PERMOHONAN ORANG KURANG UPAYA OKU (Cara Daftar Kad)

PERMOHONAN ORANG KURANG UPAYA OKU (Cara Daftar Kad)

OKU

Jika anda ingin tahu tentang cara-cara untuk membuat pendaftaran orang kurang upaya (OKU), berikut adalah perkongsian tentang PENDAFTARAN ORANG KURANG UPAYA.

 

APA TUJUAN PENDAFTARAN ORANG KURANG UPAYA?

Pendaftaran OKU adalah bertujuan seperti berikut:

  • Untuk mengetahui bilangan, taburan dan kategori OKU di negara ini bagi maksud merancang program dan perkhidmatan berkaitan dengan pencegahan, pendidikan, habilitasi dan rehabilitasi serta latihan;
  • Untuk merancang penyediaan kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan OKU; dan
  • Untuk membolehkan OKU yang berdaftar mendapat perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan berdasarkan tahap kefungsian/ketidakupayaan mereka.

 

DEFINISI OKU

Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, “OKU termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat”.

 

JENIS PENDAFTARAN

Terdapat beberapa jenis pendaftaran, berikut adalah jenis pendaftaran OKU:

PENDAFTARAN BAHARU OKU

Pendaftaran baharu adalah permohonan pendaftaran OKU dibuat kali pertama.  Permohonan pendaftaran memerlukan dokumen seperti berikut:

  • Borang Permohonan Pendaftaran Orang Kurang Upaya Pindaan 2019 (BPPOKU Pindaan 2019) yang lengkap ditandatangani dan dicop oleh Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan yang berdaftar dengan Malaysian Medical Council (MMC)  sahaja atau Pakar Perubatan yang berdaftar dengan National Specialist Register of Malaysia (NSR) sahaja samada dari hospital/klinik kerajaan atau hospital/ klinik swasta;
  • Satu (1) salinan sijil kelahiran/ MyKid/ MyKad;
  • Satu (1) keping gambar berukuran pasport bagi pemegang Sijil Kelahiran/ MyKid.

PENDAFTARAN SEMULA

Pendaftaran semula adalah pendaftaran yang dibuat semula bagi pemegang Kad OKU lama yang berdaftar sebelum tahun 2011. Pemohon perlu melengkapkan BPPOKU Pindaan 2019.

Pengesahan Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan/ Pakar Perubatan adalah diperlukan bagi kes-kes seperti berikut sahaja:

Semua kategori OKU yang tidak dinyatakan sub kategori di mana-mana laporan bertulis.  Maklumat diperlukan bagi tujuan mengemaskini sub kategori dalam Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU);

OKU fizikal yang mempunyai ketidakupayaan yang tidak jelas

 

PERUBAHAN KATEGORI DAN SUB KATEGORI OKU

Bagi perubahan kategori / sub kategori OKU pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Pendaftaran OKU (BPPOKU Pindaan 2019) yang lengkap ditandatangani dan dicop oleh Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan yang berdaftar dengan Malaysian Medical Council (MMC) atau Pakar Perubatan yang berdaftar dengan National Specialist Register (NSR) dari Hospital/Klinik Kerajaan atau Hospital/ Klinik Swasta.

 

PENGGANTIAN KAD

Permohonan penggantian Kad OKU adalah untuk keadaan seperti berikut:

  • Kad OKU rosak/ hilang
  • Perubahan alamat di mana pemohon perlu menguruskan pertukaran alamat dalam Kad Pengenalan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan pertukaran pada Kad OKU; dan
  • Cetakan sub kategori pembelajaran pada Kad OKU bagi OKU pembelajaran yang telah dinyatakan sub kategori dalam SMOKU atau di mana-mana laporan bertulis
  • Penggantian Kad tidak memerlukan pengesahan Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan/ Pakar Perubatan.

