BORANG SERAHAN DOKUMEN SOKONGAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

BORANG SERAHAN DOKUMEN SOKONGAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

BORANG SERAHAN DOKUMEN BKM

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 telah dibuka bagi membantu dan meringankan keluarga, isi rumah, bujang yang kelayakan untuk meneruskan kehidupan di Malaysia bagi tahun 2022. Bagaimana cara untuk muat turun dan mengisi borang permohonan BKM 2022? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

TARIKH PERMOHONAN BKM 2022

Pendaftaran BKM 2022 bermula pada 01 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022 (tertakluk kepada perubahan).

 

KELAYAKAN PERMOHONAN BAHARU BKM 2022

Pemohon yang perlu membuat Permohonan BKM 2022 adalah seperti berikut:

  • Pemohon yang tiada rekod dalam sistem BKM atau tidak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 atau Bantuan Khas COVID-19 (BKC); serta
  • Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
  • Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu Bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.

SENARAI DOKUMEN SOKONGAN BKM 2022

Bagi dokumen sokongan ini dibahagikan kepada 3 iaitu, pemohon,pasangan dan anak. Berikut adalah merupakan dokumen sokongan yang diperlukan:

  1. Dokumen Pemohon
    • Salinan sijil perkahwinan.
    • Salinan sijil kematian pasangan.
    • Salinan sijil perceraian
    • salinan sijil dekri nisi
  2. Dokumen Pasangan
    • Salinan kad pengenalan pasangan (mykad/ MyPR / MyKAs)
    • Salinan pasport/ visa/ UNCHR/ Pasa Sempadan atau KP Lama ataupun sijil lahir.
  3. Dokumen Anak
    • Jika anak kandung – Salinan mykd /mykid sijil lahir.
    • Jika anak angkat – Salinan mykd/mykid dan salinan sijil daftar anak angkat.

 

MUAT TURUN BORANG SERAHAN DOKUMEN BKM 2022

Sekiranya anda membuat pengemaskiniian dan ingin serahkan dokumen sokongan ke LHDN berhampiran, anda seharusnya muat turun borang serahan dokumen terlebih dahulu:

 

CARA MENGISI BORANG SERAHAN DOKUMEN BKM 2022

Setelah anda memuat turun borang tersebut, berikut adalah merupakan cara mengisi dan menghantar borang.

  1. Pastikan anda muat turun dan print borang permohonan BK-04 (1/2022).
  2. Lengkapkan segala maklumat dan butiran yang diperlukan pada borang BKM BK-04 [1/2022]  dengan betul dan tepat dan kepilkan sekali salinan dokumen sokongan tersebut.
  3. Kemudian anda boleh menghantar Borang BKM 2022 yang telah diisi di kaunter-kaunter berikut:
    • Cawangan LHDNM / Pusat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM; atau
    • Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP); atau
    • Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK); atau iv. Pejabat Daerah / Pejabat Residen

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai borang serahan dokumen BKM, anda boleh layari pautan rasmi BKM https://bkm.hasil.gov.my/

 

2 thoughts on “BORANG SERAHAN DOKUMEN SOKONGAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)”

Leave a Comment