PANDUAN BERGAMBAR UNTUK SUAMI BELI BARANG BASAH

PANDUAN BERGAMBAR UNTUK SUAMI BELI BARANG BASAH

PANDUAN BERGAMBAR UNTUK SUAMI BELI BARANG BASAH

Nampaknya suami anda masih memerlukan bantuan semasa membeli barang basah di pasar raya. Jangan biarkan suami anda terkontang kanting terpaksa google barang yang hendak dibeli. Lebih malang lagi, terpaksa dibantu atau diberi khidmat teman shopping yang diwar-warkan di pasar raya Tesko baru-baru ini.

PANDUAN BERGAMBAR UNTUK SUAMI BELI BARANG BASAH ini hanya memerlukan 5 minit untuk suami anda faham dan belajar. Jadi ajak suami anda, beri masa sekejap kepada suami anda untuk membaca info ini.

Info ini sebenarnya di kongsi oleh Tesco Malaysia yang menyeediakan Panduan Gambar Barang untuk suami membeli di pasar raya. Disini kami akan kongsikan sedikit info tambahan untuk memantapkan lagi ilmu para suami dan ketua keluarga untuk membeli barang basah terutamanya.

Memandang Perintah Kawalan Pergerakn(PKP) dilanjutkan, adalah menjadi keperluan untuk suami menambah ilmu pengetahuan tentang barang keperluan dan barang basah dengan lebih mendalam.

PANDUAN MEMBELI AYAM

Cara memilih ayam yang segar

1. Warna ayam.

Ayam yang kulitnya berwarna putih kemerah-merahan adalah ayam yang segar. Jika ayam itu pucat, kebiru-biruan, ayam itu biasanya telah diletakkan formalin dan di sejuk bekukan.

  1. Tekstur ayam

Ayam yang segar, apabila ditarik kepaknya ke belakang akan kembali ke posisi asal. Tetapi jika ia tidak segar, kepaknya akan terkulai layu di tasik madu pastinya.

Isi yang segar apabila ditekan terasa empuk akan kembali ke bentuk asal tetapi sekiranya ditekan ia tenggelam, ayam itu ayam lama.

Ayam yang kenyal biasanya diletakkan formalin. Manakala ayam yang kelihatan bengkak biasanya telah disuntik.

  1. Darah ayam

Apabila ayam yang dibeli kelihatan mempunyai banyak darahnya atau cecair berdarah. Biasanya ia adalah ayam yang telah dibekukan dan dicairkan semula. Ayam segar tidak mempunyai air berdarah yang banyak.

  1. Bau ayam

Ayam yang segar tidak akan mempunyai bau yang busuk atau hanyir. Elakkan membeli ayam yang berbau hanyir.

  1. Lalat

Sekiranya ada lalat yang mengurung atau hinggap pada ayam, biasanya ayam ini tidak lagi segar. Berpindah ke penjual yang lain dan elakkan membeli pada penjual yang dihurung lalat.

PANDUAN PILIH BAHAGIAN AYAM YANG TERBAIK

PANDUAN BERGAMBAR UNTUK SUAMI BELI BARANG BASAH

PILIH BAHAGIAN AYAM

 

Dada Ayam

Dada ayam adalah potongan bahagian ayam yang paling rendah lemaknya tapi tinggi protein. Dalam 100 gram dada ayam mengandungi 165 kalori, 80% kalorinya berasal daripada protein, dan 20% baki kalori berasal daripada lemak.

Kepak Ayam

Dalam 100 gram kepak ayam tanpa kulit dan tulang mengandungi 30.5 gram protein dan 203 kalori. 64% daripada kalori tersebut berasal daripada protein, dan 36% bakinya berasal daripada lemak. Tapi kerana bahagian ini tidak mempunyai isi dan lebih kepada lemak, ramai tidak memakannya tapi ramai juga peminat nya.

Thigh Ayam

Thigh – Ayam bahagian ini mengandungi 209 kalori untuk 100 gram. 53% daripada kalori berasal dari protein, manakala 47% dari lemak. Lagi satu, paha ayam mempunyai warna yang lebih gelap daripada dada ayam, ini kerana kaki ayam lebih aktif dan mengandungi lebih banyak myoglobin, molekul ini membantu menyediakan otot aktif dengan oksigen.

Paha Ayam

Bahagian yang paling ramai orang suka. Dalam 100 gram bahagian ini tanpa kulit dan tulang mengandungi 28.3 gram protein dan 172 kalori. Berdasarkan kalorinya, 70% kalori berasal daripada protein, dan 30% berasal daripada lemak.

Cadangan : Pilihan terbaik adalah dada ayam yang tinggi protein dan paling rendah lemak tetapi ia bergantung kepada anda dan keluarga.

PANDUAN MEMBELI IKAN

PANDUAN BERGAMBAR UNTUK SUAMI BELI BARANG BASAH

PANDUAN MEMBELI IKAN

Cara memilih ikan  yang segar :

1. Mata ikan

-Ikan segarmempunyai mata yang jernih dan cerah. Selain itu, matanya juga akan timbul dan menonjol.

-Ikan yang tidak segar pula mempunyai mata berwarna merah dan pudar. Matanya juga sudah tenggelam dan sembap.

