Kad PAT-G Cara Daftar Akaun Semak Permohonan Baru Renew

PAT-G Cara Daftar Akaun Semak & Download Apps Digital

Kad PAT-G atau Permit Autoriti Transaksi Getah adalah permit yang dikeluarkan oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk membenarkan pekebun kecil menjual getah. Permohonan PAT-G kini boleh dilakukan secara digital.

PAT-G

Objektif PATG

  • Memperkenalkan sistem pengenalan kepada pekebun kecil getah warganegara Malaysia.
  • Memberi kebenaran sah untuk menjual getah.
  • Mengurangkan kes kecurian getah di peringkat kebun.
  • Membangunkan pangkalan data profil pekebun kecil getah.
PAT-G digital

Syarat-syarat Permohonan PATG

  • Warganegara Malaysia (MyKad warna biru sahaja).
  • Memiliki atau mengusahakan kebun getah tidak melebihi 40.6 hektar.
  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Kebun getah telah matang.

Siapa Yang Perlu Memiliki PATG? Individu yang memiliki atau mengendalikan satu ladang getah atau lebih tidak melebihi 40.6 hektar dalam satu Negeri.

Cara Muat Turun Aplikasi PATG

Cara Pendaftaran Akaun PAT-G Digital

  1. Pilih daftar dan isi maklumat lengkap.
  2. SMS pautan pengesahan akan dihantar ke nombor telefon yang didaftarkan.
  3. Klik pautan SMS untuk mengesahkan pendaftaran.
PAT-G daftar
daftar PAT-G

Cara Permohonan Baru PATG

  1. Pilih daftar PATG.
  2. Isi maklumat pekebun dan maklumat tanah dengan lengkap.
  3. Muat turun dokumen hasil carian.
  4. Hantar permohonan setelah lengkap.
Permohonan Baru PATG
Permohonan Baru PATG
Permohonan Baru PATG
Permohonan Baru PATG

Cara Permohonan Pembaharuan PAT-G

  1. Pilih “Profil” di laman utama.
  2. Pilih ikon PATG.
  3. Pilih PATG yang ingin diperbaharui.
  4. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  5. Hantar permohonan pembaharuan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Web Lembaga Getah Malaysia atau hubungi:

Malaysian Rubber Board
18th Floor Bangunan Getah Asli (Menara)
148 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Tel: 603-9206 2000
Fax: 603-2163 4492
Email: [email protected]

Artikel Lain > PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA(BORANG BMT)

Leave a Comment