MAKSUD STATUS PERMOHONAN BPN 2.0 DITERIMA

MAKSUD STATUS PERMOHONAN BPN 2.0 DITERIMA

MAKSUD STATUS PERMOHONAN BPN 2.0 DITERIMA

Anda nak tahu apa apakah maksud status permohonan BPN 2.0 diterima?Berikut adalah penjelasan terperinci dan mudah untuk anda.

Jika anda baharu sahaja mendaftar pada laman portal Bantuan Prihatin Nasional(BPN) 2.0, maka status ini akan dipaparkan.

Bermakna anda adalah dalam kategori permohonan baru. Ia juga memberi makna bahawa permohonan anda sedang diproses dan dinilai untuk diluluskan bergantung kepada kelayakan anda.

CONTOH SITUASI

Ahmad melayari laman portal Bantuan Prihatin Nasional(BPN) pada 15 Oktober 2020. Dia telah menyemak status kelulusan Bantuan Prihatin Nasional(BPN) namun tiada rekod dipaparkan.

Maka beliau telah mendaftar permohonan baru dengan mengisi maklumat yang diperlukan dan permohonan tersebut diterima oleh LHDN selepas beberapa hari.

Pihak LHDN pula memproses permohonan tadi dan memberi paparan permohonan diterima.

Ahmad  hanya perlu menunggu makluman tentang semakan kelulusan permohonan baru BPN dan jika lulus permohonan,maka Ahmad akan mendapat BPN pada bulan Januari  2021. Bayaran BPN Ahmad akan dibayar secara sekali gus iaitu fasa 1 dan fasa 2.

MAKSUD STATUS PERMOHONAN BPN 2.0 DITERIMA

Dalam perkara ini, ia terbahagi kepada dua golongan:

PEMOHON LAMA

Sekiranya anda adalah pemohon lama dari BPN 1.0 yang dilancarkan pada bulan Mac 2020 yang lalu, anda akan mendapati status Permohonan Diterima secara automatik.Walaupun tidak perlu buat permohonan baru.

Anda tidak akan mendapat status Lulus secara automatik.

PEMOHON BAHARU

Sekiranya anda adalah pemohon baru BPN 2.0 yang dilancarkan pada bulan September 2020 baru-baru ini, anda perlu daftar BPN 2.0 dan membuat permohonan baru Bantuan Prihatin Nasional 2.0 terlebih dahulu.

Selepas siap menghantar permohonan, barulah anda boleh buat semakan status BPN 2.0 samada diterima atau tidak.

Status Permohonan Diterima bagi pemohon baru bukanlah secara automatik. Jadi, ini juga bermakna, bagi pemohon baru, anda tidak akan mendapat status Lulus secara automatik.

Ini kerana setiap permohonan baru akan diproses terlebih dahulu oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

TUTORIAL SEMAK STATUS PERMOHONAN BPN 2.0 DITERIMA ATAU TIDAK

Berikut ialah cara untuk buat semak status Bantuan Prihatin Nasional 2.0, samada permohonan yang dihantar diterima atau tidak.

Sebelum sampai ke status LULUS, anda mesti menghantar permohonan BPN terlebih dahulu.

Secara ringkasnya, pada akhir permohonan, klik butang Hantar dan pastikan anda melihat mesej Berjaya.

Kami andaikan anda sudah mempunyai ID Penggguna dan boleh Log Masuk.