 

  1. Warna insang ikan

-Ikan segar mempunyai insang berwarna merah terang dan pastikan insang basah tanpa mempunyai terlalu banyak lendir.

-Ikan yang tidak segar pula mempunyai insang yang berwarna kelabu atau coklat kehitaman. Insangnya juga sudah menjadi keras dan berlendir.

 

  1. Warna kulit dan sisik ikan

-Ikan yang segar mempunyai kulit luaran yang berkilat dan berwarna cerah berbanding dengan ikan tidak segar yang mempunyai kulit pucat.

-sisik ikan segar juga kuat dan ikan tidak segar mempunyai sisik yang rapuh dan mudah tercabut.

 

  1. Tesktur ikan

Tekan ikan pada bahagian perutnya untuk memastikan ikan segar atau tidak. Tekstur yang keras bermakna ikan masih segar tetapi jika lembik, maknanya ikan sudah lama. Elakkan daripada membeli ikan yang bahagian perutnya sudah pecah. Ini kerana ikan yang kurang segar mempunyai kulit perut yang lembik.

PANDUAN MEMBELI SAYUR

PANDUAN BERGAMBAR UNTUK SUAMI BELI BARANG BASAH

Cara memilih sayur  yang segar :

Kubis – Pilih yang ringan. Bila dipotong, kelopak atau rongganya besar. Kubis jenis ini lebih manis. Pilih kubis yang berwarna hijau yang cerah serta berkilat.

Tomato – Pilih yang agak kehijauan kerana tomato begini lebih padat dan rasanya juga lebih sedap. Ini kerana teksturnya yang tidak terlalu lembik, sedikit ‘crunchy’ serta boleh disimpan lama.

Sawi – Daun yang lebat tetapi batangnya kecil lebih sedap dan manis daripada yang berbatang besar, malah kadang-kadang pahit rasanya. Tidak mengapa jika daunnya sedikit berlubang akibat dimakan ulat kerana ia menandakan sayur tersebut tidak menggunakan racun perosak.

Timun – Pilih yang jenis lurus dan warna di bahagian pangkalnya tidak terlalu hijau. Ia lebih lembut, berjus dan rangup.

Kentang – Permukaan kulitnya mulus. Tanda benjol-benjol yang ketara. Bentuknya bulat panjang sederhana. Warna kulitnya coklat muda sekata. Jangan ada warna kehijauan atau kebiruan kerana itu tandanya kentang masih muda. Pilih saiz yang sederhana besar.

Ubi Keledek – Pilih ubi yang lurus dan kulitnya bersih. Elakkan mengambil ubi yang mempunyai kesan torehan atau patah. Ini kerana ubi yang sebegitu telah dimasuki angin dan isinya terasa hambar, tidak sedap serta kurang manis.

Bendi – Pilih yang masih muda adalah dengan cara memicit hujung buah. Jika lembut, ia menandakan bendi tersebut masih muda dan sedap dimasak.

Lobak Merah- Pilih lobak merah yang mempunyai batang yang lurus, tidak terlalu besar dan kulit yang berwarna oren terang.

PANDUAN BERGAMBAR UNTUK SUAMI BELI BARANG BASAH
Cara pilih  bawang merah dan bawang putih yang baik:

-Pilih bawang yang masih segar, kering, bersih, keras dan tidak bertunas.

-Warna bawang perlulah putih bersih (bawang putih), tidak berserabut dan jangan pilih yang lembik atau sudah gelap warnanya (bawang merah)

-Jangan memilih bawang yang sudah berwarna kuning (bawang putih)

-Pilih bawang yang tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar

-Pilih bawang yang mempunyai kulit luar yang masih baik, tidak pecah. Kesegaran bawang dan aromanya akan berkurang jika kulit luarnya pecah. Selain itu, bawang juga agen penyerap bakteria.

-Jangan pilih bawang yang telah tumbuh akar kerana aroma dan rasanya juga sudah berkurang

-Pilih bawang merah yang mempunyai akar besar dan kulit yang kering.

-Ramai penjual sengaja menjual bawang yang basah untuk untung. Jika anda sudah tersilap membeli bawang yang telah basah, jemur dan setelah itu simpan ditempat yang kering.

-Usahakan untuk membeli bawang yang masih mempunyai akar kerana bawang ini akan lebih lama bertahan dan tidak cepat busuk

 

 

 

 

 

Tags: #Cara memilih ayam yang segar #Cara memilih ikan yang segar #Cara memilih sayur yang segar #PANDUAN BERGAMBAR UNTUK SUAMI BELI BARANG BASAH #PANDUAN MEMBELI AYAM #PANDUAN MEMBELI IKAN #PANDUAN MEMBELI SAYUR #PANDUAN PILIH BAHAGIAN AYAM YANG TERBAIK

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    BANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinBANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500 APA ITU BANTUAN ZAKAT
    SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN Sebelum ini
    CARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB) Jika anda ingin membuat penstrukturan semula kewangan ekoran
    DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinDAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021   Kerajaan negeri Terengganu telah

    Leave a reply "PANDUAN BERGAMBAR UNTUK SUAMI BELI BARANG BASAH"