KOD QR MYSEJAHTERA

KOD QR MYSEJAHTERA

KOD QR MYSEJAHTERA

KOD QR MYSEJAHTERA

Kod QR MySejahtera ganti sistem bertulis untuk masuk ke premis perniagaan

APA ITU KOD QR

Penggunaan kod ‘Quick Response’ (QR) atau respons pantas akan dimasukkan dalam aplikasi MySejahtera bagi memudahkan orang awam mendaftar diri ketika memasuki premis perniagaan dan makanan.

Ini CARA MENGGUNAKAN APLIKASI MySEJAHTERA 

FUNGSI PENGESAN HOTSPOT

Aplikasi  MySejahtera  dilengkapi dengan fungsi pengesan Hotspot. Ia merupakan peta yang memaklumkan perkembangan kes di kawasan dalam radius 1km dari lokasi carian.

Penggunaan fungsi berkenaan boleh dijadikan sebagai salah satu langkah berjaga-jaga dalam merancang perjalanan atau ketika berada di rumah

TARIKH MULA GUNA KOD QR MYSEJAHTERA

Bermula 1 Jun 2020, kerajaan akan memasukkan penggunaan kod respons pantas (QR) ke dalam aplikasi MySejahtera, sebagai alternatif lebih selamat untuk pendaftaran masuk ke premis perniagaan dan makanan

SARANAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA(KKM)

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, naik taraf aplikasi berkenaan juga dilakukan bagi mengantikan sistem bertulis dan penggunaan pen yang telah mengundang kebimbangan orang ramai terhadap isu kebersihan.

PENAMBAHBAIKAN APLIKASI MYSEJAHTERA

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia akan sentiasa melakukan penambahbaikan terhadap aplikasi MySejahtera dari semasa ke semasa.

Orang ramai dinasihatkan supaya membawa pen sendiri, sekiranya premis yang dikunjungi masih menggunakan sistem bertulis. Ia sebagai langkah keselamatan daripada jangkitan COVID-19.

Pemilik premis juga boleh melaksanakan inisiatif, dengan menempatkan kakitangan dan menugaskan mereka untuk menulis maklumat pelanggan sebelum dibenarkan masuk ke premis.

MUAT TURUN APLIKASI MYSEJAHTERA

Orang ramai digalakkan supaya memuat turun aplikasi MySejahtera bagi mendapatkan maklumat berhubung perkembangan dan maklumat COVID-19 di dalam negara.

Ini CARA BUAT QR CODE MySEJAHTERA PREMIS PERNIAGAAN/PEJABAT/SEKOLAH

DAFTAR APLIKASI MYSEJAHTERA

Untuk mendaftar, ikuti langkah-langkah berikut:

Langkah 1: Muat turun dan pasang aplikasi MySejahtera daripada Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA), Apple AppStore, Google Play Store atau Huawei AppGallery

Langkah 2: Tekan butang “Daftar Di Sini” untuk mendaftar pengguna baharu

Langkah 3: Masukkan nombor telefon bimbit dan klik “Daftar” atau klik pautan “Saya ingin menggunakan e-mel untuk mendaftar” (jika ingin mendaftar menggunakan e-mel)

Langkah 4: Anda akan menerima OTP melalui SMS daripada 63839 (jika mendaftar menggunakan nombor telefon) atau pautan pengesahan pendaftaran melalui e-mel (jika mendaftar menggunakan e-mel)

Langkah 5: Masukkan OTP yang diterima dan tekan “Hantar” (jika mendaftar menggunakan nombor telefon) atau klik pada pautan dalam emel (jika mendaftar menggunakan e-mel)

Langkah 6: Masukkan butiran pendaftaran seperti arahan di skrin dan tekan butang “Sahkan”

Langkah 7: Anda akan mendapat mesej “Pendaftaran Berjaya”. Klik pada link “Tutup” di bahagian bawah skrin untuk kembali ke laman Log Masuk

Langkah 8: Masukkan ID Pengguna (nombor telefon atau e-mel) dan kata laluan anda dan klik “Log Masuk”

Tahniah! Anda berjaya mendaftar sebagai pengguna.

 

Tags: #APA ITU KOD QR #DAFTAR APLIKASI MYSEJAHTERA #FUNGSI PENGESAN HOTSPOT #KOD QR MYSEJAHTERA #MUAT TURUN APLIKASI MYSEJAHTERA #PENAMBAHBAIKAN APLIKASI MYSEJAHTERA #SARANAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA(KKM) #TARIKH MULA GUNA KOD QR MYSEJAHTERA

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    BANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinBANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500 APA ITU BANTUAN ZAKAT
    KEMASKINI MySEJAHTERA:CARA UPDATE STATUS KESIHATAN/IBU MENGANDUNG & MENYUSU BAYI
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinKEMASKINI MySEJAHTERA:CARA UPDATE STATUS KESIHATAN/IBU MENGANDUNG & MENYUSU BAYI Untuk makluman setiap
    SEMAKAN KEPUTUSAN UJIAN COVID19 MELALUI MySEJAHTERA
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSEMAKAN KEPUTUSAN UJIAN COVID19 MELALUI MySEJAHTERA   Sekarang ini, kerajaan sedang berusaha
    SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN Sebelum ini
    1. author

      Siti Aisyah Binti Azman11 months ago

      Macam mana nak buat kod QR

      Reply

    Leave a reply "KOD QR MYSEJAHTERA"