PANDUAN MEMBELI HAND SANITIZER

PANDUAN MEMBELI HAND SANITIZER
PANDUAN MEMBELI HAND SANITIZER

Ekoran penularan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan ini, permintaan kepada penggunaan hand sanitizer juga semakin meningkat dek kesedaran dan kebimbangan masyarakat untuk mencegah penularan wabak Covid-19. Seakan menjadi kewajiban kepada orang ramai untuk memilikinya dan dibawa kemana-mana sahaja.

Oleh kerana situasi ini berterusan dan berpanjangan, banyak syarikat yang menjual hand sanitizer dan ada juga yang membuat sendiri untuk dijual.  Hal ini memerlukan kebijaksanaan anda untuk memilih hand sanitizer mana yang betul-betul berfungsi mennyahjangkitan kuman dan selamat digunakan.

APAKAH MAKSUD HAND SANITIZER?

Sejenis cecair, gel,buih yang berfungsi membasmi mikroorganisma. Penggunaan hand sanitizer adalah mudah,cepat dan ringkas tanpa menggunakan air dan sabun.Biasanya ia dijual di farmasi dan kedai runcit yang dalam pelbagai saiz botol.

APAKAH KANDUNGAN DALAM HAND SANITIZER?

Bahan utama adalah alkohol. Kita sedia maklum bahawa alkohol boleh membunuh kuman dan menghentikan vitus.

FAKTA PERTAMA – Berdasarkan panduan daripada World Health Organization (WHO), masyarakat disarankan menggunakan hand sanitizer dengan konsentrasi 60% alkohol.

FAKTA KEDUA – Berdasarkan Live Science, mengikut peraturan tahun 2019 oleh Food and Drugs Administration (FDA), sebuah produk hanya boleh digelar sebagai hand sanitizer apabila ia mengandungi ethyl alcohol (ethanol), isopropyl alcohol (isopropanol), atau benzalkonium chloride sebagai bahan utamanya.

JENIS-JENIS HAND SANITIZER

A)HAND SANITIZER ALKOHOL

B)HAND SANITIZER BUKAN BERASASKAN ALKOHOL

Untuk hand sanitiser yang bukan berasaskan alkohol ini mengandungi bahan kimia aktif seperti benzalkonium chloride atau triclosan.

Kandungan bahan kimia aktif benzalkonium chloride yang dibenarkan ialah 0.1% sahaja. Ini kerana pada dos yang tinggi, ianya boleh merengsa kulit dan menyebabkan iritasi kepada mata. Ianya juga berpotensi menggangu sistem pernafasan, pertahanan semulajadi badan dan saraf.

Bahan kimia aktif triclosan pula disarankan 2% dalam formulasi hand sanitizer. Namun, masih lagi kontravesi sehingga kini FDA telah menarik penggunaannya. Ini kerana keupayaannya yang boleh mengganggu sistem endokrin (aka hormon) badan.

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN HAND SANITIZER

KELEBIHAN HAND SANITIZER

1.Berkesan membunuh kuman jika kandungan alkohol adalah dalam julat 60-95%.

2.Mudah digunakan tanpa memerlukan air.

3.Mudah diperolehi dan tahan lama.

4.Harga yang murah dan mampu milik.

KEKURANGAN HAND SANITIZER

1.Banyak jenama tidak menepati kandungan minima (60%) yang disarankan oleh FDA.

2.Tidak mampu menanggalkan racun perosak (pesticides), kotoran, gris, minyak, warna, habuk yang melekat pada tangan.

3.Mudah terbakar

4.Kulit mudah kering.

SENARAI JENAMA HAND SANITIZER DI MALAYSIA

1. Melix Hand Sanitizer

2.Eages Aloe Vera Hand Sanitizer

3.Au Fairy Instant Hand Sanitizer

4.Antabax Instant Hand Sanitizer

5.Bath & Body Works PocketBac Hand Sanitizer

6.Skygel Hand Sanitizer Gel

7.Dettol Hand Sanitizer

8.Melilea Ecomind Hand Sanitizer

9.Skin Cottage Hand Sanitizer

10.BabyOrganix Naturally Kinder Hand Sanitizer

KESIMPULAN PANDUAN MEMBELI HAND SANITIZER

Pilih jenis sanitizer yang berasaskan alkohol dan yang mengandungi sekurang-kurangnya 60% alkohol dan  berbentuk gel kerana ianya kurang mengeringkan kulit. Jika tiada bekalan hand sanitizer, jangan panik,  basuh tangan anda menggunakan air dan sabun dengan cara yang betul.

 

Tags: #APAKAH KANDUNGAN DALAM HAND SANITIZER? #APAKAH MAKSUD HAND SANITIZER? #HAND SANITIZER BUKAN BERASASKAN ALKOHOL #JENIS-JENIS HAND SANITIZER #KEKURANGAN HAND SANITIZER #KELEBIHAN HAND SANITIZER #PANDUAN MEMBELI HAND SANITIZER #SENARAI JENAMA HAND SANITIZER DI MALAYSIA

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN Sebelum ini
    CARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB) Jika anda ingin membuat penstrukturan semula kewangan ekoran
    DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinDAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021   Kerajaan negeri Terengganu telah
    SKIM PINJAMAN PERUMAHAN(SPP): CARA PERMOHONAN PINJAMAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSKIM PINJAMAN PERUMAHAN(SPP): CARA PERMOHONAN PINJAMAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI Ingin

    Leave a reply "PANDUAN MEMBELI HAND SANITIZER"