LANJUTAN MORATORIUM & BANTUAN BANK BERSASAR:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN KELAYAKAN
Lanjutan Moratorium dan Bantuan Bank Bersasar yang lebih berfokus khusus untuk golongan yang benar-benar memerlukan iaitu:
Pertama, bagi individu yang kehilangan pekerjaan pada tahun 2020 dan masih belum mendapat pekerjaan baharu, anda akan menikmati moratorium lanjutan bersasar untuk tempoh 3 bulan. Selepas 3 bulan, tempoh moratorium boleh dilanjutkan oleh bank-bank bergantung kepada situasi individu masing-masing; dan
Kedua, bagi individu yang masih bekerja tetapi gaji mereka terjejas atau berkurangan akibat COVID-19, bayaran ansuran bulanan akan dikurangkan selaras dengan kadar pengurangan gaji, bergantung kepada jenis pinjaman.
Contohnya, bagi pinjaman perumahan atau pinjaman peribadi, bayaran ansuran bulanan akan dikurangkan pada kadar yang sama dengan pengurangan gaji. Bantuan ini adalah untuk tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan dan lanjutan boleh diberikan tertakluk kepada keadaan gaji semasa individu berkenaan.
Di samping itu, bank-bank telah memberikan komitmen untuk membantu semua peminjam individu atau PKS, baik peniaga, penjaja atau mereka yang bekerja sendiri yang turut terkesan akibat COVID-19. Bergantung kepada situasi peminjam- peminjam, bantuan-bantuan yang ditawarkan termasuk:
- Membayar faedah sahaja untuk suatu jangka masa yang ditetapkan; atau
- Memanjangkan tempoh keseluruhan pinjaman bagi mengurangkan pembayaran balik bulanan; atau
- Memberi pelepasan lain sehingga peminjam mencapai kedudukan kewangan yang lebih stabil.
PINJAMAN SEWA BELI
Bagi pinjaman sewa beli pula, pihak bank akan turut menawarkan pilihan penjadualan ansuran yang bersesuaian tertakluk kepada Akta Sewa Beli.
Contohnya, memanjangkan tempoh bayaran balik pada kadar ansuran bulanan yang lebih rendah.
Baca tentang MAKSUD STATUS PERMOHONAN BSH 2020
CARA PERMOHONAN LANJUTAN MORATORIUM
Peminjam perlu menghubungi institusi kewangan atau bank masing-masing bagi mendapatkan maklumat yang tepat
TERBARU,PKS Pelancongan boleh mula memohon SKIM PEMBIAYAAN SEKTOR PELANCONGAN PENJANA
TARIKH MULA PERMOHONAN LANJUTAN MORATORIUM
Permohonan boleh dibuat mulai 7 Ogos ini.
Kerajaan berharap supaya peminjam dapat memanfaatkan langkah-langkah menerusi Lanjutan Moratorium dan Bantuan Bank Bersasar ini demi kesejahteraan rakyat, perkembangan sektor perniagaan dan PKS, serta pemulihan ekonomi negara
TEMPOH LANJUTAN MORATORIUM
Moratorium lanjutan bersasar ini akan diberi untuk tempoh tiga bulan dengan syarat peminjam membuat permohonan kepada institusi kewangan.
Selepas tiga bulan, institusi kewangan boleh melanjutkan tempoh sekiranya individu masih tidak berjaya mendapat pekerjaan.
Jika anda gagal BSH 2020,boleh buat PERMOHONAN RAYUAN BSH 2020 SECARA ONLINE
Tags: #LANJUTAN MORATORIUM & BANTUAN BANK BERSASAR:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN KELAYAKAN
Khamarul Ariffin6 months ago
Mohon
Impin anak desmond gani5 months ago
Rayuan Bsh
Mohd Hasan bin Mohd narizan4 months ago
Rajuan bsh
YOGES A/P M P SHANAMUGAM3 months ago
LANJUTAN MORATORIUM MAYBANK
Emin Rumpitau2 months ago
Ingin Memohon lanjutan moraterium Oktobrer to December 2020
NORFAHIZAN BINTI ZAINI2 months ago
lanjutan moratoriom
Ahmad Farid bin Ibrahim1 month ago
Lanjutan Moratarium Bank RHB dan Bank Rakyat