LANJUTAN MORATORIUM B40/M40/PENIAGA KECIL:CARA MOHON & SEMAKAN STATUS
Melalui Belanjawan 2021,berikut adalah status LANJUTAN MORATORIUM B40/M40/PERUSAHAAN MIKRO :
- Golongan B40 yang juga penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) atau Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan peniaga kecil atau mikro hanya perlu menghubungi bank bagi menentukan pilihan bantuan kewangan bersasar.
- Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kenyataan di laman Facebook menjelaskan, penerima BSH/BPR dan peniaga kecil/mikro perlu memilih sama ada moratorium selama tiga bulan atau pengurangan ansuran bulanan sebanyak 50 peratus untuk tempoh enam bulan.
Kepada yang layak, sila buat PERMOHONAN i-SINAR ONLINE melalui (isinar.kwsp.gov.my)
JENIS PINJAMAN YANG LAYAK MORATORIUM
Berikut adalah pinjaman yang layak dapat moratorium:
- Perumahan
- Kereta/kenderaan
- Peribadi (individu/SME)
Kepada yang berminat, sila rujuk TRRF BNM:CARA PERMOHONAN DANA PEMULIHAN PKS SEHINGGA RM500,000
SYARAT PERMOHONAN LANJUTAN MORATORIUM
Peminjam yang layak terdiri daripada pinjaman yang diluluskan sebelum 1 Oktober 2020 dan mereka yang tidak mempunyai tunggakan ansuran melebihi tiga bulan
Kepada yang layak,boleh mohon BANTUAN MINHAH COVID-19 RM200 bermula 1 Disember 2020 sehingga 14 Disember 2020
CARA MOHON LANJUTAN MORATORIUM B40/M40/PENIAGA KECIL
- Hubungi pihak bank
- Nyatakan pilihan anda pada bila-bila masa mulai 23 November 2020 hingga 30 Jun 2021 dan kelulusan diberikan secara automatik
LANJUTAN MORATORIUM B40/M40/PENIAGA KECIL
Bagi golongan B40,hanya perlu membuat pengisytiharan kendiri (self-declaration) bagi bagi menentukan pilihan bantuan kewangan bersasar.
Bagi golongan M40,hanya perlu membuat pengisytiharan kendiri (self-declaration) bagi mengurangkan ansuran bulanan dengan kelulusan juga diberi secara automatik.
Mereka perlu membuat pengisytiharan kendiri. Bank akan mengambil kira pendapatan individu dan pasangan.Tempoh pemprosesan bank adalah lima hari dan kelulusannya juga automatik.
Berdasarkan maklum balas pemohon GKP 2.0,berikut adalah alasan paling popular berkaitan kod alasan tidak lulus GKP 2.0 > KOD 04 (Agensi Tidak Wujud)
MAKSUD SELF-DECLARATION( PENGISYTIHARAN SENDIRI)
Self-declaration atau pengisytiharan sendiri bermaksud pemohon perlu hubungi pihak bank dan membuat pengakuan untuk mohon lanjutan moratorium pinjaman.
KESIMPULAN
Moratorium pinjaman bank bukan hanya untuk sebilangan kecil rakyat. sebaliknya tersedia untuk semua rakyat Malaysia yang terkesan tidak kira sama ada daripada golongan B40, M40 atau T20.
Semuanya layak mendapat bantuan dalam bentuk
- Penangguhan
- Pengurangan
- penjadualan semula pinjaman
Semua golongan layak moratorium hanya perlu memohon kepada pihak bank masing-masing.
Nak lebih jelas, rujuk BANTUAN BAYARAN BALIK PINJAMAN(TRA)
PERTAYAAN LANJUT
Sila berhubung dengan bank masing-masing, AKPK atau BNMTELELINK untuk mengetahui pilihan yang tersedia bagi membantu mereka mengurus hutang masing-masing.
telelink.bnm.gov.my / [email protected]
Hubungi 1-300-88-5465
Peminjam yang menghadapi masalah dengan bank masing-masing boleh mengemukakan aduan kepada BNMTELELINK di bnm.my/RAsurvey atau ajukan terus pertanyaan melalui posting Facebook Bank Negara Malaysia
Tags: #CARA MOHON LANJUTAN MORATORIUM B40/M40/PENIAGA KECIL #LANJUTAN MORATORIUM B40/M40/PENIAGA KECIL #LANJUTAN MORATORIUM B40/M40/PENIAGA KECIL:CARA MOHON & SEMAKAN STATUS #MAKSUD SELF-DECLARATION( PENGISYTIHARAN SENDIRI)
mohamad syazwari bin mohd isa2 tahun ago
LANJUTAN MORATORIUM B40/M40/PENIAGA KECIL:CARA MOHON & SEMAKAN STATUS
muhida bin ahmad2 tahun ago
permohonan baru moratirium untuk kenderaan kereta..
mohamad raif2 tahun ago
permohonan bantuan elaun bulanan bagi oku
ABDUL NASSER BIN SHEIKH MOHAMMED2 tahun ago
PERMOHONAN BARU MORATIRIUM UNTUK KENDERAAN KERETA
SHATIRAH BINTI MAHMUD2 tahun ago
lanjutan moratorium
SHATIRAH BINTI MAHMUD2 tahun ago
LANJUTAN MORATORIUM PINJAMAN PERIBADI
[email protected] bin seman2 tahun ago
Mohon semakan bntuan yg lulus untuk saya
RAFIDAH HAJI MWAHAB2 tahun ago
PERMOHONAN BANTUAN ELAUN BULANAN OKU
Hadijah binti alli2 tahun ago
Lanjutan moratorium M40