PANDUAN MUDAH UNTUK KAUM LELAKI BELI BARANG ASAS

PANDUAN MUDAH UNTUK KAUM LELAKI BELI BARANG ASAS

PANDUAN MUDAH UNTUK KAUM LELAKI BELI BARANG ASAS

Nampak gayanya kaum lelaki perlu belajar dan mengambil alih peranan wanita yang sebelum ini membeli barang asas dapur untuk keperluan di rumah. Memang agak janggal sekali bagi anda yang tidak mempunyai pengalaman untuk membeli barang asas. Jom pelajari PANDUAN MUDAH UNTUK KAUM LELAKI BELI BARANG ASAS.

APAKAH BARANG ASAS KEPERLUAN?

Barang asas keperluan  terbahagi kepada dua.  Yang pertama adalah “BARANG KERING” dan yang kedua adalah “BARANG BASAH”. Anda kena beli kedua dua benda ini pada setiap bulan.

Di bawah ini saya akan senaraikan ke semua barang keperluan dapur yang biasa saya beli. Lain orang lain keperluan dan kehendak dia. Cumanya list barang keperluan dapur ini mungkin boleh menjadi panduan dan rujukan kepada anda yang baru pertama kali hendak belajar beli barang dapur rumah di pasaraya nanti.

Barang Keperluan Dapur Rumah (Kering)

Gas memasak, beras, tepung gandum, gula pasir, garam, ajinomoto, serbuk kunyit, serbuk kari, serbuk kurma, tin sardin, perencah sup bunjut, perencah tomyam, tin susu pekat manis, sabun basuh baju, sabun basuh cuci pinggan, bihun, bawang merah, bawang putih, bawang besar, cili kering, kulit kayu manis, kicap, sos cili, sos tiram, minyak masak, uncang teh, milo, biskut, roti, telur, maggie dan lain lain.

Barang Keperluan Dapur Rumah (Basah)

Ikan, ayam, sotong, udang, daging, kerang, sayur sayuran, cili api, cili hijau/merah, santan, nugget, kunyit hidup, lengkus, asam jawa dan lain lain

SENARAI BARANG KEPERLUAN ASAS YANG MUNGKIN ANDA TERSALAH BELI

1.DAUN SUP DAN DAUN KETUMBAR

Daun ketumbar – biasanya lebih kembang dan batangnya lebih pendek berbanding daun sup.

2.HALIA DAN LENGKUAS

Urat lengkuas lebih jelas, urat halia macam tersorok balik kulit. Lengkuas kembangnya jarak-jarak manakala halia gemuk dan rapat-rapat.

 3.KUCAI DAN DAUN BAWANG

Bezanya pada daun. Kucai halus-halus orang buat masak dengan char kueh teow. Daun bawang ni tebal dan lohong.

4.SOS CILI DAN SOS TOMATO

Kena hati-hati memilih, biasanya kalau anda hendak cepat, akan terambil sos tomato, padahal isteri suruh beli sos cila.

5.KICAP MANIS DAN KICAP MASIN

Yang ini jangan main-main, boleh bawak bergaduh dengan isteri jika anda silap membelinya. Untuk pengetahuan anda, penggunaannya juga berbeza. Jangan ingat semua kicap sama sahaja.

6.SUSU PEKAT DAN SUSU CAIR

SUSU SEJAT PENUH KRIM (EVAPORATED FULL CREAM MILK)

-Susu yang telah disejatkan airnya, lebih dikenali sebagai susu cair oleh orang kita.

SUSU PEKAT MANIS PENUH KRIM (SWEETENED CONDENSED FULL CREAM MILK)

-Susu yang telah disejatkan airnya menjadi lebih pekat dan ditambah gula. Kebiasaanya ramuan utama bukan susu tapi GULA. Untuk buat air.

Ada banyak lagi contoh-contoh kekeliruan dan kesilapan yang tidak disengajakan semasa membeli barang keperluan asas yang biasa berlaku. Paling penting anda hendaklah bertenang dan berbincang dengan isteri serta buat checlist untuk membeli barang keperluan asas. Untuk kaum wanita pula, bantulah suami dengan memberi arahan yang jelas dan lengkap untuk memudahkan suami anda membeli barang keperluan harian.

Tags: #APAKAH BARANG ASAS KEPERLUAN? #Barang Keperluan Dapur Rumah (Basah) #Barang Keperluan Dapur Rumah (Kering) #PANDUAN MUDAH UNTUK KAUM LELAKI BELI BARANG ASAS #SENARAI BARANG KEPERLUAN ASAS YANG MUNGKIN ANDA TERSALAH BELI

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    GKP 2.0:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinGKP 2.0:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN APA ITU GKP 2.0 Bantuan
    GERAN KHAS PRIHATIN 2.0: SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PERMOHONAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinGERAN KHAS PRIHATIN 2.0: SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PERMOHONAN Bagi anda yang ingin
    CARA KEMASKINI BPN 2.0
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCARA KEMASKINI BPN 2.0 Untuk makluman bayaran BPN 2.0 fasa pertama akan
    CARA DAFTAR BPN 2.0
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCARA DAFTAR BPN 2.0 Jika anda tidak pernah buat permohonan BPN pertama

    Leave a reply "PANDUAN MUDAH UNTUK KAUM LELAKI BELI BARANG ASAS"