MyASNB: DAFTAR SEMAKAN & AUTO LABUR

MyASNB: DAFTAR SEMAKAN & AUTO LABUR

MyASNB: DAFTAR SEMAKAN & AUTO LABUR

MyASNB: DAFTAR ASB SECARA ONLINE

Amanah Saham Nasional Berhad telah mengumumkan pelaksanaan urus niaga tanpa buku melalui portal rasmi ASB. Ini merupakan perkongsian tutorial cara daftar dan semak ASB online melalui portal rasmi MyASNB.

Berikut adalah cara daftar ASB secara online :

Langkah 1 – Kemas kini maklumat peribadi (nombor telefon) anda di cawangan atau ejen ASNB

Langkah 2 – Ikuti langkah mudah untuk pendaftaran myASNB

Langkah 3 – Aktifkan akaun myASNB anda

Langkah 4 – Mula melabur dalam unit amanah ASNB


Apabila anda selesai mendaftar, kata laluan sementara akan diberikan. Sila cetak/ simpan/ catat kata laluan sementara berkenaan untuk log masuk kali pertama.

Anda diingatkan supaya menyimpan maklumat penting seperti nama pengguna, kata laluan, frasa keselamatan dan jawapan untuk soalan keselamatan di tempat selamat untuk rujukan masa hadapan.

MyASNB: DAFTAR SEMAKAN & AUTO LABUR

MyASNB: SEMAKAN ASB SECARA ONLINE

Jika anda telah mendaftar MyASNB, anda boleh buat semakan dan kemudahan urusan seperti berikut:

  • Pertanyaan butiran pegangan semasa
  • Melihat rekod transaksi portal sehingga 90 hari
  • Pelaburan tambahan
  • Kemaskini maklumat peribadi
  • Anda dapat mengakses maklumat akaun myASNB anda selama 24 jam sehari (setiap hari).

Namun, transaksi kewangan adalah terhad kepada: Dana harga tetap: Ahad-Jumaat (7 pagi – 7 petang). Dana harga berubah: Ahad-Jumaat (7 pagi – 4 petang) Nota : Tidak termasuk hari Sabtu and Cuti Umum.

Jika anda ingin membuat sebarang pertanyaan, sila hubungi bantuan khidmat pelanggan 03-8026 8101 atau emel ke [email protected]

MyASNB: AUTO LABUR

Agak sukar sebenarnya untuk ulang alik ke cawangan ASB atau pindahkan wang setiap bulan ke ASB untuk tujuan pelaburan. Ada cara lebih mudah iaitu anda setkan potongan simpanan bulanan daripada akaun bank ke ASB. Ia dikenali sebagai  Auto Labur @ myASNB .

Mudah untuk anda fahami adalah  tiap-tiap bulan sejumlah wang akan dipindahkan dari akaun wang anda dan terus dimasukkan dalam akaun ASB anda. Perkhidmatan ini adalah percuma dan tiada caj pembiayaan serta kita boleh tamatkan Auto Labur pada bila-bila masa sahaja.

CARA SETKAN POTONGAN SIMPANAN BULANAN DARI AKAUN BANK KE ASB MELALUI AUTO LABUR ASB

  1. LOGIN MYASNB

Login portal MyASNB. Bila keluar paparan macam di bawah ni, klik menu Auto Labur.

MyASNB: DAFTAR SEMAKAN & AUTO LABUR

  1. KLIK ‘PENDAFTARAN’

    MyASNB: DAFTAR SEMAKAN & AUTO LABUR

Kemudian klik ‘Pendaftaran’ untuk langkah seterusnya.

  1. ISIKAN MAKLUMAT PELABURAN BULANAN YANG INGIN DIBUAT MELALUI ‘POTONGAN TERUS’
  • Setkan berapa nilai pelaburan (jumlah yang ingin dipotong terus melalui akaun bank) setiap bulan.
  • Jenis Unit Amanah
  • Jumlah potongan (minima RM30 sebulan)
  • Tarikh pemotongan setiap bulan
  • Nama Bank
  1. TANDAKAN ‘TICK’ PADA TERMA & SYARAT

Bila dah set semua, semak dan tandakan ‘tick’ pada kotak Terma & Syarat.

  1. ISIKAN MAKLUMAT PERBANKAN

Seterusnya, isi maklumat perbankan yang dipilih bagi melengkapkan langganan. Anda akan dibawa ke portal perbankan bank yang dipilih untuk meneruskan pendaftaran Auto Labur.

  1. TERIMA RESIT TRANSAKSI

Bila dah berjaya daftarkan bank, resit transaksi seperti di bawah akan diterima.Caj RM1 akan ditolak dari akaun bank bagi proses pengesahan. Jumlah ini akan dikreditkan semula ke dalam akaun ASNB setelah pendaftaran Auto Labur ini berjaya. Unit akan dikreditkan dalam tempoh 5 hari bekerja selepas tarikh pilihan anda.Kalau nak tahu lebih lanjut, jom baca lagi tentang Auto Labur di bawah ini.

