KOLEJ VOKASIONAL & SEKOLAH MENENGAH TEKNIK 2021:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN KELAYAKAN

KOLEJ VOKASIONAL & SEKOLAH MENENGAH TEKNIK 2021:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN KELAYAKAN

KOLEJ VOKASIONAL & SEKOLA MENENGAH TEKNIK 2021

Bagi mereka yang mempunyai minat dalam pendidikan yang ditawarkan di KOLEJ VOKASIONAL & SEKOLAH MENENGAH TEKNIK 2021, boleh melakukan permohonan kemasukan.

Sebagai peringatan, pelajar yang berminat mesti meneliti syarat kemasukan yang ditetapkan terlebih dahulu sebelum memohon.

Sekiranya pelajar berminat dan layak, disarankan agar membuat permohonan seperti yang ditetapkan.

PERMOHONAN KOLEJ VOKASIONAL (KV) DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK (SMT) SESI 2021

Berikut adalah panduan untuk membuat permohonan ke KV dan SMT termasuk syarat kemasukan dan tarikh penting permohonan.

TARIKH PERMOHONAN KV DAN SMT

7 September 2020- 2 Oktober 2020

MAKLUMAT BERKAITAN PROGRAM KV DAN SMT

Program KV dan SMT – Bagi pelajar lepasan Tingkatan 3 yang menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) / Pendidikan Asas Vokasional (PAV) :

i.Program KV (menjurus kepada Diploma) di KV /ILKA / ILKS.

ii.Sekolah Menengah Teknik (SPM).

iii. Program Kemahiran/ Apprenticeship di KV/WISDEC/GIATMARA.

Pendidikan Asas Vokasional (PAV) Tingkatan 1 – Bagi pelajar Lepasan Tahun 6 2020.

Baca tentang SEKOLAH KHUSUS 2021:CARA PERMOHONAN ONLINE & PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK)

PROSES MEMBUAT PERMOHONAN KV DAN SMT

Bagi permohonan kemasukan ke program Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT), ambilan untuk sesi Januari 2021 adalah percuma. Pelajar tidak perlu membeli nombor pin.

Permohonan mestilah dibuat mengikut aliran murid atau pelajar Tingkatan 3 tahun 2020 melalui sistem aplikasi permohonan online.

Bermula ambilan tahun 2021, pelajar yang memohon Sekolah Khusus KPM iaitu KV dan SMT perlu menduduki pentaksiran selepas membuat permohonan.

Semua pemohon akan menduduki pentaksiran secara berpusat di 555 buah pusat pentaksiran yang ditetapkan di seluruh negara.

Untuk makluman, pentaksiran akan merangkumi tiga bahagian iaitu Kecerdasan Insaniah (20%), Kecerdasan Intelektual (70%) yang dilakukan secara dalam talian dan Artikulasi Penulisan (10%) secara bertulis di pusat pentaksiran. Maklumat lanjut berkenaan pentaksiran ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Permohonan boleh dilakukan secara online melalui Sistem Aplikasi dalam talian eSPTV, Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional. Berikut adalah perkongsian pautan dan cara untuk membuat permohonan KV dan SMT :

SISTEM APLIKASI eSPTV

PERMOHONAN KV DAN SMT SECARA ONLINE

  • Klik disini Borang Permohonan KV Dan SMT Online
  • Sila pastikan permohonan dibuat mengikut aliran murid tingkatan 3 bagi tahun 2o20.
  • Pemohon dikehendaki memasukkan no. Kad Pengenalan ke dalam ruang yang disediakan.
  • Jika pemohon tidak boleh mengakses borang permohonan online, sila kemaskini Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dan maklumkan kepada pihak sekolah.
  • Pemohon boleh mendapati maklumat yang lengkap melalui menu-menu yang terdapat di Info Kemasukan.

SYARAT UMUM KELAYAKAN PERMOHONAN KV DAN SMT 2021

Berikut adalah syarat umum kelayakan permohonan kemasukan ke KV dan SMT:

  • Berkewarganegaraan Malaysia
  • Sekolah Menengah Kerajaan/ Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM pada Tahun 2020
  • Calon mestilah menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus KPM (PKSK)
  • Calon menduduki Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
  • Calon sihat tubuh badan
  • Calon mestilah tiada sebarang kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali
  • Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA/BUTA WARNA
  • Calon berminat dengan program dipohon

SENARAI KATEGORI ALIRAN MURID

Aliran PAV – Pelajar Lepasan Pendidikan Asas Vokasional (PAV)

Pemohon boleh dapatkan maklumat info kursus yang ditawarkan di bahagian Info Kemasukan yang terdapat dalam laman sistem aplikasi permohonan.

Aliran Perdana / Akademik / Agama – Pelajar Lepasan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Pelajar yang menduduki PBS merangkumi 4 komponen iaitu:

  • Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
  • Pentaksiran Sekolah (PS)
  • Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
  • Pelajar Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)

Syarat Umum dan Khusus Program Kolej Vokasional ILKS/ ILKA & Sekolah Menengah Teknik (Teknikal)

Panduan Mengisi Borang Permohonan Online

Persoalan Yang Sering Ditanya (FAQ) Beserta Jawapan

Murid Yang Bersekolah Swasta/ Negeri Di Luar Kawalan KPM

Carta Alir & Borang Permohonan Murid Tingkatan 3 Tahun 2018 Di Sekolah Swasta / Yayasan Negeri / Agama Negeri / Persendirian / Sekolah Di Luar Kawalan KPM

Pemohon boleh dapatkan maklumat info kursus yang ditawarkan di bahagian Info Kemasukan yang terdapat dalam laman sistem aplikasi permohonan.

TARIKH PENTING PERMOHONAN KV DAN SMT 2020

Berikut adalah tarikh-tarikh penting untuk permohonan ke KV dan SMT bagi sesi 2021 yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa

KOLEJ VOKASIONAL & SEKOLA MENENGAH TEKNIK 2021

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sebarang info lain yang berkaitan dengan KV dan SMT boleh hubungi serta layari pautan di bawah: http://bptv.moe.gov.my/

Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional (BPTV)

Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 6, Blok E14, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

(u.p.: Unit Pengambilan & Pertukaran Murid di talian 03-88845154 / 5088 / 5067 / 5089 / 5094)

Tags: #KOLEJ VOKASIONAL & SEKOLAH MENENGAH TEKNIK 2021:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN KELAYAKAN #PERMOHONAN KOLEJ VOKASIONAL (KV) DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK (SMT) SESI 2021 #PERMOHONAN KV DAN SMT SECARA ONLINE #PROSES MEMBUAT PERMOHONAN KV DAN SMT #SENARAI KATEGORI ALIRAN MURID #SISTEM APLIKASI eSPTV #SYARAT UMUM KELAYAKAN PERMOHONAN KV DAN SMT 2021 #TARIKH PENTING PERMOHONAN KV DAN SMT 2020 #TARIKH PERMOHONAN KV DAN SMT

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    BANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinBANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500 APA ITU BANTUAN ZAKAT
    SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN Sebelum ini
    CARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB) Jika anda ingin membuat penstrukturan semula kewangan ekoran
    DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinDAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021   Kerajaan negeri Terengganu telah

    Leave a reply "KOLEJ VOKASIONAL & SEKOLAH MENENGAH TEKNIK 2021:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN KELAYAKAN"