MAKSUD STATUS PERMOHONAN DITERIMA BPN
Timbul persoalan dan jadi bahan tanda tanya kepada pemohon Bantuan Prihatin Nasional(BPN) tentang status permohonan BPN yang memaparkan “PERMOHONAN DITERIMA” sejak permohonan baharu dibuat. Bagaimanakah untuk melihat status yang dipaparkan tersebut. Anda perlu login di laman web Portal Bantuan Prihatin Nasional(BPN). Masukan nombor kad pengenalan dan semak.
APA MAKSUD STATUS PERMOHONAN DITERIMA BPN?
Jika anda baharu sahaja mendaftar pada laman portal Bantuan Prihatin Nasional(BPN), maka status ini akan dipaparkan. Bermakna anda adalah dalam kategori permohonan baru. Ia juga memberi makna bahawa permohonan anda sedang diproses dan dinilai untuk diluluskan bergantung kepada kelayakan anda.
CONTOH SITUASI
Abu melayari laman portal Bantuan Prihatin Nasional(BPN) pada 1 April 2020. Dia telah menyemak status kelulusan Bantuan Prihatin Nasional(BPN) namun tiada rekod dipaparkan. Maka beliau telah mendaftar permohonan baru dengan mengisi maklumat yang diperlukan dan permohonan tersebut diterima oleh LHDN selepas beberapa hari. Pihak LHDN pula memproses permohonan tadi dan memberi paparan permohonan diterima. Abu hanya perlu menunggu makluman tentang semakan kelulusan permohonan baru BPN dan jika lulus permohonan,maka Abu akan mendapat BPN pada bulan Mei 2020. Bayaran BPN Abu akan dibayar secara sekali gus iaitu fasa 1 dan fasa 2.
SEMAKAN KELULUSAN PERMOHONAN BARU BANTUAN PRIHATIN NASIONAL(BPN)
Bagi kategori permohonan baru yang berstatus permohonan diterima, anda boleh menyemak status kelulusan permohonan Bantuan Prihatin Nasional(BPN) pada bulan MEI 2020.
Jika anda layak menerima BPN tetapi masih belum membuat permohonan baru.Anda boleh membuat permohonan baru / rayuan boleh dibuat di portal rasmi BPN bermula 1 April 2020 hingga 30 April 2020.
Bagaimana pula dengan MAKSUD STATUS PERMOHONAN DALAM PROSES BPN
Berdasarkan siaran media Kementerian Kewangan, pemohon perlu mengemukakan maklumat yang berkaitan ketika proses permohonan baru / rayuan dibuat. Kesemua maklumat dan data akan disemak berdasarkan data agensi ditetapkan iaitu data BSH dan data percukaian LHDNM.
Adakah anda tahu siapakah PEOPLE UNDER SURVEILLANCE(PUS)?
MAKLUMAT DAN PERTANYAAN LANJUT
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Kementerian Kewangan atau LHDNM di talian berikut:
Kementerian Kewangan
03-8882 9089/ 03-8882 9087 /03-8882 9191/03-8882 4565/03-8882 4566
LHDNM
1-800 882 747 / 03-8911 1000
Waktu operasi dari jam 9 pagi – 5 petang (Ahad – Jumaat).
Tags: #APA MAKSUD STATUS PERMOHONAN DITERIMA BPN? #MAKSUD STATUS PERMOHONAN DITERIMA BPN #PERMOHONAN BARU/RAYUAN BPN #SEMAKAN KELULUSAN PERMOHONAN BARU BANTUAN PRIHATIN NASIONAL(BPN)
Letchumy10 months ago
Tidak Lulus for a woman whose husband died, earning less than RM4000 a month. Do not own any property, just car only. Taking care of old mother and sick sister. Staying in DBKL flat. What is the reason for person not approved BPN.
Poh Lee Aik10 months ago
Permohonan Diterima Bpn
Syarizzed Bin Hussain10 months ago
Kemskini
Richard ding bilong10 months ago
Bpn
Richard ding bilong10 months ago
Apa saya punya diterima bpn nie
mohamad huzaini1 day ago
pelik aku bpn tahun lepas lulus ni permohonan diterima pulak