CARA RELOAD TOPUP TELEFON GUNA BSNSECURE

CARA RELOAD TOPUP TELEFON GUNA BSNSECURE

RELOAD TOPUP BSNSECURE

Semestinya anda sedia maklum untuk melakukan urusan transaksi secara online banking akan memerlukan kod keselamatan iaitu No TAC. Tetapi kini BSN telah menambahbaikkan ciri keselamatan tersebut dengan memperkenalkan BSNSecure. Disini kami ingin kongsikan cara untuk reload topup menggunakan BSNSecure, semoga membantu

 

APA ITU BSNSECURE

BSNSecure merupakan ciri – ciri keselamatan berbentuk digital yang telah diperkenalkan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) bertujuan untuk lebih menjimatkan masa berbanding SMS tac. Melalui ciri ini, pengguna hanya perlu menekan butang Approve yang terdapat pada skrin bagi meneruskan transaksi tanpa perlu membuat permintaan TAC

 

TARIKH KUATKUASA BSNSECURE

Mulai 1 Julai 2023, semua transaksi Perbankan Internet myBSN akan dibenarkan melalui Aplikasi BSNSecure, menggantikan SMS TAC.

 

MUAT TURUN APLIKASI BSNSECURE

Buat kali pertama, seharusnya ada memuat turun dan intalls aplikasi BSNSecure di telefon anda bagi memudahkan urusan anda. Pautan muat turun seperti di bawah:

 

CARA TAMBAH NILAI KREDIT GUNA BSNSECURE

Kepada anda yang ingin reload atau topup kredit menggunakan BSNSecure, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan MyBSN 
  2. Log masuk menggunakan username dan password anda.
  3. Pada menu utama klik pada Prepaid Reload dan pilih PIN Based Reload
  4. Isikan segala maklumat yang diperlukan seperti:
    • Prepaid type
    • Servoce Provider
    • Value
    • From Account
  5. Setelah lengkap klik pada submit
  6. Paparan transaksi akan tertera. Anda juga akan menerima notifikasi (Push Notification) BSNSecure di Aplikasi BSNSecure yang berdaftar. Anda hanya perlu “Approve” atau “Reject” transaksi tersebut dalam masa 60 saat.
  7. Sekiranya anda ingin meneruskan transaksi tersebut, klik pada Approve
  8. Selesai, proses reload anda telah berjaya.

 

CARA RELOAD TOPUP DI SHOPEE GUNA BSNSECURE

Sekiranya anda ingin menambah nilai di aplikasi shopee dan membuat pembayaran menggunakan BSNSecure, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi Shopee dan log masuk akaun anda
  2. Pada paapran utama klik oada Prepaid, Bills & reload
  3. Pada bahagian Topup pilih pada prepaid
  4. Pilih telco anda dan jumlag tambah nilai anda inginkan dan klik Checkout
  5. Pada kaedah pembayaran, pilih online banking dan pilih MyBSN dan klik Pay Now
  6. Log masuk akaun MyBSN anda seperti biasa
  7. Bagi pengesahan transaksi, anda juga akan menerima notifikasi (Push Notification) BSNSecure di Aplikasi BSNSecure yang berdaftar. Anda hanya perlu “Approve” atau “Reject” transaksi tersebut dalam masa 60 saat.
  8. Sekiranya anda ingin meneruskan transaksi tersebut, klik pada Approve
  9. Buka kembali aplikasi shopee anda, paparan akan menunjukkan proses reload anda telah berjaya. Selesai

 

MAKLUMAT LANJUT

Jika anda perlukan maklumat lanjut dan sebarang pertayaan mengenai BSNSecure, anda boleh rujuk dan hubungi saluran berikut :

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment