PEMBAYARAN TUNAI BPN DI BSN

PEMBAYARAN TUNAI  BPN DI BSN

PEMBAYARAN TUNAI BPN DI BSN
Jika anda lulus BPN tetapi mempunyai masalah seperti akaun bank tidak aktif atau tersilap mengisi nombor akaun bank atau tidak mempunyai maklumat akaun bank, maka status pembayaran BPN anda  GAGAL KREDIT.

MAKSUD GAGAL KREDIT

GAGAL KREDIT bermaksud pembayaran Bantuan Prihatin Nasional(BPN) tidak berjaya dimasukan ke dalam akaun bank penerima. Penerima perlu menerima pembayaran tunai di Bank Simpanan Nasional(BSN).

SEMAKAN NOMBOR BAUCAR BPN FASA 2

Jika anda ingin pastikan anda boleh layak menerima PEMBAYARAN TUNAI BPN DI BSN,cuba buat semakan nombor baucar BPN Fasa 2 :

  • Layari https://bpn.hasil.gov.my
  • Anda kini berada di bahagian Semakan Status
  • Masukkan Nombor MyKad di ruangan tertera
  • Pastikan tidak masukkan dash atau sempang (-)
  • Contohnya, jika Nombor Kad Pengenalan ialah 770505-14-5555, masukkan 770505145555 sahaja
  • Tekan butang Cari
  • Anda kini sudah masuk ke dalam sistem BPN untuk semakan no baucer
  • Anda akan lihat maklumat berikut:
  • Nama
  • Fasa
  • Jumlah Bayaran
  • Status Kredit
  • Tarikh Tunai
  • Nama Tunai Bank
  • No Akaun Bank
  • Kod Tidak Berjaya
  • No Baucar
  • Sila beri perhatian pada No Baucar BPN
  • Jika No Baucer BPN masih belum keluar, sila tunggu dengan penuh kesabaran

PEMBAYARAN TUNAI DI BSN BAGI BPN FASA 2

Bayaran Fasa Kedua bagi penerima yang tiada akaun bank atau berstatus Gagal Kredit, penerimaan bayaran secara tunai boleh dibuat di BSN mulai 14 Mei sehingga 31 Disember 2020.  Ini dianggarkan akan membabitkan 800,000 penerima dengan peruntukan RM300 juta.

Jika anda ahli keluarga anda peneroka, baca :

SEMAKAN & TARIKH BANTUAN KHAS AIDILFITRI RM300 UNTUK PENEROKA FELDA, FELCRA, RISDA

Bayaran secara tunai kepada penerima:

  • Tiada akaun bank
  • Bayaran BPN gagal dikredit ke akaun penerima

Anda dinasihatkan untuk membuat semakan kelayakan masing-masing secara atas talian terlebih dahulu melalui laman berikut:

  • Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia – http://www.hasil.gov.my
  • Bantuan Sara Hidup (BSH) – https://bsh.hasil.gov.my
  • Kementerian Kewangan Malaysia – https://www.treasury.gov.my

MAKLUMAN KEPADA PELANGGAN PEMBAYARAN TUNAI BPN DI BSN

  • Penerima perlu membawa kad pengenalan ketika menerima bayaran tunai di Cawangan BSN.
  • Pihak BSN ingin menegaskan agar setiap pelanggan mempraktikkan penjarakan sosial sejauh 1 meter dan memakai topeng muka semasa melakukan transaksi perbankan di premis Cawangan BSN.

Bagaimanakah cara untuk saya membuat pengeluaran Bantuan Prihatin Nasional, (BPN)?

Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda yg didaftarkan di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Pengeluaran tunai boleh dibuat melalui saluran seperti tertera di bawah:

ATM BSN / MEPS

Mulai jam 8 pagi hingga 8 malam. Pengeluaran wang tunai juga boleh dibuat di semua ATM rangkaian MEPS di seluruh negara yang mana caj RM1 bagi urus niaga pengeluaran tunai antara bank di semua ATM dikecualikan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Kaunter BSN di seluruh Malaysia

Mulai jam 9 pagi hingga 3 petang bagi penerima BPN melalui akaun BSN yang tiada kemudahan kad Debit BSN. Bagi Sabah dan Sarawak, operasi kaunter bermula jam 8.30 pagi hingga 2.30 petang.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN di talian 1300-88-1900.

 

Tags: #MAKLUMAN KEPADA PELANGGAN PEMBAYARAN TUNAI BPN DI BSN #MAKSUD GAGAL KREDIT #PEMBAYARAN TUNAI  BPN DI BSN #PEMBAYARAN TUNAI DI BSN BAGI BPN FASA 2 #SEMAKAN NOMBOR BAUCAR BPN FASA 2

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    KEMPEN E-DAGANG PENJANA : CARA DAFTAR & SENARAI MANFAAT UNTUK USAHAWAN PKS
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinKEMPEN E-DAGANG PENJANA : CARA DAFTAR & SENARAI MANFAAT UNTUK USAHAWAN PKS
    BANCI 2020/eCENSUS : CARA DAFTAR,LOG MASUK & JAWAB SOALAN SELIDIK ONLINE
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinBANCI 2020/eCENSUS : CARA DAFTAR,LOG MASUK & JAWAB SOALAN SELIDIK ONLINE APA
    SKIM PEMBIAYAAN MUDAH JAYA SPiM PENJANA : CARA PERMOHONAN ONLINE
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSKIM PEMBIAYAAN MUDAH JAYA SPiM PENJANA : CARA PERMOHONAN ONLINE APA ITU
    TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK 2020 : CARA & BORANG PERMOHONAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinTABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK 2020 : CARA & BORANG PERMOHONAN APA
    1. author

      Md safuan bin ismail3 weeks ago

      Xda no siri

      Reply

    Leave a reply "PEMBAYARAN TUNAI BPN DI BSN"