MAKSUD TEMCO
TEMCO adalah singkatan kepada Targeted Enhancement Movement Control Order
Kerajaan Kedah akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Peningkatan Sasaran (Temco) di empat mukim, dalam usaha untuk membendung kluster Sivagangga yang merekodkan 11 kes baru positif Covid-19 hari ini.
Adakah korang tahu apa PERBEZAAN PKPD & PKPD PENTADBIRAN?
LIMA buah sekolah di Kedah diarah tutup serta merta bermula Ahad sehingga 29 Ogos, susulan terdapat peningkatan kes aktif Covid-19 bagi kluster PUI Sivagangga.
Dah semak BSH korang? Ini CARA BUAT SEMAKAN BSH BUJANG OKU & ISI RUMAH 2020
SENARAI KAWASAN BERSTATUS TEMCO
Menurut Jabatan Pendidikan Kedah dalam satu kenyataan pada Ahad malam, lima buah sekolah berkenaan terletak dalam daerah Kubang Pasu dan Padang Terap.
Sekolah yang terlibat adalah sekolah menengah harian berasrama iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hosba dan SMK Megat Dewa.
Tiga lagi sekolah ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Hosba, SK Megat Dewa dan SK Kubang Palas.
TERKINI: Kerajaan akan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (Pentadbiran) di 28 mukim di daerah Kota Setar, Kedah mulai jam 12.01 malam ini (11 September) hingga 25 September.
Berikutan itu kemasukan melalui pintu masuk antarabangsa di Bukit Kayu Hitam, Kedah dihentikan hingga tamat PKPD pentadbiran.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri, berkata feri dari jeti Kuala Kedah tidak dibenar beroperasi sepanjang PKPD Pentadbiran daerah Kota Setar dikuatkuasakan.
Selain itu, masjid diarah tutup, aktiviti sukan, sosial dan budaya dilarang manakala semua institusi pendidikan turut ditutup.
Untuk pengetahuan anda,kerajaan menyediakan BANTUAN KHAS COVID19 RM100 SEHARI kepada mereka yang kehilangan sumber pendapatan / tiada gaji sepanjang tempoh Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19,boleh mohon jika layak
SENARAI 28 MUKIM DAERAH KOTA SETAR YANG TERBABIT PKPD PENTADBIRAN
Sebanyak 28 mukim dalam daerah Kota Setar yang terbabit PKPD Pentadbiran berkenaan adalah seperti berikut:
(1) Langgar
(2) Bukit Pinang
(3) Gunung
(4) Kuala Kedah
(5) Sungai Baru
(6) Kota Setar
(7) Mergong
(8) Titi Gajah
(9) Alor Malai
(10) Pengkalan Kudor
(11) Padang Lalang
(12) Kubang Rotan
(13) Teluk Cengai
(14) Teluk Kechai
(15) Pumpong
(16) Derga
(17) Tajar
(18) Limbong
(19) Tebengau
(20) Teluk Mas
(21) Lengkus
(22) Kangkong
(23) Lepai
(24) Hutan Kampung
(25) Alor Merah
(26) Anak Bukit
(27) Sala Kechik
(28) Padang Hang
Baca tentang DIGITAL SRP: PERMOHONAN PINJAMAN SKIM RUMAH PERTAMAKU(SRP)
TEMPOH PELAKSANAAN TEMCO
Semua sekolah terbabit diarah tutup berkuat kuasa serta-merta mulai 2 Ogos sehingga 29 Ogos ini. Tarikh ini melibatkan 14 hari tempoh kuarantin dan 14 hari lagi pemerhatian.
Perkara ini diputuskan dalam mesyuarat menangani kluster PUI Sivagangga, hari ini bersama Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
PELAKSANAAN TEMCO
Kerajaan negeri juga akan melaksanakan Targeted Enhancement Movement Control Order (TEMCO) di empat mukim yang terjejas dengan Covid-19.
Baca tentang BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA 2020: CARA,BORANG PERMOHONAN & SEMAKAN BMT
SENARAI MUKIM YANG DILAKSANAKAN TEMCO
Katanya, mukim terbabit adalah Mukim Ah, Mukim Hosba dan Mukim Binjal di daerah Kubang Pasu serta Kampong Ulu, Padang Sanai di daerah Padang Terap.
