BANTUAN SARA HIDUP (BSH) 2020
Bagi Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 anda perlu faham 2 perkara :
PERTAMA, anda belum pernah memohon BSH.
KEDUA, anda pernah memohon.
Jika anda tidak pernah memohon, pendaftaran Bantuan Sara Hidup 2020 telah boleh dibuat pada Menu MyBSH mulai 22 Januari 2020.
Manakala yang pernah memohon, Tempoh Pemohonan dan Pengemaskinian Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 akan dibuka mulai 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020.
Pemohon tidak perlu membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2020 sekiranya:
- Permohonan BSH 2019 yang lulus dan tiada sebarang perubahan maklumat.
- Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) yang tersenarai sebagai penerima eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti berikut:
Senarai Penerima eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) |
---|
Elaun Pekerja Cacat |
Bantuan Penjagaan OKU |
Bantuan OKU tidak berupaya bekerja |
Bantuan Orang Tua |
PEMOHON PERLU MEMBUAT PERMOHONAN BARU DAN KEMAS KINI BANTUAN SARA HIDUP 2020
- Belum membuat pendaftaran Permohonan BSH termasuk Kategori Baharu
- Permohonan BSH 2019 yang tidak lulus dan menepati syarat kelayakan BSH 2020
- Jika permohonan OKU yang tidak tersenarai sebagai Bantuan JKM dan menepati syarat kelayakan BSH 2020
SIAPA YANG LAYAK MENERIMAN BAYARAN FASA PERTAMA 2020
Boleh semak juga : https://kekandamemey.com/adakah-anda-layak-skim-peduli-sihat-b40-atau-peka-b40.html
Pemohon BSH yang layak menerima bayaran Fasa Pertama adalah Pemohon berstatus Lulus BSH 2019 (Kategori Isi Rumah) yang melepasi beberapa proses tapisan daripada Agensi Kerajaan.
Contohnya, Status Pemilikan Kenderaan yang realistik bagi golongan berpendapatan rendah (B40).
TARIKH DAN KAEDAH PEMBAYARAN
Tarikh bayaran Fasa Pertama BSH 2020 mulai 20 Januari 2020
CARA PEMBAYARAN FASA PERTAMA BSH 2020 :
Pengkreditan terus ke akaun
Tunai di kaunter BSN (termasuk kategori pedalaman Sabah Sarawak) – mulai 1 Februari 2020
TUNTUTAN SKIM KHAIRAT KEMATIAN (SKK) BANTUAN SARA HIDUP 2020 :
- Skim Khairat Kematian BSH 2020
Untuk makluman, tuntutan Skim Khairat Kematian 2020 bagi kematian pemohon yang berlaku mulai 1 Januari 2020 masih belum dibuka atau belum boleh dibuat di Bank Simpanan Nasional (BSN).
Tarikh mula tuntutan ini akan dimaklumkan semula.
- Skim Khairat Kematian 2019
Untuk makluman, tarikh akhir tuntutan Skim Khairat Kematian 2019 bagi pemohon yang meninggal dunia sehingga 31 Disember 2019 adalah pada 31 Januari 2020.
Tuntutan boleh dibuat di Cawangan BSN yang berhampiran.Layari https://www.mybsn.com.my/
Tags: #2020 #BANTUAN SARA HIDUP #KEMASKINI #PERMOHONAN BARU #SKIM KHAIRAT KEMATIAN