sijil Perkahwinan Ibu / Bapa Tiri |
6 | Adik Beradik | a) Sijil Kelahiran Penerima BKC; DAN b) Sijil Kelahiran Wakil |
7 | Cucu | a) Sijil Kelahiran Wakil (Cucu); DAN b) Sijil Kelahiran Ibu / Bapa kepada Wakil
|
- Dokumen tambahan mengikut situasi Penerima BKC yang tidak hadir untuk penunaian:
- Surat Pengesahan Penjara / Pusat Serenti (asal atau salinan) jika Penerima BKC berada di penjara atau Pusat Serenti
- Tempoh masa Surat Pengesahan:
- Terdapat paparan tarikh masuk dan keluar penjara; atau
- Sekiranya tiada tarikh masuk keluar penjara, Surat Pengesahan Penjara yang dikeluarkan berkenaan mesti bertarikh tahun semasa.
- Surat Pengesahan Majikan yang mempunyai tarikh mula dan tamat bertugas yang menunjukkan bukti Penerima BKC berada diluar negara; atau
- Surat pengesahan hospital jika Penerima BKC sedang menerima rawatan di hospital; atau
- Surat pengesahan yang menunjukkan Penerima BKC uzur atau tidak berdaya untuk bergerak; atau
- Kad OKU
- Tempoh masa Surat Pengesahan:
- Surat Pengesahan Penjara / Pusat Serenti (asal atau salinan) jika Penerima BKC berada di penjara atau Pusat Serenti
Bolehkah saya menjadi wakil untuk membuat penunaian BKC bagi Penerima BKC yang berada di luar negara dan tidak dapat pulang kerana keadaan semasa seperti sekatan perjalanan Covid-19 dan kesulitan lain semasa tempoh pembayaran?
Wakil yang didaftarkan boleh membuat penunaian BKC dengan mengemukakan:
- Kad pengenalan lama atau baru (salinan) Penerima BKC; dan
- Kad Pengenalan / Pasport asal wakil; dan
- Dokumen pembuktian pertalian antara Penerima BKC dan wakil
- Dokumen tambahan yang menunjukkan Penerima BKC berada di luar negara
Bolehkah saya membuat penunaian BKC bagi Penerima BKC yang menghilangkan diri dan tidak boleh dikesan?
Wakil yang didaftarkan boleh membuat penunaian dengan mengemukakan:
- Dokumen yang membuktikan Penerima BKC hilang seperti Laporan Polis, Akuan Sumpah atau sebarang dokumen yang boleh membuktikan mengenai status Penerima BKC yang hilang; dan
- Dokumen pembuktian pertalian antara Penerima BKC dan wakil
Bolehkah saya menjadi wakil untuk membuat penunaian BKC bagi Penerima BKC yang bekerja / belajar / menetap / dipenjarakan / meninggal dunia di luar negara semasa tempoh pembayaran?
Tidak. Bagi individu yang bekerja / belajar / menetap / dipenjarakan / meninggal dunia di luar negara tidak layak untuk menerima BKC.
Bagaimanakah cara untuk kemaskini maklumat wakil BKC?
Pengemaskinian maklumat wakil boleh dibuat di Cawangan LHDNM secara janji temu. (Sila rujuk Portal Rasmi BPR https://bpr.hasil.gov.my untuk e-Janji Temu).
Saya telah didaftarkan sebagai wakil bagi penunaian BKC ayah saya. Semasa permohonan, saya telah didaftarkan sebagai Cucu. Adakah saya boleh membuat Penunaian BKC di BSN kerana hubungan yang didaftarkan tidak tepat?
Sekiranya terdapat perbezaan hubungan di antara pemohon dan wakil yang didaftarkan, penunaian boleh dilakukan di BSN dengan syarat dokumen sokongan yang perlu dibawa dan hubungan wakil adalah seperti yang telah ditetapkan (rujuk jawapan bagi soalan 6).
Saya adalah Penerima BKC, tetapi wakil yang saya daftarkan telah meninggal dunia. Adakah saya boleh menukar maklumat wakil berkenaan?
Ya. Anda boleh menukarkan wakil yang baru dan tindakan kemas kini boleh dibuat di Cawangan LHDNM secara janji temu. (Sila rujuk Portal Rasmi BPR https://bpr.hasil.gov.my untuk e-Janji Temu).
Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya Penerima BKC telah meninggal dunia dan wakil asal yang didaftarkan tidak boleh membuat penunaian BKC bagi pihak Penerima BKC kerana mempunyai masalah kesihatan / hubungan / berada di luar negara?
Wakil asal yang masih hidup perlu memberi keizinan pertukaran kepada wakil baru. Wakil baru boleh membuat pengemaskinian maklumat wakil di Cawangan LHDNM. Hubungan wakil baru yang dibenarkan adalah terhad kepada pasangan / ibu / bapa / anak / adik-beradik / cucu kepada Penerima BKC (rujuk jawapan bagi soalan 2).
Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya Penerima BKC telah meninggal dunia dan tiada maklumat wakil yang didaftarkan. Adakah tindakan kemas kini wakil boleh dilakukan?
Proses kemaskini wakil boleh dibuat di cawangan LHDNM. Hubungan wakil baru yang dibenarkan adalah terhad kepada pasangan / ibu / bapa / anak / adik-beradik / cucu kepada Penerima BKC
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jika anda perlukan maklumat lanjut dan pertayaan tentang cara kemaskini BKC,sila layari https://bkc.hasil.gov.my.
ARTIKEL LAIN
DUIT BKC:CHECK TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN KHAS COVID-19 MASUK BANK(Jadual Bayaran BKC)
As Salam, saya ingin bertanya, boleh bagi tahu cara kemaskini maklumat duit bantuan tersebut masuk ke dalam akaun bank suami atau isteri tak? sebab sekarang jika kami nak ambil bantuan tersebut kena pergi ambil di bank BSN,.mungkin dengan cara transfer akaun kami mudah bagi kami ingin keluarkan duit bantuan tersebut.
Saya hendak menukar nombor akaun kepada
17151151942 (HongLeongBank) SYARLYZA BINTI CHE YUSOF
[email protected]