 

KATEGORI OKU

Terdapat tujuh (7) kategori OKU yang boleh dipertimbangkan bagi pendaftaran OKU oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat seperti berikut:

KURANG UPAYA PENDENGARAN

  • Bilateral hearing loss
    • Kurang upaya Pendengaran diambil kira sekiranya:
      • Tahap pendengaran ≥40dBHL (dewasa) di telinga yang lebih baik berdasarkan purata 4 frequensi: (500Hz, 1KHz, 2KHz, 4KHz)
      • Tahap pendengaran ≥ 30dBHL (kanak-kanak) di telinga yang lebih baik berdasarkan purata 4 frequensi: 500Hz, 1KHz, 2KHz, 4KHz)
  • Single sided deafness (SSD) / Profound unilateral hearing loss
    • Tahap pendengaran sangat teruk melebihi ≥ 91dBHL di sebelah telinga berdasarkan purata  4 frequensi: (500Hz, 1KHz, 2KHz, 4KHz)
  • Kecacatan telinga kekal / sindrom berkaitan  telinga /sindrom berkaitan pendengaran
    • contoh: microtia, atresia, anotia, Treacher Collins, Goldenhar syndrome etc.
  • Lain-lain

KURANG UPAYA PENGLIHATAN

  • Terhad di kedua-dua belah mata
    • penglihatan lebih teruk daripada 6/18 tetapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60 walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan atau medan penglihatan kurang dari 20 darjah dari fixation
  • Buta di kedua-dua belah mata
    • penglihatan kurang daripada 3/60 atau medan penglihatan kurang dari 10 darjah dari fixation di kedua-dua belah mata
  • Buta di sebelah mata
    • penglihatan kurang daripada 3/60 atau medan penglihatan kurang dari 10 darjah dari fixation di sebelah mata
  • Lain-lain gangguan penglihatan kekal
    • Contoh : albanism

KURANG UPAYA PERTUTURAN

  • Kecelaruan Pertuturan dan Bahasa/ Kecelaruan komunikasi kompleks (Complex Communication Disorders)
    • Contoh :
      • Kanak kanak : pediatric speech and language disorders
      • Dewasa : Aphasia
    • Berlaku apabila individu sukar untuk menghantar, menerima, memproses dan memahami konsep sesuatu sistem simbol secara lisan, bukan lisan atau maklumat grafik.
    • (Termasuk berkaitan masalah Kelewatan Perkembangan (GDD), pendengaran, masalah berkaitan sindrom, Autisme, ADHD, Stroke , Kecederaan Otak  dan lain-lain berkaitan).
  • Kecelaruan motor pertuturan (Motor Speech Disorder)
    • Contoh :
      • Apraxia, Dysarthria
    • Kelemahan dan ketidakfungsian struktur dan otot yang menghasilkan bunyi pertuturan menyebabkan kadar, kelancaran dan kejelasan pertuturan terganggu.
  • Kecelaruan Suara (Voice Disorders)
    • Contoh :
      • Dysphonia/ Aphonia
    • Kualiti, kelangsingan dan kekuatan suara seseorang individu berbeza dari individu-individu lain yang mempunyai usia,jantina,budaya dan kedudukan geografi yang sama dengan individu tersebut.
  • Kecelaruan kelancaran Pertuturan/Kegagapan (Fluency disorders)
    • Contoh :
      • Stuttering
      • Cluttering
    • Gangguan pada aliran pertuturan yang dicirikan oleh pengulangan, pemanjangan, sekatan dan hentian bunyi, perkataan dan ayat termasuk Spasmodic dysphonias dan Laryngeal tremor
  • Kecelaruan Resonan (Resonance Disorder)
    • Contoh :  Hypernasality Hyponasality

Masalah kesengauan pertuturan disebabkan oleh gangguan pada mekanisma pengaliran udara berpunca dari keabnormalan struktur pertuturan saperti sumbing lelangit (Cleft Palate), sekatan, masalah neurologi kegagalan fungsi velofaringeal dan Oromandibular dystonia

