Maksud OCS Jawatan Lain Dalam Polis PDRM

Senarai Contoh Maksud Jawatan Lain dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), terdapat pelbagai pangkat dan jawatan yang memiliki tanggungjawab serta skop tugas yang berbeza. Bagi mereka yang berminat untuk menyertai PDRM, adalah penting untuk memahami maksud jawatan polis istilah-istilah pangkat dan jawatan dalam organisasi ini.

Maksud OCS

OCS merujuk kepada Officer-In Charge of Station atau dalam Bahasa Melayu, Pegawai Penjaga Stesen. Pegawai ini bertanggungjawab mengendalikan operasi harian di stesen polis dan memastikan kecekapan serta keselamatan di kawasan tugasnya.

Istilah Pangkat-Pangkat dalam PDRM

Pangkat dalam PDRM terbahagi kepada dua kategori utama: Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis dan Konstabel.

Pegawai Kanan Polis

  1. Inspektor Jeneral Polis (IG)
  2. Deputi Inspektor Jeneral Polis (DIG)
  3. Komisioner Polis (CP)
  4. Deputi Komisioner Polis (DCP)
  5. Senior Asisten Komisioner Polis (SAC)
  6. Asisten Komisioner Polis (ACP)
  7. Superintenden Polis (SUPT.)
  8. Deputi Superintenden Polis (DSP)
  9. Asistan Superintenden Polis (ASP)
  10. Inspektor (INSP)
  11. Inspektor Percubaan (P/I)

Pegawai Rendah Polis dan Konstabel

  1. Sub-Inspektor (SI)
  2. Sarjan Mejar (SM)
  3. Sarjan (SJN)
  4. Koperal (KPL)
  5. Lans Koperal (L/KPL)
  6. Konstabel (KONST)

Skop Tugas Pegawai Polis(Maksud Jawatan Polis)

Pegawai polis di Malaysia mempunyai tanggungjawab yang ditetapkan oleh Akta Polis, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  1. Menangkap individu yang diberi kuasa undang-undang untuk ditangkap.
  2. Melaksanakan tugas-tugas keselamatan dan risikan.
  3. Memberi bantuan dalam melaksanakan undang-undang berkaitan hasil, kebersihan, kuarantin, imigresen, dan pendaftaran.
  4. Mengatur lalulintas di jalan awam (berdasarkan Seksyen 21 Akta Polis).
  5. Melindungi harta awam dan harta yang tidak dituntut.
  6. Memberi bantuan untuk menjaga ketenteraman di mahkamah jenayah dan sivil.

Tugas setiap anggota polis adalah spesifik berdasarkan pangkat dan jawatan masing-masing dalam PDRM.

Kesimpulan Maksud Jawatan Polis

Mengetahui istilah dan tanggungjawab dalam PDRM penting bagi sesiapa yang berminat dengan kerjaya dalam bidang penguatkuasaan undang-undang. Setiap pangkat memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di Malaysia.

Artikel Lain > e-PENGAMBILAN PDRM 2024(Permohonan Polis Panggilan)

Leave a Comment