PERMOHONAN KOLEJ VOKASIONAL (KV) & SEKOLAH MENENGAH TEKNIK (SMT) 2022

PERMOHONAN KOLEJ VOKASIONAL (KV) & SEKOLAH MENENGAH TEKNIK (SMT) 2022

KOLEJ VOKASIONAL (KV) & SEKOLAH MENENGAH TEKNIK (SMT)

Bagi mereka yang mempunyai minat dalam pendidikan yang ditawarkan di KOLEJ VOKASIONAL & SEKOLAH MENENGAH TEKNIK 2022, boleh melakukan permohonan kemasukan.

 

SYARAT ASAS KELAYAKAN PERMOHONAN KV DAN SMT 2022

Sebagai peringatan, pelajar yang berminat mesti meneliti syarat kemasukan yang ditetapkan terlebih dahulu sebelum memohon.

  1. Warganegara Malaysia
  2. Bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan/ Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM pada Tahun 2020
  3. Mesti mengambil Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus KPM (PKSK)
  4. Wajib menduduki Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
  5. Calon Sihat tubuh badan
  6. Tiada sebarang kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali
  7. Tidak rabun warna/ burta warna
  8. Berminat dengan program yang dipohon

 

TARIKH PERMOHONAN KV DAN SMT

Berikut adalah merupakan tarikh permohonan:

  • Tarikh buka permohonan 10 Oktober 2021
  • Tarikh tutup permohonan 31 Disember 2021

Tarikh-tarikh penting yang perlu diketahui:

  • Semakan pusat pentaksiran: 7 – 17 Februari 2022
  • Semakan Tawaran Kemasukan: 15 Mac 2022
  • Rayuan Aliran Perdana: 15 – 29 Mac 2022
  • Rayuan Aliran PAV: 15 – 29 Mac 2022

 

MAKLUMAT BERKAITAN PROGRAM KV DAN SMT

Program KV dan SMT – Bagi pelajar lepasan Tingkatan 3 yang menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) / Pendidikan Asas Vokasional (PAV) :

  • Program KV (menjurus kepada Diploma) di KV /ILKA / ILKS.
  • Sekolah Menengah Teknik (SPM).
  • Program Kemahiran/ Apprenticeship di KV/WISDEC/GIATMARA.

 

PROSES PERMOHONAN KV DAN SMT

Sekiranya pelajar berminat dan layak, disarankan agar membuat permohonan seperti yang ditetapkan. Permohonan mestilah dibuat mengikut aliran murid atau pelajar Tingkatan 3 tahun 2020 melalui sistem aplikasi permohonan online.

Nota penting semasa mengisi permohonan online:

  1. Sila pastikan semua bertanda * diisi
  2. Rujuk Panduan bagi maklumat yang memerlukan rujukan untuk pengisian data
  3. Klik simpan dan pergi ke muka surat seterusnya.
  4. Sila buat “checking” dan klik kemaskini untuk mengemaskini permohonan. Kemaskini
  5. Cetak Permohonan untuk simpanan pemohon.
  6. Sila pastikan perisian Adobe Reader dipasang untuk mencetak borang permohonan online.

 

MAKLUMAN PROSES PERMOHONAN  

  • Jika pemohon tidak boleh mengakses borang permohonan online, sila kemaskini Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dan maklumkan kepada pihak sekolah.
  • Kursus tertakluk kepada perubahan semasa.
  • Permohonan secara atas talian hanya dibuka kepada pelajar yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan/Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan

 

SENARAI KATEGORI ALIRAN MURID

Aliran PAV – Pelajar Lepasan Pendidikan Asas Vokasional (PAV)

Aliran Perdana / Akademik / Agama – Pelajar Lepasan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merangkumi 4 komponen iaitu:

  • Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
  • Pentaksiran Sekolah (PS)
  • Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
  • Pelajar Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)

Syarat Umum dan Khusus Program Kolej Vokasional ILKS/ ILKA & Sekolah Menengah Teknik (Teknikal)

 

SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN KV DAN SMT 2022

Calon boleh menyemak keputusan dalam laman sesawang KPM, di alamat

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sebarang info lain yang berkaitan dengan KV dan SMT boleh hubungi serta layari pautan di bawah:

  • http://bptv.moe.gov.my/
  • Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional (BPTV), Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 6, Blok E14, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya. (u.p.: Unit Pengambilan & Pertukaran Murid di talian 03-88845154 / 5088 / 5067 / 5089 / 5094)

 

ARTIKEL LAIN

CONTOH SOALAN UKKM MRSM 2022 (Format Terkini & Contoh Jawapan )

Tags: #KOLEJ VOKASIONAL & SEKOLAH MENENGAH TEKNIK 2021:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN KELAYAKAN #MAKLUMAT BERKAITAN PROGRAM KV DAN SMT #Nota penting semasa mengisi permohonan online #PERMOHONAN KOLEJ VOKASIONAL (KV) DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK (SMT) SESI 2021 #PERMOHONAN KV DAN SMT SECARA ONLINE #PROSES MEMBUAT PERMOHONAN KV DAN SMT #PROSES PERMOHONAN KV DAN SMT #SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN KV DAN SMT 2022 #SENARAI KATEGORI ALIRAN MURID #SISTEM APLIKASI eSPTV #SYARAT ASAS KELAYAKAN PERMOHONAN KV DAN SMT 2022 #SYARAT UMUM KELAYAKAN PERMOHONAN KV DAN SMT 2021 #TARIKH PENTING PERMOHONAN KV DAN SMT 2020 #TARIKH PERMOHONAN KV DAN SMT

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    No related post!

    Leave a reply "PERMOHONAN KOLEJ VOKASIONAL (KV) & SEKOLAH MENENGAH TEKNIK (SMT) 2022"