MORATORIUM 6 BULAN PINJAMAN

MORATORIUM 6 BULAN PINJAMAN  BAGI PINJAMAN SEWA BELI & PEMBIAYAAN ISLAM BERKADAR TETAP

MORATORIUM 6 BULAN PINJAMAN

APA MAKSUD MORATARIUM

Tawaran ini merupakan penangguhan atau penggantungan sementara obligasi pembayaran balik pembiayaan untuk jangka masa yang terhad. Dalam tempoh ini, pelanggan yang mempunyai pembiayaan yang memenuhi syarat-syarat tidak perlu membuat apa-apa pembayaran balik, dan bayaran lewat atau penalti tidak akan dikenakan.

Keuntungan akan terus terakru (yakni diambil kira) ke atas bayaran balik pembiayaan yang ditangguhkan dan pelanggan perlu menunaikan pembayaran balik yang tertangguh pada masa akan datang. Pembayaran balik pembiayaan akan disambung semula selepas tempoh penangguhan.

MORATORIUM BAGI PINJAMAN SEWA BELI & PEMBIAYAAN ISLAM BERKADAR TETAP

Susulan daripada pengumuman oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 25 Mac 2020 yang lalu, institusi perbankan sedang dalam proses memformalkan perjanjian-perjanjian bagi mencerminkan semakan terhadap syarat pembayaran balik dengan pihak peminjam/pelanggan yang mempunyai pinjaman sewa beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap bagi pelaksanaan moratorium 6 bulan untuk pembayaran pinjaman/pembiayaan.

Langkah ini adalah bagi memenuhi keperluan prosedur di bawah Akta Sewa Beli 1967 dan keperluan Syariah yang terpakai bagi apa-apa perubahan yang dibuat terhadap syarat perjanjian-perjanjian tersebut, termasuk perubahan kepada jadual pembayaran dan/atau jumlah pembayaran berikutan moratorium ini.

BACA : UPDATE TERBARU MORATORIUM, BERAPA LEBIHAN INTEREST PERLU DIBAYAR DAN PATUTKAH KITA MASIH AMBIL?

Sehubungan dengan itu, BNM telah meminta institusi perbankan untuk mengambil langkah-langkah yang perlu bagi memastikan peminjam/pelanggan diberikan maklumat yang jelas mengenai proses dan perubahan terhadap syarat perjanjian mereka, selain menetapkan cara paling sesuai dan mudah untuk memuktamadkan perjanjian-perjanjian tersebut dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

NOTIS PEMBERITAHUAN  MELAUI SMS,EMAIL,SURAT BERDAFTAR

Bermula pada 1 Mei 2020, peminjam/pelanggan yang mempunyai pinjaman sewa beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap akan menerima notis pemberitahuan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel atau surat berdaftar daripada institusi perbankan mereka berhubung dengan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menyempurnakan proses penangguhan pembayaran pinjaman/pembiayaan mereka di bawah moratorium ini.

JADUAL PEMBAYARAN BALIK SEMAKAN & PERUBAHAN JUMLAH PEMBAYARAN

Institusi perbankan juga akan menyediakan bagi setiap peminjam/pelanggan maklumat terperinci mengenai perubahan yang dibuat terhadap setiap perjanjian pinjaman sewa beli atau pembiayaan Islam berkadar tetap mereka. Maklumat tersebut mengandungi jadual pembayaran balik semakan dan apa-apa perubahan terhadap jumlah pembayaran, yang meliputi jumlah kadar faedah/keuntungan biasa yang terakru sepanjang tempoh moratorium.

PELANGGAN MEMPUNYAI PILIHAN

Peminjam/pelanggan yang tidak berhasrat untuk mengambil moratorium kini boleh memaklumkan kepada institusi perbankan mereka dan meneruskan semula pembayaran berjadual mengikut syarat perjanjian mereka yang sedia ada.

Dalam hal ini, institusi perbankan akan memberikan masa yang mencukupi kepada peminjam/pelanggan mereka untuk menjelaskan apa-apa bayaran terkumpul/tertunggak yang sebelum ini ditangguhkan di bawah tempoh moratorium.

Institusi perbankan tidak akan mengenakan caj bayaran tertunggak atau bayaran lewat ke atas pembayaran tertangguh tersebut sehinggalah masa pembayaran perlu dibuat mengikut jadual pembayaran semakan yang disetujui dengan peminjam/pelanggan.

MAKLUMAT LANJUT &PERTAYAAN BERKENAAN MORATARIUM

Peminjam/pelanggan digalakkan untuk merujuk laman sesawang, portal perbankan internet atau pusat hubungan institusi perbankan mereka untuk maklumat lanjut.

SENARAI SOALAN LAZIM PROGRAM MAROTARIUM

Tags: #APA MAKSUD MORATARIUM #EMAIL #JADUAL PEMBAYARAN BALIK SEMAKAN & PERUBAHAN JUMLAH PEMBAYARAN #MORATORIUM 6 BULAN PINJAMAN #MORATORIUM BAGI PINJAMAN SEWA BELI & PEMBIAYAAN ISLAM BERKADAR TETAP #NOTIS PEMBERITAHUAN  MELAUI SMS #SOALAN LAZIM PROGRAM MAROTARIUM BANK CIMB #SOALAN LAZIM PROGRAM MAROTARIUM BANK MAYBANK #SOALAN LAZIM PROGRAM MAROTARIUM BANK RAKYAT #SURAT BERDAFTAR

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    RUMAH MESRA RAKYAT 2021:DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KELULUSAN 
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinRUMAH MESRA RAKYAT 2021:DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KELULUSAN  Program Rumah Mesra Rakyat(RMR)
    PERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE Maklumat terkini tentang
    LESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA(LMTS) 2021:PERMOHONAN LESEN PERCUMA 
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinLESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA(LMTS) 2021:PERMOHONAN LESEN PERCUMA  Program lesen motosikal percuma diteruskan
    GERAN RISDA RM20,000 : CARA PERMOHONAN PROGRAM AKTIVITI EKONOMI TAMBAHAN( AET)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinGERAN RISDA RM20,000 : CARA PERMOHONAN PROGRAM AKTIVITI EKONOMI TAMBAHAN( AET) APA

    Leave a reply "MORATORIUM 6 BULAN PINJAMAN"