KEMASKINI CIMS MITI:CARA PENDAFTARAN/PERMOHONAN/RALAT PEKERJA(SOP MITI PKP 3.0)
Untuk makluman,bermula 25 Mei 2021, majikan wajib melaksanakan dasar Bekerja Dari Rumah ke atas 40% kakitangan mereka, tidak kira bahagian atau unit seperti yang ditetapkan oleh SOP PKP 3.0.
Bagaimana jika syarikat anda tidak dikategorikan di bawah Senarai Negative List di dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) Am Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) di laman sesawang www.mkn.gov.my?
Syarikat anda boleh beroperasi dengan kapasiti pekerja seperti yang disebutkan di atas.
APA ITU CIMS MITI?
COVID19 Intelligent Management System (CIMS) adalah sebuah sistem pengisytiharan syarikat yang membolehkan pendaftaran secara sukarela oleh majikan.
Melalui sistem ini, pengguna boleh memohon surat kebenaran untuk beroperasi berdasarkan sektor-sektor yang dibenarkan oleh kerajaan dalam tempoh PKP.
Adakah Syarikat Dibenarkan Beroperasi Ketika PKP 3.0?
Syarikat perkilangan dan perkhidmatan berkaitan serta rantaiannya dibenarkan beroperasi seperti biasa termasuk bagi syarikat yang mempunyai penggiliran pengoperasian 24 jam.
SOP bagi sektor perkilangan di bawah tanggungjawab MITI boleh dimuat turun dari laman sesawang MITI di www.miti.gov.my
Kerajaan telah menetapkan kapasiti kehadiran pekerja sebanyak 60% bagi satu lokasi (onsite) dan 40% lagi perlu melaksanakan amalan Bekerja Dari Rumah (BDR), manakala kapasiti penumpang bagi kenderaan pekerja adalah 50%.
SOP MITI Terkini (Berkuatkuasa 25 Mei)
Syarikat di dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan berkaitan dan rantaiannya yang telah berdaftar dengan pangkalan data MITI iaitu CIMS tidak perlu membuat pendaftaran semula untuk beroperasi dalam tempoh PKP 3.0.
Surat pengesahan pendaftaran boleh dimuat turun oleh syarikat.
Bagi syarikat-syarikat sektor perkilangan dan perkhidmatan berkaitan dan rantaiannya yang belum berdaftar dengan CIMS boleh berbuat demikian pada bila-bila masa dan surat pengesahan pendaftaran boleh dimuat turun oleh syarikat selepas pendaftaran.
Rujuk CARA DAFTAR CIMS MITI
KEMASKINI PERMOHONAN MITI (SISTEM CIMS 3.0)
Berikut adalah cara kemaskini permohonan MITI:
- Pastikan anda berjaya login di https://notification.miti.gov.my
- Klik Dashboard
- Klik Borang Notifikasi di sebelah kiri
- Klik Notifikasi Beroperasi
- Anda akan lihat senarai permohonan dengan maklumat berikut:
- No Notifikasi
- Nama Syarikat
- No Pendaftaran
- Tarikh Hantar
- Status
- Kemaskini Pekerja
- Tindakan
- Di lajur atau column Kemaskini Pekerja, klik butang Kemaskini
- Sila kemaskini maklumat pekerja yang dikehendaki
CARA KEMASKINI PEKERJA DALAM SISTEM CIMS MITI
Berikut adalah cara untuk buat kemaskini CIMS MITI yang berkaitan senarai pekerja:
- Sila log masuk ke CIMS 3.0
- Klik BORANG NOTIFIKASI
- Klik NOTIFIKASI BEROPERASI
- Klik KEMASKINI pada senarai notifikasi operasi,kemaskini jadual pecahan pekerja semasa dan senarai penuh pekerja dengan betul
- Bagi senarai penuh pekerja,muat turun templat dan isikan maklumat terbaru pekerja
- Muat naik dokumen senarai penuh pekerja ke dalam sistem dan klik SIMPAN.
PERHATIAN:
Bagi senarai penuh pekerja,sila gunakan microsoft Excel versi 2007 ke atas sahaja.Dokumen lain tidak diterima
Isi maklumat senarai pekerja mengikut kolum dengan betul.
Jangan ubah templat yang disediakan
SENARAI RALAT CIMS MITI 3.0
Berikut adalah beberapa contoh situasi ralat semasa pendaftaran,permohonan CIMS MITI 3.0:
Ralat 500(CIMS MITI 3.0)
CIMS 3.0 sedang menerima aliran trafik yang tinggi pada waktu ini. Kerjasama dan kesabaran dari pihak anda amatlah dihargai”. Ini bermakna line jammed.
Error 503 Backed fetch failed(CIMS MITI 3.0)
Error 503 Backed fetch failed. Guru Meditation: XID: 739737615 Varnish cache server. Ini juga mungkin sebab terlalu ramai yang cuba masuk ke dalam sistem CIMS MITI 3.0
Transaksi CIMS MITI 3.0 tidak sah
Ia bermaksud transaksi anda tidak berjaya
Pendaftaran CIMS MITI 3.0 tidak berjaya
No Kad Pengenalan / Passport 870204-01-4444 telah berdaftar
CARA SELESAI MASALAH RALAT CIMS MITI 3.0
Cuba login dan buat urusan berkaitan CIMS MITI 3.0 pada waktu kurang sesak(tengah malam)
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jika ada ingin maklumat lanjut dan sebarang pertayaan tentang kemaskini CIMS MITI sila hubungi:
Hotline: 03-6208 4949
Emel:
[email protected] (pertanyaan am)
[email protected] (aduan ketidakpatuhan SOP)
[email protected] (isu teknikal CIMS)
Rujuk SOP Penuh MITI
Bagi sektor selain sektor perkilangan dan perkhidmatan berkaitan dan rantaiannya, sila rujuk kepada Kementerian dan Agensi yang berkaitan DISINI
Bagaimana saya ingin memasukkan no ssm saya.. sebab sudah ter click ruangan kotak *saya majikan*