MyASNB:CARA DAFTAR ASB & PENGELUARAN ASB ONLINE

MyASNB:CARA DAFTAR ASB & PENGELUARAN ASB ONLINE

MyASNB

MyASNB:CARA DAFTAR ASB & PENGELUARAN ASB ONLINE

Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) memberi  kemudahan pengeluaran pelaburan secara dalam talian untuk tabung unit amanah terpilih di bawah pengurusannya menerusi portal myASB bermula 20 April 2020.

CARA DAFTAR myASNB

Bagi menggunakan kemudahan pengeluaran pelaburan secara dalam talian, pelanggan perlu mendaftar di Portal myASNB. Berikut adalah cara daftar ASB secara online :

Langkah 1 – Kemas kini maklumat peribadi (nombor telefon) anda di cawangan atau ejen ASNB

Langkah 2 – Ikuti langkah mudah untuk pendaftaran myASNB

Langkah 3 – Aktifkan akaun myASNB anda

Langkah 4 – Mula melabur dalam unit amanah ASNB

Apabila anda selesai mendaftar, kata laluan sementara akan diberikan. Sila cetak/ simpan/ catat kata laluan sementara berkenaan untuk log masuk kali pertama.

Anda diingatkan supaya menyimpan maklumat penting seperti nama pengguna, kata laluan, frasa keselamatan dan jawapan untuk soalan keselamatan di tempat selamat untuk rujukan masa hadapan.

DAFTAR & SEMAKAN PENGELUARAN ASB SECARA DALAM TALIAN
Berikut adalah syarat pengeluaran ASB secara dalam talian :

SENARAI UNIT AMANAH ASNB YANG DIBENARKAN UNTUK MEMBUAT PENGELUARAN

Menerusi kemudahan pengeluaran itu, pemegang unit boleh mengeluarkan wang pelaburan dari mana-mana akaun unit amanah ASNB kecuali ASN Sara 2 dan ASN Equity 5.

PROSES PENGELUARAN ASB SECARA DALAM TALIAN

Jumlah yang dipohon seterusnya akan dipindahkan ke akaun bank pelabur yang didaftarkan di myASNB pada hari bekerja yang berikutnya.

WAKTU PENGELUARAN ASB SECARA DALAM TALIAN

Waktu pengeluaran dibenarkan adalah mengikut waktu operasi sedia ada portal myASNB adalah Unit Amanah Harga Tetap (7:00 pagi – 6:00 petang waktu tempatan, Isnin hingga Ahad kecuali cuti umum); Unit Amanah Harga Berubah (7:00 pagi – 4:00 petang waktu tempatan, Isnin hingga Ahad kecuali cuti umum)

JUMLAH MINIMUM PENGELUARAN ASB SECARA DALAM TALIAN

Menurut kenyataan itu, pemegang unit dibenarkan membuat pengeluaran dengan jumlah minimum sebanyak RM100 bagi setiap transaksi.

HAD PENGELUARAN ASB SECARA DALAM TALIAN

Kemudahan  pengeluaran menerusi myASNB itu dihadkan kepada tiga kali transaksi setiap bulan dengan jumlah maksimum terkumpul sebanyak RM500 dari mana-mana akaun unit amanah ASNB pelabur.

PENGELUARAN ASB ONLINE GUNA APLIKASI myASNB

Kemudahan pengeluaran dalam talian ini juga akan ditawarkan menerusi aplikasi mudah alih myASNB bermula 27 April 2020.

CARA PENERIMAAN WANG HASIL JUALAN BALIK UNIT AMANAH ASNB

Wang hasil jualan balik unit amanah ASNB anda akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan dengan ASNB dalam tempoh satu (1) hari bekerja berikutnya.

VIDEO DEMO PENGELUARAN ASB SECARA ATAS TALIAN


MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, para pemegang unit boleh merujuk kepada soalan-soalan lazim di www.asnb.com.my atau menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan ASNB di talian 03 – 7730 8899.

Tags: #CARA DAFTAR myASNB #DAFTAR & SEMAKAN PENGELUARAN ASB SECARA DALAM TALIAN #PENGENALAN KEMUDAHAN PENGELUARAN ASB SECARA DALAM TALIAN #SEMAKAN SYARAT PENGELUARAN ASB SECARA DALAM TALIAN #VIDEO DEMO PENGELUARAN ASB SECARA ATAS TALIAN

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    SKIM PINJAMAN PERUMAHAN(SPP): CARA PERMOHONAN PINJAMAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSKIM PINJAMAN PERUMAHAN(SPP): CARA PERMOHONAN PINJAMAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI Ingin
    PENDAFTARAN SPRN(TEDUH):CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPENDAFTARAN SPRN(TEDUH):CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK Untuk makluman, setiap permohonan rumah mampu
    RUMAH MESRA RAKYAT 2021:DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KELULUSAN 
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinRUMAH MESRA RAKYAT 2021:DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KELULUSAN  Program Rumah Mesra Rakyat(RMR)
    PERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE Maklumat terkini tentang
    1. author

      [email protected]3 months ago

      Borang permohonan

      Reply
    2. author

      Roslan bin awang noh3 months ago

      Saya nk buat semakkan akaun ASB saya menggunakan no.ic.

      Reply
    3. author

      SITI SHEHERA BINTI AHMAD1 month ago

      Check asb

      Reply

    Leave a reply "MyASNB:CARA DAFTAR ASB & PENGELUARAN ASB ONLINE"