MyFutureAgro: PERMOHONAN PROGRAM MOBILITI TENAGA KERJA SEKTOR AGROMAKANAN

MyFutureAgro: PERMOHONAN PROGRAM MOBILITI TENAGA KERJA SEKTOR AGROMAKANAN

MyFutureAgro

Programme ini bertujuan untuk memperkenalkan insentif untuk memudah cara mobiliti tenaga kerja pertanian kepada syarikat perintis bagi melatih dan mengajar tenaga kerja untuk menceburi peluang dalam pertanian dan Agromakanan disamping menggalakkan pengambilan pekerja.

Selain itu, program ini juga dijalankan sebagai intervensi secara langsung bagi membantu pekerja-pekerja yang kehilangan pekerjaan pada tempoh pasca COVID-19 mendapatkan latihan dan kemahiran dalam bidang agromakanan.

Baca tentang PROGRAM AGROPRENEUR MUDA : SEMAKAN KELAYAKAN & CARA PERMOHONAN ONLINE

SENARAI INSENTIF MYFUTUREAGRO

Terdapat beberapa insentif yang akan dibagi :

a)Elaun Pengajian (maksimum 6 bulan) a) RM800: Elaun pengajian melalui syarikat dalam Latihan Kerja (On Job Training) tempatan berumur 40 tahun dan ke bawah; dan

b) RM1,000: Elaun pengajian melalui syarikat dalam Latihan Kerja (On Job Training) berumur 40 tahun ke atas; dan termasuk golongan kurang upaya (OKU).

Bantuan Mobiliti (one-off)

a) RM600: Sekiranya terpaksa berpindah melebihi 100km (sehala) dari lokasi tempat pemastautin; dan

b) RM1,000: Sekiranya terpaksa berpindah merentasi wilayah seperti dari Semenanjung ke Sabah/Sarawak atau sebaliknya.

TARIKH PERMOHONAN PROGRAM MOBILITI TENAGA KERJA SEKTOR AGROMAKANAN

Permohonan telah dibuka pada 10 Ogos 2020. Selepas permohonan lengkap diterima, proses pemadanan akan dibuat dan e-mel notifikasi akan diterima selepas selesai proses tersebut.

CARA PERMOHONAN PROGRAM MOBILITI TENAGA KERJA SEKTOR AGROMAKANAN

Pemohon boleh mendaftar didalam Portal www.mafi.gov.my

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Pegawai PerkhidmatanPelanggan, Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian di talian 03-8870 1802 / 1695/ 1692 atau emel kepada [email protected]

 

Tags: #CARA PERMOHONAN PROGRAM MOBILITI TENAGA KERJA SEKTOR AGROMAKANAN #MyFutureAgro: PERMOHONAN PROGRAM MOBILITI TENAGA KERJA SEKTOR AGROMAKANAN #SENARAI INSENTIF MYFUTUREAGRO #TARIKH PERMOHONAN PROGRAM MOBILITI TENAGA KERJA SEKTOR AGROMAKANAN

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    CARA LANGGAN ASTRO BEST/FIRST CHANNEL & ASTRO GO
    CARA LANGGAN ASTRO BEST/FIRST CHANNEL & ASTRO GO   Jika anda ingin langgan
    SENARAI LATIHAN KEMAHIRAN LEPASAN SPM
    SENARAI LATIHAN KEMAHIRAN LEPASAN SPM Jika anda berminat untuk menjalani latihan kemahiran selepas
    KELEBIHAN UNIVERSITI AWAM BERBANDING SWASTA
    KELEBIHAN UNIVERSITI AWAM BERBANDING SWASTA Berdasarkan data, terdapat lebih daripada 400 institusi swasta
    TESP MARA 2022 (Permohonan & Semakan Status Tajaan)
    TESP MARA 2022 (Permohonan & Semakan Status Tajaan)   Majlis Amanah Rakyat (MARA)

    Leave a reply "MyFutureAgro: PERMOHONAN PROGRAM MOBILITI TENAGA KERJA SEKTOR AGROMAKANAN"