PADANG RUMPUT KASHMIR KG LAWAR

PADANG RUMPUT KASHMIR KG LAWAR

PADANG RUMPUT KASHMIR KG LAWAR

Anda pernah dengar ke tentang kewujudan tempat ini? Mungkin ada pernah melihat gambar-gambar padang rumput persis Kashmir, Pakistan. Rupa-rupanya tempat ini hanyalah di dalam negara kita sahaja.

LOKASI PADANG RUMPUT KASHMIR KG LAWAR

Lokasi tempat ini adalah di negeri Kelantan. Berada dijajahan Jeli. Jika anda melalui Lebuhraya Timur Barat melalui jajahan Jeli, ini merupakan peluang terbaik untuk anda singgah ke Padang Rumput Kashmir Kg Lawar. Anda hanya perlu mencari lokasi Kampung Gunung Reng dan seterusnya ke Kg Lawar dan bertanyakan kepada pendudukan kampung untuk ke Padang Rumput Kashmir Kg Lawar atau Lata Kashmir. Dari Kampung Gunung Reng, perjalanan lebih kurang 10 hingga 15 minit. 

KEISTIMEWAAN PADANG RUMPUT KASHMIR KG LAWAR

1.Pemandangan padang rumput yang sangat mendamaikan.

2.Lata yang airnya sangat jernih,sejuk dan menyegarkan. Punca airnya adalah daripada Empangan Pergau yang berada di sebelah sahaja.

3.Suasana udara yang segar dan berkualiti dapat dirasakan oleh kerana dikelilinggi bukit dan pokok-pokok yang menghijau.

4.Ada juga lembu kampung yang sedang meragut rumput disini mengimbau suasana yang tenang dan asyik.

5.Pemandangan Pokok Kelapa yang lama dan tinggi tersusun mengimbau kembali suasana kampung yang telah lama wujud pada zaman dahulu.

6.Boleh berangan sedang bercuti di Kashmir,Pakistan.

SENARAI AKTIVITI BOLEH DIBUAT DI PADANG RUMPUT KASHMIR

1.Bergambar kenangan disini bagi merakam kenangan berada di kawasan persis lembah Kashmir,Pakistan.

2.Photoshoot Outdoor Kahwin, ramai pasangan yang datang ke sini untuk photoshoot outdoor kahwin. Terutamanya bagi pasangan yang berkahwin berhampiran dengan kawasan ini.

3.Kutip Etak Segar, jika anda ingin pengalaman langsung mengutip etak boleh datang ke sini. Aktiviti ingin sangat sesuai dilakukan bersama-sama keluarga.

4.Berkelah dan mandi bersama keluarga di Lata Kashmir. Bawa makanan yang sudah dimasak dan makan bersama keluarga anda disini.

5.Memancing ikan kelah. Bagi pengemar aktiviti memancing ikan kelah, disini adalah tempat terbaik untuk anda cuba. Biasanya pada waktu petang, ramai kaki pancing datang ke sini untuk memancing raja ikan iaitu ikan kelah.

6.Bermain Wau. Padang rumput yang lapang dan luas ini sangat sesuai untuk bermain wau bersama anak-anak kecil. Pasti mereka seronok dan menjadi kenangan yang indah buat mereka.

PADANG RUMPUT KASHMIR KG LAWAR

Pemandangan Sangat Mendamaikan Jiwa

PADANG RUMPUT KASHMIR KG LAWAR

Kolam Takungan Empangan Pergau

PADANG RUMPUT KASHMIR KG LAWAR

Jambatan Ke Padang Rumput Kashmir

PADANG RUMPUT KASHMIR KG LAWAR

Lata Yang Jernih

PADANG RUMPUT KASHMIR KG LAWAR

Persis Kashmir

PADANG RUMPUT KASHMIR KG LAWAR

Terbaik Pemandangan Disini

PADANG RUMPUT KASHMIR KG LAWAR

Air Jernih Dan Tenang

PADANG RUMPUT KASHMIR KG LAWAR

Tempat Main Wau

PADANG RUMPUT KASHMIR KG LAWAR

Indahnya

PADANG RUMPUT KASHMIR KG LAWAR

Menarik nya PADANG RUMPUT KASHMIR KG LAWAR

ASPEK KESELAMATAN YANG PERLU DIAMBIL KIRA SEMASA KE PADANG RUMPUT KASHMIR

1.Pastikan anda memandu secara cermat dan perlahan memasuki kawasan kampung dan ke Padang Rumput Kashmr Kg Lawar. Anda kena lalui satu jambatan besi untuk ke sini.

2.Peka dengan perubahan paras air dan warna air di lata ini kerana pihak Empangan Pergau akan membuka pintu air pada waktu tertentu yang menyebabkan paras air disini meningkat dan membahayakan anda. Ia berbahaya untuk aktiviti berkelah dan mandi-manda.

3.Hati-hati juga dengan lembu yang meragut rumput disini. Jangan terlalu dekat dengan lembu bimbang juga anda akan diserang.

Tags: #PADANG RUMPUT KASHMIR KG LAWAR #TEMPAT MENARIK DI JELI

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    LOG MASUK CIMS 3.0(miti.gov.my):PERMOHONAN SYARIKAT BEROPERASI SEMASA PKP
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinLOG MASUK CIMS 3.0(miti.gov.my): PERMOHONAN SYARIKAT BEROPERASI SEMASA PKP Kepada syarikat yang
    HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN 2021:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN (epenawaran.moe.gov.my)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinHADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN 2021:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN (epenawaran.moe.gov.my) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
    LESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA(LMTS) 2021:PERMOHONAN LESEN PERCUMA 
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinLESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA(LMTS) 2021:PERMOHONAN LESEN PERCUMA  Program lesen motosikal percuma diteruskan
    BONUS PENJAWAT AWAM & PESARA 2021:TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS PENJAWAT AWAM
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinBONUS PENJAWAT AWAM & PESARA 2021:TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS PENJAWAT AWAM Kepada

    Leave a reply "PADANG RUMPUT KASHMIR KG LAWAR"