MAKSUD PKPP

MAKSUD PKPP,4.25 / 5 ( 4votes )

MAKSUD PKPP

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN PKPP

APA ITU PKPP

PKPP adalah singkatan kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.

SENARAI AKTIVITI YANG DIBENARKAN SEMASA PKPP

  • perjalanan merentas negeri dibenarkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.
  • Pelancongan domestik dibenarkan tetapi pintu masuk antarabangsa masih ditutup.
  • Operasi premis perniagaan kembali kepada biasa.
  • Sekolah dibuka secara berperingkat dalam tempoh PKPP.
  • Pusat hiburan seperti pub, karaoke masih dilarang.
  • Perhimpunan melibatkan ramai orang tidak dibenarkan.
  • semua aktiviti sosial, pendidikan, keagamaan, perniagaan, akan dibenarkan beroperasi semula secara berperingkat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
  • Ini termasuklah aktiviti ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha turut dibenarkan.

Jika anda bekerja sendiri, rugi pula kalau tidak DAFTAR ONLINE SKIM KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI PERKESO, banyak faedah yang disediakan untuk melindungi anda. Murah je bayar caruman.

7 STRATEGI PKPP

Kerajaan akan melaksanakan PKPP dengan berteraskan 7 Strategi iaitu:

  • Pengukuhan Kesihatan Awam;
  • Perundangan dan Penguatkuasaan;
  • Pengukuhan Kawalan Sempadan;
  • Pembukaan Sepenuhnya Sektor Ekonomi;
  • Pembudayaan Kebiasaan Baharu;
  • Pemerkasaan Tanggungjawab Komuniti; dan
  • Perlindungan Golongan Berisiko.

TERBARU, DOWNLOAD MySejahtera & CLAIM KREDIT RM50 Ewallet (Epenjana)

TARIKH MULA  PKPP

10 Jun 2020 sehingga 31 Ogos 2020

Strategi ini akan dilaksanakan melalui Jawatankuasa Khas Menteri Mengenai Pelaksanaan PKPP yang dipengerusikan oleh YB Menteri Kanan Pertahanan. Manakala di peringkat kerajaan negeri pula, strategi ini akan dilaksanakan melalui jawatankuasa yang diwujudkan oleh YAB Menteri Besar dan Ketua Menteri.

Jangan lupa tebus SUBSIDI PENJAGAAN ANAK (eBaucar  RM800).eBaucar boleh dituntut sehingga penghujung Ogos 2020.

Pelaksanaan strategi ini pastinya memerlukan kerjasama dan sokongan semua pihak termasuk jentera kerajaan pusat dan negeri, pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan serta pemimpin dan ketua komuniti.

MAKSUD PKPP

Jadi, kini tibalah masanya kerajaan memberikan lebih banyak kelonggaran kepada saudara-saudari dengan syarat saudara-saudari sendiri mengambil tanggungjawab secara serius untuk mengamalkan kebiasaan baharu kehidupan dan mematuhi semua SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

Ini bermakna, tanggungjawab untuk memastikan wabak COVID-19 kekal terkawal berada di tangan rakyat Malaysia. Kerajaan  juga ingin menekankan kepentingan peranan pemimpin masyarakat termasuk ketua kampung, ketua komuniti dan pemimpin NGO dalam membendung penularan wabak ini dengan memastikan semua anggota masyarakat mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

Tidak kurang pentingnya ialah peranan majikan. Para majikan juga mestilah memastikan semua pekerja mematuhi SOP di tempat kerja.

Jika semua rakyat Malaysia terus berdisiplin dan beristiqamah, penularan wabak ini akan kekal terkawal dan kita akan memasuki fasa normalisasi selepas 31 Ogos 2020 sehinggalah vaksin untuk virus COVID-19 ditemui.

PESANAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA

Kerajaan mengingatkan sekiranya berlaku peningkatan mendadak kes positif COVID-19 dalam tempoh ini, kerajaan tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD di kawasan atau lokaliti yang berkenaan.

Rakyat disaran untuk menggunapakai aplikasi MySejahtera yang telah dibangunkan oleh kerajaan untuk membolehkan saudara-saudari melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.

Aplikasi ini juga akan membolehkan Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil tindakan yang cepat, tepat dan berkesan untuk mengenalpasti dan memaklumkan kontak rapat sekiranya berlaku kes jangkitan COVID-19 dalam masyarakat.

 

Tags: #7 STRATEGI PKPP #MAKSUD PKPP #PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN(PKPP) #SENARAI AKTIVITI YANG DIBENARKAN SEMASA PKPP #TARIKH MULA  PKPP

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    CARA LANGGAN ASTRO BEST/FIRST CHANNEL & ASTRO GO
    CARA LANGGAN ASTRO BEST/FIRST CHANNEL & ASTRO GO   Jika anda ingin langgan
    SENARAI LATIHAN KEMAHIRAN LEPASAN SPM
    SENARAI LATIHAN KEMAHIRAN LEPASAN SPM Jika anda berminat untuk menjalani latihan kemahiran selepas
    KELEBIHAN UNIVERSITI AWAM BERBANDING SWASTA
    KELEBIHAN UNIVERSITI AWAM BERBANDING SWASTA Berdasarkan data, terdapat lebih daripada 400 institusi swasta
    TESP MARA 2022 (Permohonan & Semakan Status Tajaan)
    TESP MARA 2022 (Permohonan & Semakan Status Tajaan)   Majlis Amanah Rakyat (MARA)

    Leave a reply "MAKSUD PKPP"