KURANG UPAYA FIZIKAL

  • Limb Defect (Acquired / Congenital)
    • Keadaan di mana berlaku  kehilangan separa atau sepenuhnya mana-mana bahagian anggota badan termasuk kehilangan:
      • Tangan
      • Kaki
      • Jari tangan / jari kaki
    • kehilangan mana-mana ibu jari atau kehilangan keseluruhan mana-mana dua (2) jari
    • kehilangan mana-mana jari yang melibatkan tulang metacarpal/metatarsal.
  • Spinal Cord Injury
    • Kecederaan saraf tunjang akibat trauma atau bukan trauma yang menjejaskan fungsi otot, deria serta autonomik di bahagian bawah aras kecederaan.
  • Strok
    • Keadaan di mana berlaku kekurangan atau kehilangan fungsi secara tiba-tiba melibatkan pertuturan, otot, deria, kognitif atau lain-lain  sebahagian tubuh badan akibat kekurangan oksigen atau pendarahan di dalam otak.
  • Kerdil (Achon-droplasia)
    • Keadaan di mana ketinggian bagi seseorang adalah kurang daripada 142cm bagi lelaki dan kurang daripada 138cm bagi wanita.
  • Traumatic Brain Injury
    • Keadaan di mana berlaku kekurangan atau kehilangan fungsi secara tiba-tiba melibatkan pertuturan, otot, deria, kognitif atau lain-lain melibatkan sebahagian tubuh badan akibat kecederaan otak.
  • Cerebral Palsy
    • Keadaan kekal di mana berlaku masalah  pergerakan dan postur yang menghadkan aktiviti akibat  gangguan bukan progresif di bahagian otak .  Terbahagi kepada tiga (3) jenis seperti berikut:
      • Hemiplegia
      • Diplegia
      • Quadriplegia
  • Lain-lain
    • Contoh Duchenne Muscular Dystrophy dan penyakit kronik yang menyebabkan kurang upaya fizikal.

KURANG UPAYA PEMBELAJARAN

i.Global Developmental Delay (GDD)

Terbahagi kepada tiga (3) tahap seperti berikut:

  • Ringan
  • Sederhana
  • Teruk

Keadaan di mana berlaku perkembangan lewat sekurang-kurangnya dua (2) standard deviation dalam sekurang-kurangnya dua (2) domain samada gross motor/fine motor, speech/language, cognition, social/personal atau activities of daily living bagi pemohon berumur kurang dari lima (5) tahun.

ii.Sindrom Down Terbahagi kepada tiga (3) tahap seperti berikut:

  • Ringan
  • Sederhana
  • Teruk

Berpunca dari kecelaruan kromosom yang terlebih iaitu pada kromosom 21.

iii.  Attention Defisit Hyperactivity Disorder (ADHD)

Terbahagi kepada tiga (3) tahap seperti berikut:

  • Ringan
  • Sederhana
  • Teruk

Kesulitan sepanjang hayat yang melibatkan tahap tumpuan serta kawalan impuls.

iv.Autisme (Autism Spectrum Disorder)

Terbahagi kepada tiga (3) tahap seperti berikut:

  • Ringan
  • Sederhana
  • Teruk

Autisme merupakan gangguan neurologi yang memberikan impak negatif kepada kanak-kanak dari segi kemahiran interaksi sosial dan imaginasi.

v.Intelektual

Terbahagi kepada tiga (3) tahap seperti berikut:

  • Ringan
  • Sederhana
  • Teruk

Kurang upaya intelektual merupakan kekurangan dari segi fungsi intelek (terencat akal / mental retardation) bagi kanak-kanak berumur lima (5) tahun ke atas.

vi.Specific Learning Disability (Specific LD)

Dyslexia : Perbezaan cara otak berfikir dalam menghubungkan simbol visual dan bunyi seterusnya mengalami kesukaran membaca, menulis, memahami, mengeja dan mengira.

Dyscalculia: Keadaan yang mempengaruh keupayaan pemohon meguasai/memperoleh kemahiran arimetik.

