Skim Khairat Kematian Bantuan Sara Hidup
PANDUAN LENGKAP MENUNTUT SKIM KHAIRAT KEMATIAN BANTUAN SARA HIDUP (BSH) 2020
Terdapat beberapa perkara yang anda perlu tahu dalam menuntut Skim Khairat Kematian Bantuan Sara Hidup :
MAKLUMAT PENTING |
---|
Untuk penerima BSH 2020 baharu yang telah diluluskan yang meninggal dunia dalam tempoh 1 Februari 2020 hingga 31 Disember 2020 juga layak |
Hanya waris yang dinamakan dalam sistem Bantuan Sara Hidup sahaja boleh membuat tuntutan |
Penerima BSH 2020 meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari hingga 31 Januari 2020 layak |
Penerima merupakan penerima BSH dalam kategori isi rumah dan warga emas |
Waris mesti dari kalangan Pasangan/ Ibu/ Bapa/ Anak/ Adik beradik/ Cucu sahaja |
Wang sebanyak RM 1,000 |
Selain itu, antara tujuan utama maklumat waris ialah:
-Menjadi wakil bagi sebarang urusan berkaitan MyBSH 2020 jika pemohon mempunyai masalah kesihatan, masalah fizikal (OKU), dipenjarakan, atau bertugas di luar kawasan dan lain-lain;
-Menjadi waris bagi tuntutan Skim Khairat Kematian jika penerima Bantuan Sara Hidup 2020 telah meninggal dunia bagi kategori Isi Rumah dan Warga Emas
Sesiapa sahaja layak didaftarkan sebagai waris sekiranya mempunyai hubungan pertalian dengan pemohon seperti syarat yang telah ditetapkan.
WARIS YANG LAYAK DIDAFTAR |
---|
IBU |
BAPA |
PASANGAN |
ANAK |
ADIK BERADIK |
CUCU |
Semasa proses pengisian bahagian Maklumat Waris, anda tidak perlu mengemukakan apa apa dokumen pengenalan waris.
Anda hanya perlu pastikan maklumat waris yang didaftarkan adalah tepat dan mempunyai hubungan pertalian yang telah ditetapkan.
Sekiranya ingin menukar maklumat waris, sila rujuk mana-mana Cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Urban Transformation Centre (UTC) LHDNM yang berhampiran.
Penukaran maklumat ini boleh disebabkan berlakunya kematian atau atas kehendak pemohon sendiri.
Untuk maklumat lanjut anda boleh layari portal rasmi BSH di sini : https://bsh.hasil.gov.my/
PANDUAN BAGI MENUNTUT SKIM KHAIRAT KEMATIAN BANTUAN SARA HIDUP 2020
Baca juga : https://kekandamemey.com/panduan-lengkap-bantuan-sara-hidup-2020.html
Pastikan diri anda waris yang sah di Bahagian Maklumat Waris.
Setiap waris yang ingin memohon Skim Khairat Kematian wajib membawa beberapa dokumen penting sebagai rujukan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Antara dokumen yang diperlukan ialah:
-Kad Pengenalan Asal Waris
– Sijil Kematian ASAL/salinan yang boleh diambil dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
– Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan waris seperti surat beranak dan sijil nikah.
– Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan wakil / waris
KES LUAR JANGKA : WARIS MENINGGAL DUNIA
Anda perlu mengisi Borang Kemas Kini Maklumat Waris (BK-20); dan kemukakan ke Lembaga Hasil Dalam Negeri yang berhampiran. Hubungan waris baru yang dibenarkan
Jika anda waris yang diletakkan namanya mempunyai kesukaran untuk datang ke pejabat Bank Simpanan Nasional . Contohnya tinggal di luar negara atau sakit tenat . Anda perlu lakukan perkara ini :
Waris asal yang masih hidup perlu memberi keizinan pertukaran kepada waris baru. Waris baru boleh membuat kemas kini maklumat waris dengan mengemukakan surat keizinan pertukaran waris daripada waris asal.
URUSAN DI BANK SIMPANAN NASIONAL
1.Lengkap borang yang diberikan. Biasanya butiran diri penerima dan waris diperlukan.
2.Berikan dokumen asal dan salinan yang diperlukan untuk pengesahan pihak bank.
3.Pastikan anda menerima wang berjumlah RM1000
TIPS PENTING DALAM URUSAN MENUNTUT SKIM KHAIRAT KEMATIAN 2020
Jika wang bayaran pertama,kedua yang masuk ke dalam akaun Bank Simpanan Nasional belum dituntut oleh penerima yang meninggal dunia, Bank Simpanan Nasional akan berikan satu tuntutan dan borang akaun sumpah yang perlu anda lengkapkan.
Tujuan akuan sumpah ini adalah untuk menuntut wang di dalam bank si mati di bawah RM5000 . Anda perlu membuat akaun sumpah di Pejabat Tanah/ Mahkamah. Bayaran dikenakan sebanyak RM4.
Bank Simpanan Nasional juga akan meminta anda mendapat pengesahan maklumat bank anda untuk tujuan pemindahan wang daripada akaun bank si mati kepada akaun waris.
Jadi lebih baik anda bawa terus pengesahan daripada bank yang anda ingin pindahkan wang tersebut.
Urusan akan lebih rumit jika bank yang anda pilih bank selain Bank Simpanan Nasional. Banyak borang perlu diisi dan pengesahan yang diperlukan.
Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Sara Hidup Rakyat 2020, sila lihat FAQ yang disediakan atau hubungi:
Sekretariat BSH,
Pejabat Belanjawan Negara,
Kementerian Kewangan Malaysia (MOF),
Presint 2, 62592 Putrajaya.
Hotline BSH LHDNM: 1-800-88-2747 – BSHR (waktu operasi: 9:00 pagi – 5:00 petang)
Hotline MOF: 03- 8882 4565 | 03- 8882 4566
E-mel Rasmi: [email protected]