mySPP ONLINE(PERMOHONAN PENGAMBILAN ANGGOTA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN)

mySPP ONLINE (PERMOHONAN PENGAMBILAN ANGGOTA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN)

mySPP ONLINE

Kepada yang berminat ingin menjadi guru, kini Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah membuka permohonan jawatan tetap Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred dg41 bagi graduan pendidikan tahun 2023. Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan melalui mySPP online, semoga membantu.

 

APA ITU SPP

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) yang ditubuhkan pada 1 Januari 1974 merupakan badan yang dipertanggungjawabkan untuk anggota Perkhidmatan Pendidikan dalam urusan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan/pertukaran tetap perkhidmatan dan kawalan tatatertib.

SPP menjalankan fungsi tersebut adalah mengikut Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan.

 

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG41

Sebelum membuat permohonan, pastikan anda menyemask terlebih dahulu syarat kelayakan yang telah ditetapkan melalui pautan ini

Walaubagaimanapun, berikut adalah merupakan Graduan Pendidikan yang tidak layak memohon:

  • Pelajar Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia;
  • Guru Interim;
  • Guru Kontrak (Lantikan SPP);
  • Pernah ditamatkan atau dibuang kerja dari Perkhidmatan Awam;
  • Bukan seorang bankrap; dan
  • Telah tamat pengajian tetapi belum memperolehi keputusan Senat Universiti.

 

TARIKH PERMOHONAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI GRED DH41 & DH29 

Permohonan atau pengemaskinian hendaklah dikemukakan secara dalam talian melalui portal MySPP dan tarikh tutup permohonan adalah pada (akan dikemaskini)

 

CARA PERMOHONAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

Bagi garduan yang berkelayakan ingin membuat permohonan, berikut adlaah merupakan caranya:

  1. Layari pautan mySPP: https://myspp.spp.gov.my/)
  2. Log masuk menggunakan MyID dan Kata Lalaun anda. Sekiranya anda pengguna baharu, hendaklah daftar akaun terlebih dahulu.
  3. Paparan menu utama mySPP akan terpapar, dam lengkapkan maklumat pada setiap bahagian yang diperlukan:
    • Maklumat Pemohon dan isikan semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang bewarna merah (*).
    • Maklumat Akademik dan isikan maklumat yang ditandakan dengan bintang yang bewarna merah (*). Isikan Maklumat ‘Pegawai Sedang Berkhidmat’ sekiranya berkaitan.
    • Maklumat Tambahan dan isi butiran selengkapnya.
    • Jawatan Dimohon, sub-menu “Jawatan SPP” dan sub-menu “Jawatan PDRM/LAIN”.
  4. Calon hanya boleh memohon maksimum 3 jawatan SPP sahaja. Pilih jawatan pada ruang Jawatan Yang Layak Dipohon dan tekan butang >> bagi memasukkan jawatan tersebut ke ruang ‘Jawatan Yang Dipohon’.
  5. Pilih Pusat Temuduga / Ujian Khas yang Dipilih daripada senarai yang diberikan.
  6. Sekiranya pemohon telah berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diisi sila klik pada butang Hantar
  7. Slip Akuan Pendaftaran akan dipaparkan dan ia boleh dicetak sebagai rujukan.
  8. Selesai

NOTA:

  • Pemohon adalah diingatkan untuk memastikan maklumat yang diisi/dikemaskini di dalam mySPP adalah tepat.
  • Sebarang kesilapan dalam mengisi atau mengemaskini maklumat akan menjejaskan peluang untuk dipanggil temu duga.
  • Hanya Graduan Pendidikan yang melepasi tapisan serta memenuhi syarat sahaja akan dipertimbangkan untuk panggilan temu duga mengikut opsyen yang akan ditentukan oleh SPP dan keputusan panggilan temu duga adalah MUKTAMAD. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.
  • Graduan Pendidikan juga TIDAK DIBENARKAN untuk mengemas kini permohonan selepas daripada tarikh tutup iklan sehingga 30 Jun 2022 (Khamis).

 

PANDUAN mySPP ONLINE

Anda juga boleh memuat turun panduan penggunaan mySPP

 

SOALAN LAZIM mySPP ONLINE

Apakah jawatan yang boleh saya pohon di SPP?

  1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG29 dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 untuk berkhidmat di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM);
  2. Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH29 dan PPPT Gred DH41 untuk berkhidmat di Politeknik dan Kolej Komuniti di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT);
  3. Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) untuk berkhidmat di mana-mana agensi di bawah KPM iaitu jawatan berikut:
    • Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) Gred N19;
    • Penyelia Asrama Gred N19;
    • Pembantu Pengurusan Murid Gred N19;
    • Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19;
    • Pembantu Makmal Gred C19;
    • Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19;
    • Pembantu Operasi Gred N11; dan
    • Pemandu Kenderaan Gred H11

Bilakah dan bagaimanakah saya boleh memohon jawatan tersebut?

  • Semua permohonan jawatan di bawah SPP boleh dilakukan sepanjang tahun. Permohonan boleh dikemukakan melalui Sistem mySPP di https://myspp.spp.gov.my

Bilakah iklan jawatan kosong disiarkan?

  • SPP tidak mengiklankan kekosongan jawatan di akhbar mahupun media massa yang lain. SPP menyiarkan iklan sepanjang masa di portal kami dan permohonan boleh dibuka terus di mySPP .
  • Oleh itu, pemohon juga boleh menyemak maklumat yang dimaksudkan serta perkara lain berkaitan dengannya dan mereka boleh memohon jawatan yang diminati yang sesuai dengan kelayakan yang mereka miliki.
  • Permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun. Walau bagaimanapun, penerbitan iklan juga boleh dilakukan oleh SPP pada bila-bila masa mengikut kesesuaian berdasarkan keperluan urusan pengambilan jawatan tertentu.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan pengambilan anggota perkhidmatan pendidikan, anda boleh melayari website rasmi SPP di pautan https://www.spp.gov.my/

 

ARTIKEL LAIN

SEMAKAN JADUAL PEPERIKSAAN SPA ONLINE  (Check Tarikh Ujian)

Leave a Comment