PAKEJ BANTUAN RAKYAT PULAU PINANG 3.0: CARA PERMOHONAN BANTUAN KHAS KEWANGAN ONE-OFF RM500
Berita gembira kepada14,712 peniaga berdaftar di negeri ini bakal menerima manfaat daripada Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang 3.0 yang diumumkan baru-baru ini.
dah mohon SKIM PEKA 2.1? Dapatkan PEMBIAYAAN RM50,000( Pengusaha Pelancongan)
TARIKH MULA PERMOHONAN PAKEJ BANTUAN RAKYAT PULAU PINANG
Tarikh mula permohonan adalah bermula pada 25 Januari 2021 manakala tarikh tutup permohonan adalah pada 26 Februari 2021.
Antara tujuan utama bantuan ini adalah untuk melancarkan aliran tunai serta mengurangkan impak serta kos operasi yang terpaksa ditanggung dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
APA ITU PAKEJ BANTUAN RAKYAT PULAU PINANG 3.0?
Melalui Pakej tersebut, Kerajaan Negeri telah mengenal pasti kumpulan sasaran dan sebanyak RM10 juta akan diagihkan kepada lima (5) kumpulan sasaran pertama bagi melancarkan aliran tunai serta mengurangkan impak serta kos operasi yang terpaksa ditanggung dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Lima (5) kumpulan sasaran ini merangkumi kategori seperti berikut:
1) Bantuan Khas Kewangan One-Off RM500 Penjaja, Penggerai & Peniaga Pasar Tani Peniaga dan penjaja berlesen;
Penjaja/penggerai yang berniaga dalam kompleks makanan/kedai persendirian (shop lot);
Penjaja/penggerai yang mempunyai tagging serta berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT); dan Peniaga pasar tani (FAMA)
Dianggarkan seramai 14,712 peniaga akan menerima manfaat ini dengan peruntukan sebanyak RM7,356,000.00.
2) Bantuan Khas Kewangan One-Off RM200 Kepada Penarik Beca.
Seramai 288 penarik beca telah dikenal pasti dengan anggaran peruntukan sebanyak RM57,600.00.
3) Bantuan Khas Kewangan One-Off RM500 Kepada Pengusaha Kantin Sekolah Yang Berdaftar
Bantuan akan diberikan kepada 462 pengusaha kantin dengan anggaran peruntukan sebanyak RM231,000.00.
4) Bantuan Khas Kewangan One-Off RM500 Perniagaan Terjejas
Perniagaan ini meliputi :
- Perkhidmatan gunting rambut/salun rambut;
- Perkhidmatan salun kecantikan dan spa;
- Perkhidmatan pusat refleksologi; dan
- Perkhidmatan bekam.
Seramai 2,929 peniaga yang berlesen dengan PBT telah dikenal pasti, dengan anggaran peruntukan adalah sebanyak RM1,464,500.00.
5) Peruntukan Khas
Peruntukan khas RM30,000 kepada semua 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Parlimen Kerajaan Negeri, ADUN Angkat, Pegawai Penyelaras KADUN dan Pegawai Penyelaras Khas Parlimen untuk membolehkan bantuan kepada rakyat yang terkesan dengan PKP 2.0 dapat disalurkan dengan segera.
CARA PERMOHONAN PAKEJ BANTUAN RAKYAT PULAU PINANG 3.0
- Kepaya yang layak,sila buat pengesahan butiran perniagaan, maklumat individu serta menyertakan maklumat akaun bank untuk tujuan penyaluran bantuan.
- Bagi yang ingin mohon dan buat semakan, sila layari Portal e-lesen Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mulai 25 Januari di pautan: https://elesen.mbpp.gov.my//mppplic/query/info_query.jsp
- Selain itu, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) akan menyediakan Portal Bantuan Tunai Penjaja 3.0 (PBT) untuk memudahkan pengagihan Pakej Bantuan 3.0 daripada kerajaan negeri.
- Portal ini berfungsi sebangai platform pengumpulan maklumat akaun bank penjaja yang berdaftar dengan PBT dan juga membantu penyaluran bantuan kepada penjaja.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kenyataan rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang di SINI.
Nak buat pemohan Macam mana
Pakej bantuan rakyat Pulau Pinang
Belum masuk
Pekej bantusn rakyat pulau pinang 3.0
saya peniaga kecil tapi lesen dah tamat tempoh adakah saya layak memohon bantuan rakyat 3.0 pulau pinang ,dan sampai skrg dlm pkp .
saya menjual nasi lemak sahaja
500
PAKEJ BANTUAN RAKYAT PULAU PINANG 3.0: CARA PERMOHONAN BANTUAN KHAS KEWANGAN ONE-OFF RM500
saya fizi(oku)..tp IBU sy penjaja gerai yg Baru mohon lesen..boleh IBU saya dapat bantuan rakyat pulau.pinang ini
PAKEJ BANTUAN RAKYAT PULAU PINANG 3.0: CAR PERMOHONAN BANTUAN KHAS KEWANGAN ONE-OFF RM500