  1. Klik Log Masuk di https://bpn.hasil.gov.my
  2. Di bahagian PENGGUNA, masukkan ID Pengguna
  3. ID Pengguna ialah Nombor Kad Pengenalan atau Nombor MyKad
  4. Akan keluar soalan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda?”
  5. Jika betul seperti yang didaftarkan di atas, klik Ya
  6. Jika salah dan tidak seperti yang didaftarkan di atas, klik Tidak
  7. Kami andaikan anda klik Ya
  8. Anda akan dibawa ke bahagian PENGGUNA sekali lagi
  9. Tidak perlu masukkan ID Pengguna kerana ia sudah diisi secara automatik
  10. Masukkan Kata Laluan
  11. Klik Log Masuk untuk permohonan, bukan semak status BPN
  12. Anda akan dapat lihat dua (2) tab di bahagian atas iaitu:
  13. Maklumat Pemohon
  14. Pengesahan
  15. Di bahagian Maklumat Pemohon, isikan dengan lengkap:
  • Nama
  • Nombor MyKad
  • Jantina
  • Alamat
  • Poskod
  • Bandar
  • No Telefon Rumah
  • Pekerjaan
  • Status Perkahwinan
  1. Isikan Maklumat Pasangan (jika sudah berkahwin) dengan lengkap
  2. Isikan Maklumat Waris dengan lengkap di ruangan yang disediakan
  3. Isikan Maklumat Anak dengan lengkap
  • Nama anak
  • No Kad Pengenalan anak
  • Umur anak
  • Status anak
  • Jika anda mempunyai anak lebih dari satu, sila isikan ruangan yang lain
  1. Klik Teruskan untuk meneruskan permohonan Bantuan Prihatin Nasional
  2. Kini anda berada di bahagian Pengesahan
  3. Akan ada mesej “Untuk teruskan proses permohonan, sila isi Captcha dan tandakan pengakuan untuk paparkan bahagian Simpan / Hantar”
  4. Masukkan Captcha seperti yang tertera
  5. Klik Sahkan Captcha
  6. Di bahagian Akuan Pengesahan, sila tick ruangan tersebut
  7. Ini bermaksud anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan
  8. Klik butang jika anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan
  9. Selepas tekan butang Hantar
  10. Pastikan anda dapat lihat paparan mesej Berjaya
  11. Ini bermakna proses semak status permohonan BPN anda diterima

MAKSUD STATUS PERMOHONAN BPN 2.0 DALAM PROSES

Selain status BPN Permohonan Diterima, ada satu lagi status yang penting iaitu Dalam Proses.

Sekiranya semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan, status anda mungkin bertukar dari status Permohonan Diterima ke Dalam Proses.

Ini adalah khusus untuk permohonan baru dan rayuan bagi Bantuan Prihatin Nasional 2.0. Status Dalam Proses bermaksud permohonan anda akan diproses oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk status kelulusan.

 

Tags: #MAKSUD STATUS PERMOHONAN BPN 2.0 DIPROSES #MAKSUD STATUS PERMOHONAN BPN 2.0 DITERIMA

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    SKIM BANTUAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM(UA)/POLITEKNIK(Anak-Anak Veteran ATM)
    SKIM BANTUAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM(UA)/POLITEKNIK(Anak-Anak Veteran ATM)   APA ITU JABATAN HAL
    BANTUAN KHAS COVID 19 NADMA:SEMAKAN PERMOHONAN & BORANG BANTUAN KHAS COVID 19 RM100 SEHARI
    BANTUAN KHAS COVID 19 NADMA:SEMAKAN PERMOHONAN & BORANG BANTUAN KHAS COVID 19 RM100
    SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIPk:BORANG PERMOHONAN & SEMAKAN BANTUAN
    SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIPk:BORANG PERMOHONAN & SEMAKAN BANTUAN   Untuk makluman,Majlis Agama Islam
    MySPR SEMAK:SEMAKAN MAKLUMAT PENGUNDIAN (Check Tempat Mengundi & Saluran)
    MySPR SEMAK:SEMAKAN MAKLUMAT PENGUNDIAN (Check Tempat Mengundi & Saluran)   APA ITU MySPR
    1. author

      Nurul syafiera nisha binti mohd sibi1 year ago

      Saya memerlukan bantuan untuk membantu keluarga

      Reply
    2. author

      Velkumar a/l dorai singam1 year ago

      Enc, berape hari bulan dapat bpn 2.0 fasa 1

      Reply
    3. author

      Lakshmanan a/ l Rama Alagappa1 year ago

      I have not got the status of my BPN and BPN 2.0

      Reply
    4. author

      MOHAMAD AFIF BIN WAN ZAINUDDIN1 year ago

      Saya nak kemaskini..bujang ke status kawin

      Reply
    5. author

      Maimunah binti Hashim1 year ago

      Status BPH yg di terima di katakan tidak layak.Saya warga emas .Status berkahwin.BPH suami dengan Isteri seorg lagi lulus.Utk pengetahuan saya tinggal bersendirian dan tinggal jauh dgn suami

      Reply
    6. author

      ALIF AIZZAQ BIN MOHD NAZRI1 year ago

      Saya nak kemaskini bpn 2.0 untuk set semula selengkapnya dengn anak skali,

      Reply
    7. author

      Tajuddin bin ahmad1 year ago

      Good best

      Reply
    8. author

      Hamba Allah1 year ago

      salam…saya nak bertanya..kenp saya punya BPN 2.0..tak masuk lg…dikatakan di bayar lebih awal dari tarikh yg di jangkakan…26hb..(22hb)…?????…terima kasih…

      Reply

    Leave a reply "MAKSUD STATUS PERMOHONAN BPN 2.0 DITERIMA"