KOD 04 TIDAK LULUS GKP 2.0:MAKSUD KOD GAGAL & DOKUMEN RAYUAN

KOD 04 TIDAK LULUS GKP 2.0:MAKSUD KOD GAGAL & DOKUMEN RAYUAN

KOD 04 TIDAK LULUS GKP 2.0

Berdasarkan maklum balas pemohon GKP 2.0,berikut adalah alasan paling popular berkaitan KOD 04 TIDAK LULUS GKP 2.0:

KOD 04 (Agensi Tidak Wujud)

Berdasarkan maklum balas pemohon, pemohon telah mendaftar dengan agensi berikut :

  • Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020
  • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020

Bila bayar GKP ?BAYARAN GKP 2.0 BERMULA 30 NOVEMBER

Jika pemohon telah memenuhi syarat telah mendaftar dengan agensi diatas,cuba baca pula kenyataan dibawah ini :

Adakah semakan kelayakan GKP 2.0 akan dibuat dengan mana-mana Agensi Kerajaan?

Ya. Kerajaan akan membuat semak silang dengan beberapa Agensi Kerajaan bagi memastikan kesahihan maklumat yang dikemukakan pemohon.

Rujuk PERMOHONAN RAYUAN GKP 2.0:SENARAI DOKUMEN RAYUAN GKP 2.0

SEBAB/PUNCA KOD 04 SEMAKAN AGENSI TIDAK WUJUD

Berikut adalah sebab/punca pemohon tidak layak dan diberi Kod Alasan 04:

1.Tarikh sah lesen/pendaftaran telah luput – pemohon gagal perbaharui lesen SSM/PBT ekoran kekangan PKP,PKPB & PKPP

2.Pemohon tidak pernah mengemukan sebarang dokumen/pengistiharan cukai kepada pihak LHDNM sepanjang tempoh perniagaan walaupun perniagaan untung atau rugi.

3.Kesilapan teknikal semasa mengisi permohonan GKP 2.0,contohnya salah mengisi nombor pendaftaran perniagaan(SSM/PBT) yang lama,bukan yang terkini( selepas pembaharuan)

4.SSM/PBT lambat membuat kemaskini maklumat perniagaan anda,LHDNM hanya serap berdasarkan dokumen lama,bukan yang terkini.Maka permohonan anda akan tercicir.

5.Pemohon mungkin tersalah isi kod perniagaan/jenis perniagaan atau perniagaan ada tidak selari dengan maklumat pendaftaran SSM/PBT

Kepada yang layak, sila buat PERMOHONAN i-SINAR ONLINE melalui (isinar.kwsp.gov.my)

DOKUMEN RAYUAN BAGI KOD 04(AGENSI TIDAK WUJUD)

Berikut adalah cadangan kami kepada pemohon gagal:

  • Sila bertenang,tunggu maklum balas LHDNM
  • Sediakan dokumen yang berkaitan untuk proses rayuan
  • Sila hubungi LHDNM jika perlukan bantuan/pertayaan
  • Sila buat rayuan jika anda sudah mempunyai maklumat yang jelas dan tepat daripada LHDNM

Berdasarkan maklumat perkongsian pemohon GKP 2.0 yang gagal, telah menghubungi pihak LHDNM,ramai yang salah mengisi nombor pendaftaran SSM yang lama,bukannya mengisi nombor SSM yang baharu sahaja diperbaharui.

Untuk makluman anda, pengawai LHDNM maklumkan juga yang gagal KOD 04 layak membuat permohonan rayuan pada bulan Disember 2020.

Belum register i-Akaun KWSP? Sila rujuk REGISTER i-AKAUN KWSP(Daftar melalui KIOSK,BANK,ONLINE & EMAIL)

22 thoughts on “KOD 04 TIDAK LULUS GKP 2.0:MAKSUD KOD GAGAL & DOKUMEN RAYUAN”

  1. Ayah saya nelayan pun x dapat sebab kod 04,baru renew lesen mei lalu,mmg sudah update semua lesen di lembaga kemajuan ikan tuaran,sabah. .sudah jadi nelayan 30tahun,hairan knapa masih belum didaftarkan di agensi, pendapatan setahun pun belum tentu capai sepuluh ribu,nelayan kecil kecilan. .😔

    Balas
  2. Sama ngan saya…alasan kod 04 x wujud dlm agensi…sedangkan kita mmg peniaga yg sentiasa amik lesen perniagaan ngan pbt..setiap tahun…andaikata perlu guna ssm ataupun lhdn punye saya hanya peniaga kecil2an je…dulu pernah amik ssm ..tp sebab kepayahan nak hidupkan lesen mase tu ssm saya x renew…minta pertimbangkan semula klu perlu wujudkan pulak bantuan untuk peniaga kecil yg hanya guna lesen pbt terutama untuk kwasan luar bandar

    Balas
  3. Saya nk pelik jgk, ramai yg tidak ada per niaga dan tidak ber daftar dgn SSM yg dapat gkp,, saya bsh tak layak, bpn pon tak layak, gkp 1.0 pon saya tak layan, alasan tidak berdaftar dgn SSM, Dan tidak boleh buat rayuan, saya cuba gkp 2.0 tidak lulus, alasan 04.. vip/individu berprofil tinggi.. duduk pon rumah flat, makan pon catu, turun naik Lhdn pon sudah..

    Balas
  4. Sya gagal permohonan GKP 2.0 ni sebab alasan kod 04. Agensi tidak wujud sedangkan saya bagi nombor lesen yang betul dan berdaftar dengan majlis Bandaraya Kota Kinabalu.Semasa saya bandingkan borang yg saya submit dengan rakan yg telah berjaya permohonannya, saya dapati nombor lesen yg diminta dlm borang dijawab menggunakan nombor Geran.Manakala nombor pendaftaran pula dijawab dengan nombor Lesen. Ini sangat lucu dan membingungkan.Soalan sya bagaimanakah cara mengisi borang dengan betul? dan sila bg contoh.
    mana satu nombor pendaftaran dan mana satu nombor lesen?…

    Balas
  5. Ssm saya renew setiap thn. Lesen kedai pun renew. Hbs tu x wujud pasal ape?? Alasan tak boleh diterima la. Dah la perniagaan terjejas teruk. Sedih

    Balas
  6. tak prihatin terhadap golongan pendapatan rendah, Sudah pun dalam pemohonan BHS telah menyatakan tak layak sebab mempunyai lesen perniagaan , selapas memohon GKP di tolak pula alasan KOD 04.. sebelum ni penernirama BHS ,,, amat menducita..

    Balas

Leave a Comment