MAKSUD TEMCO
SOP PELAKSANAAN TEMCO
Justeru, guru-guru yang tinggal di kawasan TEMCO tidak dibenarkan untuk hadir bertugas sama sekali.
Guru yang tinggal di luar kawasan TEMCO tidak dibenarkan untuk ke sekolah di kawasan TEMCO, manakala guru yang tinggal dan bertugas di luar kawasan TEMCO, tetapi perlu melalui kawasan TEMCO adalah dibenarkan
Pengecualian hanya diberi kepada perkhidmatan penting, namun tertakluk oleh perubahan yang akan diputuskan di peringkat pusat.
SOP AKTIVITI KEAGAMAAN PKPD TEMCO
Sembahyang Jumaat perlu digantikan dengan solat zohor, manakala sebarang aktiviti keagamaan seperti majlis ilmu dan bacaan Yasin adalah tidak dibenarkan di masjid terbabit.
Solat fardu berjemaah di masjid berkenaan dibenarkan dengan maksimum tiga orang saja membabitkan imam, pegawai atau ahli jawatankuasa masjid secara bergilir-gilir mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Bagaimanapun, laungan azan di masjid berkenaan dibenarkan sebagai makluman kepada anak kariah berkaitan waktu solat dengan lafaz azan kembali disebut kepada ‘sollu fi buyutikum’ (solatlah di rumah kamu).
Anak kariah bagi masjid terbabit hendaklah menggantikan solat Jumaat dengan menunaikan sembahyang zohor di rumah, selain menunaikan solat fardu di kediaman masing-masing.
Mereka juga dilarang menunaikan solat Jumaat atau sembahyang fardu berjemaah di masjid atau surau lain
Masjid dan surau terbabit juga hendaklah menjalani proses pembersihan dan disinfeksi.
Untuk memudahkan rakyat tahu istilah-istilah ini dengan lebih mudah. Mari kita fahami PERBEZAAN SOP ANTARA TEMCO & EMCO
SOP AKTIVITI EKONOMI PKPD TEMCO
Pasar tanpa premis di Kubang Pasu dan Padang Terap tidak dibenarkan beroperasi hingga 30 Ogos ini, dalam usaha kerajaan negeri untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di daerah terbabit.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, berkata ia merangkumi pasar malam, pasar pagi dan pasar seumpamanya yang berada bawah seliaan Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) serta Majlis Daerah Padang Terap (MDPT).
Pasar terbuka itu tidak dibenarkan beroperasi di seluruh daerah terbabit disebabkan peniaganya bergerak dari satu tempat ke tempat lain.
Perniagaan atau perkhidmatan perlu di empat mukim yang berada bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) hanya dibenarkan beroperasi mulai jam 8 pagi hingga 6 petang.
Arahan itu khusus untuk premis di Mukim Hosba, Mukim Ah, Mukim Binjal (Padang Terap) dan Kampung Ulu, Padang Sanai (Padang Terap) sahaja.
Premis perniagaan berkenaan termasuk yang menjual keperluan harian, restoran serta kedai makan, farmasi, kedai membeli getah sekerap, hardware, stesen minyak dan lain-lain.
Bagi premis perniagaan makanan, pelanggan hanya dibenarkan untuk membungkus, pandu lalu dan penghantaran, manakala makan secara hidangan tidak dibenarkan.
Premis perniagaan membabitkan aktiviti sukan dalaman seperti gimnasium dan badminton, termasuk gelanggang berpremis, bagaimanapun tidak dibenarkan beroperasi.
Ini termasuk taman awam dan pusat rekreasi sama ada terbuka atau tertutup.
Di kawasan selain mukim terbabit, pengusaha premis atau taman awam dan pusat rekreasi boleh beroperasi seperti biasa
Tags: #MAKSUD TEMCO #SENARAI 28 MUKIM DAERAH KOTA SETAR YANG TERBABIT PKPD PENTADBIRAN #SENARAI KAWASAN BERSTATUS TEMCO #SENARAI MUKIM YANG DILAKSANAKAN TEMCO #SOP PELAKSANAAN TEMCO #TEMPOH PELAKSANAAN TEMCO