KEMPEN E-DAGANG PENJANA : CARA DAFTAR & SENARAI MANFAAT UNTUK USAHAWAN PKS

KEMPEN E-DAGANG PENJANA : CARA DAFTAR & SENARAI MANFAAT UNTUK USAHAWAN PKS

KEMPEN E-DAGANG PENJANA

APA ITU KEMPEN E-DAGANG PENJANA

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) melancarkan kempen e-dagang Perusahaan Mikro dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PMPKS), satu inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Kempen itu bermula 6 Julai  dan akan berakhir pada 30 Sept.

MDEC dalam satu kenyataan hari ini berkata kempen e-dagang PMPKS itu bertujuan untuk menggalakkan penggunaan e-dagang oleh perniagaan tempatan bagi meluaskan lagi capaian pasaran mereka.

MDEC berkata kerajaan telah memperuntukkan RM70 juta di bawah PENJANA untuk melaksanakan kempen bagi mempermudah perniagaan tempatan mengekalkan operasi mereka dan meningkatkan produktiviti secara beransur-ansur.

Kempen itu melibatkan 10 rakan e-dagang, termasuk Boost, Foodpanda, Grab, Lazada, Maybank, Shopee dan Touch ‘n Go eWallet, serta lebih ramai rakan e-dagang dijangka menyertainya.

Lebih 145,000 PMPKS dijangka mendapat manfaat daripada latihan e-dagang, subsidi penjual dan sokongan jualan.

CARA DAFTAR KEMPEN E-DAGANG PENJANA

PMPKS dan perniagaan tempatan yang mahu menyertai kempen tersebut boleh mendaftar menerusi www.go-ecommerce.my/PENJANA

CONTOH PELAKSANAAN KEMPEN E-DAGANG PENJANA

PERUSAHAAN MIKRO,KECIL DAN SEDERHANA(MSME) DAPAT MANFAAT RM1500 DARI SHOPEE MELALUI KEMPEN E-DAGANG 

Sebanyak 30,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (MSME) yang baharu kepada e-dagang masing-masing akan menerima manfaat sebanyak RM1,500 sebagai sebahagian daripada komitmen Shopee dalam kempen e-dagang MSME PENJANA yang dilancarkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) baru-baru ini.

APA YANG SHOPEE TAWARKAN

SME baharu di Shopee layak mendapat baucar bernilai RM1,000 untuk kedai Shopee mereka bagi membantu memulakan dan menjana hasil jualan, serta RM500 dalam kredit iklan yang boleh digunakan oleh penjual untuk meningkatkan keterlihatan kedai dan produk mereka di Shopee.

Shopee turut menawarkan pakej penghantaran percuma sebanyak RM15 Shopee yang mana perbelanjaan minimum untuk pembeli menikmati penghantaran percuma dikurangkan kepada RM15 berbanding jumlah perbelanjaan minimum biasa platform RM40, menjadikan kedai MSME lebih menarik kepada para pengguna.

Insentif yang ditawarkan kepada MSME adalah tambahan kepada semua manfaat penjual Shopee sedia ada seperti komisen sifar peratus untuk peniaga di pasaran, yuran penyenaraian sifar peratus, tiada bayaran pendaftaran dan latihan e-dagang percuma melalui Shopee University.

SYARAT KEMPEN E-DAGANG SHOPEE

Bagi memenuhi syarat penyertaan kempen ini, penjual mestilah merupakan MSME atau individu warganegara Malaysia, perlu mendaftar sebagai penjual Shopee mulai 1 Januari 2020 dan selepasnya serta mempunyai kurang daripada 10 pesanan yang disempurnakan sebelum 1 Julai 2020.

Baca tentang CARA PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN MUDAH JAYA SPiM PENJANA ONLINE

 

 

Tags: #APA ITU KEMPEN E-DAGANG PENJANA #CARA DAFTAR KEMPEN E-DAGANG PENJANA #CONTOH PELAKSANAAN KEMPEN E-DAGANG PENJANA #KEMPEN E-DAGANG PMPKS PENJANA #KEMPEN E-DAGANG PMPKS PENJANA : CARA DAFTAR & SENARAI MANFAAT UNTUK USAHAWAN PKS #SYARAT KEMPEN E-DAGANG SHOPEE

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    BANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinBANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500 APA ITU BANTUAN ZAKAT
    SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN Sebelum ini
    CARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB) Jika anda ingin membuat penstrukturan semula kewangan ekoran
    DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinDAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021   Kerajaan negeri Terengganu telah
    1. author

      Puteri nurfilza binti abdullah2 months ago

      Saya nak daftar kempen e dagang penjana

      Reply

    Leave a reply "KEMPEN E-DAGANG PENJANA : CARA DAFTAR & SENARAI MANFAAT UNTUK USAHAWAN PKS"