SOALAN LAZIM TENTANG AUTO LABUR ASB (SUMBER LAMAN WEB MyASNB)

  1. APAKAH KEMUDAHAN AUTO LABUR?

Auto Labur membolehkan pelabur ASNB menetapkan pelaburan secara automatik setiap bulan menerusi Portal myASNB (www.myasnb.com.my). Buat masa ini, tabung unit amanah ASNB yang dibenarkan bagi kemudahan Auto Labur ialah Amanah Saham Bumiputera (ASB).

  1. BERAPAKAH JUMLAH PELABURAN MINIMUM MENERUSI AUTO LABUR?

Pelaburan minimum menerusi Auto Labur ialah serendah RM30 dan had maksima adalah RM 30,000.

  1. ADAKAH SEBARANG CAJ DIKENAKAN UNTUK KEMUDAHAN AUTO LABUR INI?

Tiada caj yg dikenakan untuk kemudahan ini.

  1. MENGAPA ADA PEMOTONGAN SEBANYAK RM1 SEMASA SAYA MEMBUAT PENDAFTARAN, KEMASKINI (TARIKH PEMOTONGAN & JUMLAH POTONGAN) DAN PENAMATAN UNTUK KEMUDAHAN AUTO LABUR INI?

Pemotongan sebanyak RM1 adalah bertujuan untuk mendapatkan pengesahan dari pihak bank pendaftar. Bagi setiap pendaftaran dan kemaskini yang berjaya, wang berkenaan akan dimasukkan ke dalam akaun tabung unit amanah ASNB. Sekiranya pendaftaran gagal dilaksanakan atau apabila kita ingin menamatkan perkhidmatan auto labur, wang tersebut akan dikembalikan semula ke dalam akaun bank anda dalam tempoh 10 hari bekerja.

  1. BILAKAN ARAHAN AUTO LABUR SAYA AKAN MULA DIAKTIFKAN?

Arahan Auto Labur akan diaktifkan dalam masa 48 jam. Sebaik sahaja diaktifkan, pelaburan bulanan yang anda tetapkan akan berkuat kuasa secara automatik mengikut tarikh yang dipilih.

  1. BOLEHKAH SAYA MENGUBAH JUMLAH PELABURAN BULANAN YANG DITETAPKAN?

Boleh. Anda boleh mengubahnya pada bila-bila masa mengikut keselesaan anda.

  1. BOLEHKAH SAYA MENUKAR TARIKH PELABURAN YANG DITETAPKAN UNTUK AUTO LABUR?

Boleh.

  1. BOLEHKAH SAYA MENAMATKAN ARAHAN PELABURAN MENERUSI AUTO LABUR?

Boleh. Anda boleh menamatkan arahan pada bila-bila masa.

  1. ADAKAH SEBARANG WAKTU OPERASI TERTENTU UNTUK PENDAFTARAN AUTO LABUR?</3H>

Waktu operasi bagi pendaftaran Auto Labur adalah mengikut waktu operasi urus niaga semasa di myASNB portal iaitu seperti berikut:

Ahad – Jumaat: 7.00 pagi – 6.00 petang.

Ahad hingga Jumaat dan Sabtu minggu ketiga, tidak termasuk cuti umum.

  1. BILAKAH UNIT AKAN DIKREDITKAN KE DALAM AKAUN ASB UNTUK PERKHIDMATAN AUTO LABUR?

Unit akan dikreditkan dalam tempoh 5 hari bekerja selepas tarikh pilihan anda.

 

Tags: #CARA SETKAN POTONGAN SIMPANAN BULANAN DARI AKAUN BANK KE ASB MELALUI AUTO LABUR ASB #MyASNB: DAFTAR ASB SECARA ONLINE #MyASNB: DAFTAR SEMAKAN & AUTO LABUR #MyASNB: SEMAKAN ASB SECARA ONLINE #SOALAN LAZIM TENTANG AUTO LABUR ASB (SUMBER LAMAN WEB MyASNB)

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    PERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE
    PERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE   Maklumat terkini tentang
    iSEJAHTERA (CARA DAFTAR,KEMASKINI & SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN KEBAJIKAN)
    iSEJAHTERA (CARA DAFTAR,KEMASKINI & SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN KEBAJIKAN)   APA ITU SISTEM iSEJAHTERA
    CARA MASUK ATAU KELUAR NEGERI SARAWAK & SABAH (TERKINI & SEMASA PKPB/PPN)
    CARA MASUK ATAU KELUAR NEGERI SARAWAK & SABAH (TERKINI & SEMASA PKPB/PPN) Jika
    CUTI MALAYSIA PENJAWAT AWAM:CARA BUAT TEMPAHAN & SENARAI PAKEJ
    CUTI MALAYSIA PENJAWAT AWAM:CARA BUAT TEMPAHAN & SENARAI PAKEJ   Tourism Malaysia hari
    1. author

      Muhamizul bin maridan1 week ago

      Mohon aktifkan akaun

      Reply

    Leave a reply "MyASNB: DAFTAR SEMAKAN & AUTO LABUR"