MyBKM: KEMASKINI & SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BKM 2022

MyBKM: KEMASKINI & SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BKM 2022

MyBKM

Pasti anda tertanya-tanya, macam mana cara kemaskini BKM 2022. Adakah masih perlu kemaskini kalau sudah layak BKM? Apakah maklumat yang perlu dikemaskini? Disini kami akan kongsikan kepada anda berkenaan maklumat kemaskini BKM ini, semoga membantu.

 

APA ITU MyBKM?

MyBKM adalah digunakan bagi pemohon yang telah mempunyai rekod permohonan BKM 2022 untuk tujuan:

  • Kemas Kini Permohonan; atau
  • Semakan Status Permohonan; atau
  • Cetakan permohonan; atau
  • Peti Mel; atau
  • Maklum Balas

Sekiranya semakan permohonan di portal BKM anda wujud dan tiada sebarang perubahan maklumat, anda tidak perlu membuat kemas kini maklumat BKM 2022. Walau bagaimanapun sekiranya semakan permohonan di Portal Rasmi BKM 2022 tidak wujud, anda perlu membuat permohonan baharu.

 

PERMOHONAN BAHARU BKM MULAI 1 JANUARI SEHINGGA 31 Januari 2022

Kepada yang layak mohon Bantuan Kelaurga Malaysia (BKM),anda boleh buat permohonan bermula 1 Januari sehingga 31 Januari 2022. Permohonan BKM hanya dibuka secara online atau atas  talian sahaja.

Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu adalah : Pemohon yang tidak menerima Bantuan BKC dan BPR serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah

 

CARA MOHON BKM ONLINE MULAI 1 JANUARI SEHINGGA 31 Januari 2022

  1. Layari portal BKM 2022
  2. Klik Permohonan Baru
  3. Isikan Maklumat dan klik teruskan
  4. Sahkan Dengan Masuk Kod Captcha
  5. Hantar Permohonan

Cara mohon BKM 2022 / Kemaskini Secara Manual (Permohonan Melalui Borang)

 

BORANG PERMOHONAN BKM 2022

Borang Permohonan BKM 2022 (BK-01) boleh didapati secara percuma di:

  • Portal Rasmi BPR LHDNM (atau muat turun di bawah ini)
  • Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM /
  • Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM

Anda boleh menghantar Borang BKM 2022 di kaunter-kaunter berikut:

Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM; atau

Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP); atau

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK); atau

Pejabat Daerah / Pejabat Residen

Atau penghantaran secara Pos ke alamat seperti berikut:

Peti Surat BPR,GPO Shah Alam,40800 Selangor

*Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.

 

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN MyBKM

Semakan Status permohonan BKM 2022 boleh dibuat seperti berikut:

i. Portal Rasmi BKM LHDNM, https://bkm.hasil.gov.my/
ii. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747
(Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
iii MoF: 03-8882 4565 / 4566
(Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
iv. Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC
LHDNM.

 

SIAPA YANG PERLU MEMBUAT KEMASKINI MAKLUMAT BKM?

Pemohon perlu membuat Kemas Kini adalah : Pemohon BKM yang lulus

 

KEMASKINI MAKLUMAT BKM KINI DIBUKA (10-30 OKTOBER 2022)

Pembukaan skrin kemas kini maklumat Permohonan BKM 2022 adalah bagi membenarkan Permohonan BKM 2022 yang berstatus Lulus untuk membuat kemas kini maklumat asas terhad seperti maklumat berikut:

  • Nombor Telefon Rumah
  • Nombor Telefon Bimbit
  • Alamat e-Mel
  • Nama dan Nombor Akaun Bank*
  • Maklumat Wakil

*Terhad kepada akaun bank pemohon sekiranya status bayaran BKM 2022 adalah Gagal Kredit atau Tunai sahaja

 

TARIKH KEMAS KINI MAKLUMAT PERMOHONAN BKM

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) memaklumkan kemas kini maklumat permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 boleh dibuat bermula 10 hingga 30 OKTOBER 2022.

 

PANDUAN KEMASKINI BKM 2022 SECARA  ONLINE

Ikut langkah di bawah untuk buat proses kemaskini BKM Hasil 2022 yang ringkas:

  1. Layari portal rasmi untuk login BKM di sini: https://bkm.hasil.gov.my
  2. Tekan pautan Log Masuk pada bahagian Menu atas sebelah kanan
  3. Masukkan No MyKad iaitu Nombor Kad Pengenalan anda
  4. Tekan butang Semak
  5. Akan keluar soalan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda?”
  6. Jika yang terpapar ialah kata kunci anda, tekan Ya
  7. Masukkan Kata Laluan anda
  8. Tekan butang Log Masuk
  9. Jika tidak ada apa-apa masalah, anda akan dapat Log Masuk ke dalam sistem
  10. Akan terpapar beberapa butang yang anda dapat lihat:
    • Profil
    • Semakan Status
    • Kemaskini Maklumat Asas Permohon
    • Cetakan
    • Peti Mel
    • Maklum Balas
  11. Untuk update, tekan Kemaskini Maklumat Asas Permohon
  12. Sila kemaskini sekiranya ada maklumat diri anda yang sudah berubah dari sebelum ini
  13. Maklumat yang paling selalu berubah ialah:
    • Nombor Akaun Bank
    • Status Perkahwinan
    • Nombor Telefon
    • Maklumat Anak

 

SOALAN LAZIM (FAQ) MyBKM

Adakah semua pemohon BKM perlu mendaftar semula MyBKM?

Saya telah memasukkan Nombor MyKad pada MyBKM, tetapi paparan adalah “Tiada Rekod. Sila buat permohonan / kemas kinipermohonan BKM 2022”, apakah yang perlu saya buat?

Mesej berkenaan dipaparkan kerana permohonan anda:

  1. Belum membuat Permohonan Baharu BKM 2022; atau
  2. Permohonan Baharu BKM 2022 yang dikemukakan kepada Cawangan LHDNM tetapi belum diambil tindakan oleh LHDNM

Sekiranya saya tidak mengemaskini permohonan BKM 2022 sepanjang tempoh permohonan dibuka, adakah saya layak BKM 2022?

  • Sekiranya anda tidak hadir untuk kemas kini, permohonan di portal BKM 2022 anda akan diproses berdasarkan maklumat sedia ada iaitu berdasarkan data BKC atau BPR dan kelayakan BKM 2022 adalah berdasarkan keputusan proses semakan maklumat berkenaan.

 

Saya telah diluluskan BKC dan BPR dengan status Ibu Bapa Tunggal dan mempunyai seorang anak. Adakah saya perlu untuk kemas kini maklumat anak berkenaan dan kemukakan dokumen sokongan?

  • Sekiranya permohonan di portal BKM 2022 anda wujud dan tiada perubahan maklumat anak yang didaftarkan semasa BKC dan BPR, anda tidak perlu kemas kini permohonan.
  • Ini kerana pemprosesan bagi penentuan kelayakan anak akan dibuat melalui sistem. Walau bagaimanapun, sekiranya anda mempunyai tambahan anak yang lain, kemaskini dan serahan dokumen sokongan anak yang baharu perlu dibuat.

Semasa permohonan BKC dan BPR sebelum ini, saya telah kemukakan semua dokumen sokongan yang diperlukan. Adakah saya perlu kemukakan semula semasa permohonan BKM 2022?

  • Sekiranya permohonan di portal BKM 2022 anda wujud dan tiada perubahan maklumat, dokumen sokongan tidak perlu dikemukakan semasa BKM 2022

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Hotline BKM LHDNM: 1-800-88-2747

Hotline BKM MoF: 03-8882 4565/03-8882 4566

 

52 thoughts on “MyBKM: KEMASKINI & SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BKM 2022”

  1. Saya dh byk kali mncuba masuk data tapi bila check ic lgsung x show details pribadi.. harap pihak tuan/puan tolong selesaikan masalah nie agar saya boleh masuk…

    Balas
  2. Saya penerima bantuan BSH, BPN2. 0..saya menyemak dan mengemaskini data utk permohonan BPR, namun tidak dapat hasil carian kerana setiap kali cuba melayari portal yang dikongsi, id dan akaun penguna diparlukan dan setiap kali cuba membuat akaun selalu tiada maklum balas pemberitahuan samada pendaftaran tersebut berstatus berjaya atau sebaliknya..
    02)mohon pencerahan apa perbezaan/persamaan antara BPN dan BPR..

    Balas
  3. apa lah susah sgt nk daftar mybpr ni. td aku pi kt bpr, da semak no ic, pastu ko suruh ke page mybpr pulak. dah buka mybr. mana link nya? susah sgt ke nk bg duit? jgn la jd kayu? kt mana k selitkan link tu…errrrmmmm

    Balas
  4. Sy perlu daftar permohonan baharu bpr tapi saya ada masalah dengan pengisian maklumat.. kerana sy berstatus bujang dan mempunyai seorang anak …jadi status apa yg prlu diisi dan bagaimana hendak isi maklumat anak?

    Balas
  5. Adakah sesiapa blh kasi solution mcm mana nak kemaskini tanpa isi bank maklumat?

    Bukan xnak isi sbb pilihan bank xada dlm senarai bpr. Saya hanya ada bank MBSB aje.. Jadi mcm mana nak teruskan kemaskini bpr?

    Balas

Leave a Comment