MAKSUD STATUS GERAN KHAS PRIHATIN
Geran Khas PRIHATIN (GKP) adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19.
Kadar bantuan yang diberikan melalui Geran Khas Prihatin ini adalah sebanyak RM 3,000 dan kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 2.1 bilion bagi menyalurkan bantuan ini. Pembayaran RM 3,000 akan dibayar secara one-off kepada penerima.
BACA : ADAKAH LAYAK MEMOHON GERAN KHAS PRIHATIN JIKA TIDAK BERDAFTAR DENGAN LHDN?
SYARAT KELAYAKAN GERAN KHAS PRIHATIN
- Merupakan warganegara Malaysia
- Menjalankan Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro dengan kriteria berikut:
- Jumlah pendapatan jualan tahunan mestilah kurang daripada RM 300,000 dan
- Jumlah pekerja mestilah kurang dari 5 orang dan tidak termasuk pemilik
- Mestilah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019
- Masih menjalankan perniagaan secara aktif semasa permohonan dibuat
- Semakan silang data akan dilakukan bersama agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia
Kepada yang telah membuat permohonan GKP 2.0 sebanyak RM3,000,anda akan menerima BAYARAN GKP 2.0 BERMULA 30 NOVEMBER jika layak.
Jika anda layak, anda boleh buat permohonan GERAN KHAS PRIHATIN
CARA MEMOHON GERAN KHAS PRIHATIN
- Tarikh akhir permohonan 15 Mei 2020
- Layari laman web rasmi di https://gkp.hasil.gov.my/
- Klik butang Geran Khas Prihatin (GKP)
- Masukkan No. Kad Pengenalan / MyKad klik butang Permohonan Baharu
- Borang Permohonan Geran Khas Prihatin akan dipaparkan
- Masukkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap termasuklah maklumat perniagaan
- Klik butang Teruskan untuk meneruskan proses permohonan
- Masukkan kod Captcha yang tertera dan klik butang Sahkan Captcha
- Pastikan anda tick pada Akuan Pengesahan sekiranya bersetuju dengan syarat – syarat yang disenaraikan
- Setelah berjaya membuat permohonan, anda akan diberi pilihan samada untuk mendaftar akaun GKP bagi tujuan log masuk sistem atau tidak
- Sekiranya tidak mahu mendaftar akaun GKP, klik butang Tidak, sekiranya anda memilih untuk mendaftar akaun GKP, klik butang Ya dan teruskan langkah selanjutnya
Nak tahu cara permohonan i-SINAR KWSP(AKAUN 1) ONLINE bermula bulan Disember 2020
CARA MENDAFTAR AKAUN GERAN KHAS PRIHATIN
- Anda akan dibawa ke skrin pendaftaran akaun GKP
- Pada paparan skrin ini, anda perlu mendaftar Frasa Keselamatan terlebih dahulu
- Pilih lima soalan keselamatan beserta jawapan anda yang terdiri dari huruf dan nombor sahaja (tiada sebarang simbol atau aksara dibenarkan)
- Klik butang Teruskan sekiranya anda telah selesai mendaftar Frasa Keselamatan
- Sekiranya terdapat sebarang perubahan yang ingin dilakukan, klik butang Kembali untuk pergi ke skrin sebelumnya
- Daftar kata laluan bagi tujuan Log Masuk dan klik butang Hantar
- Pendaftaran akaun anda telah selesai dan anda boleh Log Masuk akaun GKP anda menggunakan kata laluan yang telah didaftarkan
Kepada yang telah membuat permohona GKP 2.0 sebanyak RM3,000,anda boleh membuat SEMAKAN PERMOHONAN GKP 2.0 BERMULA 27 NOVEMBER
CARA LOG MASUK
- Masukkan nombor kad pengenalan yang telah didaftarkan
- Klik butang Semak
- Pastikan Frasa Keselamatan yang dipaparkan adalah milik anda
- Tekan butang Ya jika betul, sebaliknya tekan butang Tidak jika bukan milik anda
- Masukkan kata laluan yang betul dan klik butang Log Masuk
- Setelah Log Masuk, anda boleh membuat semakan permohonan GKP anda
MAKSUD STATUS PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN
Terdapat 4 status permohonan iaitu :
Permohonan GKP Diterima – Pemohon baru membuat permohonan dan telah berjaya dihantar
Permohonan GKP Dalam Proses – Sistem telah menerima permohonan dan di dalam proses semakan dan pengesahan dari agensi
Permohonan GKP Lulus – Permohonan telah diluluskan dan pembayaran akan dikreditkan ke akaun yang didaftarkan semasa permohonan
Permohonan Tidak Lulus – Pemohon tidak layak menerima bantuan
Ini cara untuk buat rayuan GERAN KHAS PRIHATIN bersama senarai dokumen sokongan untuk memudahkan anda.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertayaan mengenai Geran Khas Prihatin ini boleh diperolehi melalui medium berikut :
Talian telefon
Hasil Care Line 03 – 89111000 atau 03 – 89111100 (luar negara)
Laman web LHDNM di http://www.hasil.gov.my
Facebook LHDNM
Twitter LHDNM
My GKP was approved but till now I have not received the RM3,000. Please updtae my status. Thank you.
No. I.C. 560710106244
GERAN KHAS PRIHATIN
Knpa tak boleh
prihatin tak dpt bos RM 1000
banuppriya
bsn