PANDUAN SELAMAT KELUAR RUMAH UNTUK BELI BARANG

PANDUAN SELAMAT KELUAR RUMAH UNTUK BELI BARANG
PANDUAN SELAMAT KELUAR RUMAH UNTUK BELI BARANG

Ekoran penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia dan tindakan kerajaan mengarahkan Perintah Kawalan Pergerakan, semua rakyat Malaysia memerlukan panduan selamat untuk keluar rumah bagi membeli barang keperluan. Berikut adalah panduan selamat untuk keluar rumah :

PERALATAN  PERLINDUNGAN DIRI (PPE)

1.Topeng muka (Face mask) – sebenarnya keutamaan memakai topeng muka adalah untuk pekerja kesihatan dan orang yang tidak sihat sahaja, tetapi jika anda mempunyai bekalan topeng muka yang lebih, lebih baik anda memakainya untuk mengelakkan sebarang risiko.

2.Sarung tangan getah (Gloves) – pakai yang masih belum digunakan, sarung tangan ini penting untuk mengelakkan sentuhan langsung tangan kita kepada barang-barang yang berisiko ada kesan virus. Buang terus sarung tangan selepas digunakan.

3.Pakai pakaian yang biasa dan mudah cuci – tujuan utama kita keluar adalah untuk beli barang keperluan, jadi tidak perlu kita melawa dan bergaya sakan sebab selepas balik ke rumah kita kena rendam dalam sabun dan cuci pakaian tersebut. Jadi mudahkan kerja anda.

4.Shopping bag – sebolehnya kita elakkan menggunakan trolley sebab banyak pengguna lain yang menggunakan trolley, jadi agak berisiko jika anda menggunakannya. Sebaiknya bawa 2 shopping bag, 1 untuk barang yang kering, 1 lagi untuk barang yang basah.

5.Kenderaan – elakkan menggunakan pengangkutan awam, jika ada 2 kereta, pilih kereta yang kecil sahaja atau kereta yang tidak digunakan untuk bawa keluarga.

6.Hand Sanitizer – jangan lupa bawa hand sanitizer untuk digunakan.

 

BELI BARANG DI SHOPPING MALL/SUPERMARKET

1.Pilih mall yang kurang sesak – untuk mengelakkan risiko, jadi jangan pergi ke tempak yang sesak dan ramai orang.

2.Jaga jarak anda dengan orang lain atau social distancing – ini yang paling penting, beratur dengan jarak yang selamat adalah keutamaan yang penting kita amalkan bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19.

3.Elak menggunakan lif – kita kena faham suasana yang sempit dalam lif dan perlu menekan butang lif merupakan risiko yang perlu kita elakkan.

4.Elak pegang handrail/ pintu – dalam keadaan sekarang, lebih baik kita berhati-hati

5.Senarai barang perlu disediakan dirumah lagi – Dalam situasi sekarang, masa perlu diurus dengan bijak bagi mengelakkan risiko lama berada di shopping mall / supermarket. Jangan ada lagi drama call isteri tanya nak beli barang apa.

6.Ambil barang yang belakang dan terlindung sedikit – mungkin yang kat depan tu orang lain dah pegang dan sentuh.

7.Bayaran secara guna kad debit/eWallet – elakkan guna wang tunai, pegang sendiri kad dan tak perlu minta bantuan cashier.

SELEPAS MEMBELI BARANG DI SHOPPING MALL/SUPERMARKET

1.Buka sarung tangan dan buang di tempat yang sepatutnya

2.Sanitize tangan dan shopping bags

3.Simpan barang dalam boot

DALAM KENDERAAN

Sebelum anda keluar kenderaaan, sanitize dahulu part-part dalam kenderaan yang anda pegang dan sentuh – stereng, gear knob, aircond switch, signal stick, start/stop button, seatbelt and pemegang untuk bukak pintu.

MASUK KE DALAM RUMAH

1.Jangan pegang dan sentuh keluarga anda.

2.Bawa barang dan letakkan pada satu tempat.

3.Letak barang seperti kunci kereta,jam, telefon pintar dan wallet dalam satu bekas untuk disanitize.

4.Minta bantuan isteri untuk sanitize atau basuh barang yang dibeli.

5.Rendam baju dan seluar yang dipakai tadi dengan menggunakan sabun.

6.Mandi dengan menggunakan sabun

7.Boleh bergaul dengan anak isteri .

KESIMPULAN

Ini adalah usaha kita untuk mengelakkan diri daripada penularan wabak Covid-19. Setelah berusaha dengan sebaiknya, kita hanya berserah dan bertawakkal kepada Allah S.W.T. Semoga PANDUAN SELAMAT KELUAR RUMAH UNTUK BELI BARANG dikala wabak COVID-19 memberi manfaat kepada anda.

 

 

Tags: #BELI BARANG DI SHOPPING MALL/SUPERMARKET #COVID-19 #PANDUAN SELAMAT KELUAR RUMAH UNTUK BELI BARANG #Perintah Kawalan Pergerakan #SELEPAS MEMBELI BARANG DI SHOPPING MALL/SUPERMARKET

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    LOG MASUK CIMS 3.0(miti.gov.my):PERMOHONAN SYARIKAT BEROPERASI SEMASA PKP
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinLOG MASUK CIMS 3.0(miti.gov.my): PERMOHONAN SYARIKAT BEROPERASI SEMASA PKP Kepada syarikat yang
    HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN 2021:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN (epenawaran.moe.gov.my)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinHADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN 2021:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN (epenawaran.moe.gov.my) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
    LESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA(LMTS) 2021:PERMOHONAN LESEN PERCUMA 
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinLESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA(LMTS) 2021:PERMOHONAN LESEN PERCUMA  Program lesen motosikal percuma diteruskan
    BONUS PENJAWAT AWAM & PESARA 2021:TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS PENJAWAT AWAM
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinBONUS PENJAWAT AWAM & PESARA 2021:TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS PENJAWAT AWAM Kepada

    Leave a reply "PANDUAN SELAMAT KELUAR RUMAH UNTUK BELI BARANG"