Dysgraphia: Keadaan yang mempengaruh keupayaan skil motor halus pemohon seterusnya mendatangkan kesulitan membentuk huruf, menulis dan lain-lain.

vi. KURANG UPAYA MENTAL

i.Organic Mental Disorder yang serius dan kronik

Dementia in Alzheimer’s disease

Vascular dementia

Other mental disorders due to brain damage and dysfunction and to physical disease

 

ii.Schizophrenia, Schizotypal and Delusional Disorders

Schizoaffective Disorders;

Persistent Delusional Disorder; and

Other non organic psychotic disorders

 

iii.  Mood Disorder

Bipolar affective disorder;

Recurrent depressive disorder;

Persistent mood disorders; and

Other mood disorders.

iv.Severe Anxiety Disorder

Phobic Anxiety disorders (Fobia),

Panic disorder;

Generalized anxiety disorder;

Mixed anxiety and depressive disorder; dan

Obsessive Compulsive Disorder (OCD)

KURANG UPAYA PELBAGAI

Kurang Upaya Pelbagai (Multiple Disabilities) bermaksud mempunyai lebih daripada satu jenis ketidakupayaan.

 

KOD BAGI KATEGORI OKU

  1. DE – Pendengaran
  2. BL – Penglihatan
  3. SD – Pertuturan
  4. PH – Fizikal
  5. LD – Pembelajaran
  6. ME – Mental
  7. MD – Pelbagai

 

DOKUMEN PENGENALAN SEMENTARA ORANG KURANG UPAYA (OKU)

Dokumen Pengenalan Sementara OKU ialah dokumen yang dikeluarkan setelah permohonan pendaftaran OKU diluluskan.

Dokumen ini dikeluarkan atas permintaan OKU/ waris yang memerlukan dan sah dalam tempoh tiga puluh (30) hari sementara Kad OKU dicetak.

 

CARA PENDAFTARAN ORANG KURANG UPAYA ONLINE

  1. Permohonan boleh dibuat di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian atau muat turun borang permohonan melalui pautan di Borang Pendaftaran OKU.
  2. Isikan borang permohonan dengan betul dan lengkap.
  3. Sertakan dokumen sokongan seperti salinan sijil kelahiran atau Kad Pengenalan.

 

SEMAKAN SYARAT PENDAFTARAN ORANG KURANG UPAYA

Antara syarat-syarat pendaftaran Orang Kurang Upaya adalah seperti berikut:

(a) Warganegara yang bermastautin di Malaysia

(b) Telah disahkan/ diperakui oleh Pegawai Perubatan Hospital Kerajaan/ Pakar Psikiatri atau Pakar Perubatan Swasta.

 

CARA BUAT RAYUAN PERMOHONAN PENDAFTARAN OKU

Pemohon boleh membuat rayuan sekiranya permohonan pendaftaran OKU ditolak dengan mengemukakan surat permohonan kepada Ketua Pendaftar beserta laporan sosial pemohon untuk dikemukakan kepada Jawatankuasa Pendaftaran OKU di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (MBOKU) bagi pihak Menteri untuk membuat keputusan.

 

CARA PEMBATALAN PENDAFTARAN OKU

Pendaftaran OKU terbatal apabila pemegang Kad OKU telah; meninggal dunia; atau terhenti menjadi OKU (telah pulih dan tidak lagi mengganggu kefungsian).

Waris/ pemegang Kad OKU hendaklah mengembalikan Kad OKU di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berdekatan.

 

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN OKU ONLINE

Anda boleh buat SEMAKAN ONLINE STATUS eBantuan JKM

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN OKU PINDAAN TERKINI 2019

SILA KLIK DI SINI UNTUK MENCETAK GARIS PANDUAN PENDAFTARAN OKU

ARTIKEL LAIN 

Baca tentang CARA PERMOHONAN STIKER/PELEKAT  OKU

6 thoughts on “PERMOHONAN ORANG KURANG UPAYA OKU (Cara Daftar Kad)”

Leave a Comment