Isi Kandungan
Bagaimanakah Cara Renew Lesen Memandu Guna Apps MyJPJ?
Untuk renew Lesen Memandu Malaysia di aplikasi MyJPJ menggunakan mod pembayaran FPX, ikuti langkah-langkah berikut:
Langkah 1: Buka aplikasi MYJPJ dan pergi ke menu “Profil”.
Langkah 2: Klik pada opsyen “Lesen Memandu Kompeten”, kemudian scroll ke bawah dan tekan “Pembaharuan”.
Langkah 3: Pilih “Jenis Lesen, Tempoh Mod Digital/Fizikal”.
Langkah 4: Pada bahagian cara bayaran, pilih “Perbankan Internet (FPX)”. Kemudian, pilih bank yang anda gunakan dari senarai yang disediakan dan klik “Bayar”.
Langkah 5: Setelah memilih bank, klik “Ya” untuk pengesahan pembayaran. Ikuti arahan yang dipaparkan di skrin untuk melengkapkan proses pembayaran seterusnya.
Langkah 6: Selepas pembayaran selesai, proses pembaharuan lesen memandu menggunakan mod pembayaran FPX telah selesai.
Sekiranya anda melakukan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM), langkah-langkahnya sama seperti di atas, dengan memilih opsyen “Lesen Kenderaan Motor dan Nombor Kenderaan” pada langkah kedua.
Dengan mengikuti langkah-langkah ini, anda dapat dengan mudah melakukan pembayaran pembaharuan lesen memandu atau roadtax menggunakan mod pembayaran FPX melalui aplikasi MyJPJ.
SEMAKAN LESEN MEMANDU & MOTOR GUNA APPS MyJPJ
Semakan lesen memandu motor boleh dilakukan melalui aplikasi ini dengan memilih menu SEMAKAN LESEN MEMANDU.
Artikel Lain > JPJ Mobile KAUNTER BERGERAK JPJ MENGIKUT NEGERI