MYRAIL LIFE KTMB (Permohonan Pas Perjalanan Percuma Setahun Tanpa Had)

MYRAIL LIFE KTMB (Permohonan Pas Perjalanan Percuma Setahun Tanpa Had)

MYRAIL LIFE KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini telah menawarkan pas My Rail Life iaitu perjalanan percuma setahun tanpa had kepada pengguna yang berkelayakan. Di sini kami akan kongsikan kepada anda maklumat lanjut tentang pas ini dan cara permohonan, semoga membantu.

 

APA ITU PAS MYRAIL LIFE KTMB

Pas perjalanan percuma untuk pelajar sekolah Tahun 1 sehingga Tingkatan 6 dan Orang Kurang Upaya (OKU) bagi perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU) sektor Gemas – Tumpat dan perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang dan Utara.

 

FAEDAH PAS MYRAIL LIFE KTMB

Pas MyRailLife diperkenalkan untuk meringankan beban kos pengangkutan pelajar sekolah dan golongan OKU yang menggunakan perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU) dan KTM Komuter selain menggalakkan pelajar sekolah dan golongan OKU menggunakan pengangkutan awam.

 

TEMPOH PENGGUNAAN PAS MYRAIL LIFE KTMB

Tempoh sah penggunaan pas ini adalah pada 15 Februari 2023 sehingga 14 Februari 2024

 

PERKHIDMATAN PAS MYRAIL LIFE KTMB

  1. Perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU)
    • laluan Gemas – Tumpat
  2. Perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang
    • Pelabuhan Klang – Tg. Malim – Pelabuhan Klang
    • Batu Caves – Pulau Sebang Batu Caves)
  3. Perkhidmatan KTM Komuter sektor Utara
    • Padang Besar – Butterworth – Padang Besar
    • Padang Rengas – Butterworth – Padang Rengas

 

SYARAT KELAYAKAN PAS MYRAIL LIFE KTMB

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan iaitu:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pelajar sekolah tahun 1 hingga tahun 6 (umur 7 tahun – 12 tahun)
  3. Pelajar sekolah tingkatan 1 hingga tingkatan 6 (umur 13 tahun – 19 tahun)
  4. Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat

 

KADAR BAYARAN PAS MYRAIL LIFE KTMB

  • Perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU):
    • Tiada bayaran yang dikenakan.
  • Perkhidmatan KTM Komuter:
    • Tiada bayaran dikenakan untuk pengguna konsesi sedia ada.
    • Pemegang kad konsesi komuter link (pelajar & OKU) sedia ada boleh digunakan terus bermula 15 Februari 2023.
  • Pengguna Baharu & Pengguna Kad MyRail5:
    • Pengguna baharu akan mendapat kad baharu secara percuma dan tidak perlu untuk menambah nilai untuk mengaktifkan kad.
    • Pemegang kad MyRail5 juga perlu mendapatkan kad baharu secara percuma dan tidak perlu untuk menambah nilai untuk mengaktifkan kad.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Berikut adalah dokumen yang perlu ada bersama untuk pendaftaran Pas MyRailLife iaitu:

  • Pengguna-pengguna sedia ada yang telah mempunyai PNR Pengguna Perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU) (melalui online atau kaunter):
    • PNR
    • MyKad/MyKid/Sijil lahir (bagi pelajar sekolah)
    • Kad pendaftaran OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
    • Dokumen pengesahan daripada pihak sekolah (bagi pelajar sekolah Tingkatan 6 sahaja)
  • Pengguna Perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang (melalui kaunter):
    • MyKad/MyKid (bagi pelajar sekolah)
    • Membawa kad konsesi Komuter Link sedia ada ke kaunter-kaunter KTMB untuk ditukar kepada Pas MyRailLife
    • Dokumen pengesahan daripada pihak sekolah (bagi pelajar sekolah Tingkatan 6 sahaja)
  • Pengguna Perkhidmatan KTM Komuter sektor Utara (melalui online atau kaunter):
    • PNR
    • MyKad/MyKid/Sijil lahir (bagi pelajar sekolah)
    • Kad pendaftaran OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
    • Dokumen pengesahan daripada pihak sekolah (bagi pelajar sekolah Tingkatan 6 sahaja)

 

CARA PERMOHONAN PAS MYRAIL LIFE KTMB

Berikut adalah merupakan cara untuk dapatkan pas ini iaitu:

  • Pengguna Perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU):
    • Mendaftar Rekod Pendaftaran Penumpang atau Passenger Name Record (PNR) secara dalam talian melalui aplikasi KITS, laman sesawang KTMB (ktmb.com.my)
    • Mendaftar PNR di mana-mana kaunter KTMB antara laluan Gemas – Tumpat.
  • Pengguna Perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang:
    • Mendaftar di mana-mana kaunter tiket KTMB di laluan Lembah Klang.
  • Pengguna Perkhidmatan KTM Komuter sektor Utara:
    • Mendaftar Rekod Pendaftaran Penumpang atau Passenger Name Record (PNR) secara dalam talian melalui aplikasi KITS, laman sesawang KTMB (ktmb.com.my)
    • Mendaftar PNR di mana-mana kaunter KTMB di laluan Padang Besar – Butterworth – Padang Besar & Padang Rengas – Butterworth – Padang Rengas.

 

CARA GUNA PAS MYRAILLIFE KTMB

Berikut adalah merupakan cara penggunaan pas ini iaitu:

  • Boleh digunakan antara stesen mula dan stesen destinasi yang tertera di Pas MyRailLife.
  • Boleh digunakan oleh penumpang yang dicatatkan pada Pas MyRailLife.
  • Boleh digunakan dalam tempoh sah laku yang dicatatkan pada Pas MyRailLife.
  • Pas MyRailLife dan MyKad/MyKid mesti dikemukakan kepada kakitangan KTMB semasa pemeriksaan.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) PAS MYRAILLIFE KTMB

Adakah ibu bapa atau penjaga sekolah Tahun 1 hingga Tingkatan 6 dan golongan OKU dibenarkan mendaftar bagi pihak mereka?

  • Ya, dibenarkan dengan syarat membawa atau memuat naik dokumen seperti dinyatakan dalam perkara (6) ketika membuat pendaftaran.

Kenapa pendaftaran perlu dibuat untuk mendapatkan Pas MyRailLife?

  • Pendaftaran dan pas diperlukan oleh KTMB sebagai dokumen perjalanan yang sah dan dilindungi oleh insuran kelompok KTMB.

Bolehkah Pas MyRailLife dipindah milik?

  • Tidak

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Pas MyRailLife KTMB, anda boleh merujuk MyRail Life Unlimited Free Travel Pass FAQ  https://www.ktmb.com.my/assets/pdf/2023/FAQ-MyRailLife.pdf

 

ARTIKEL LAIN

HARGA TIKET TAMBANG SKYPARK LINK KTMB (Jadual Laluan KL Sentral ke LTSAAS Subang)

Leave a Comment