PENDAFTARAN MyBPR:CARA DAFTAR,PERMOHONAN BARU,KEMASKINI BPR SEHINGGA 25 FEBRUARI 2021(Jika Tidak Lulus BPR)

PENDAFTARAN MyBPR:CARA DAFTAR,PERMOHONAN BARU,KEMASKINI BPR SEHINGGA 25 FEBRUARI 2021(Jika Tidak Lulus BPR)

PENDAFTARAN MyBPR

Jika anda telah atau belum membuat permohonan BPR,berikut adalah tarikh terkini PENDAFTARAN MyBPR 2021 iaitu dilanjutkan sehingga 25 Februari 2021.

TARIKH ASAL PERMOHONAN BPR DIBUKA

15 Januari 2021 sehingga 15 Februari 2021.

TARIKH TERKINI PERMOHONAN BPR DILANJUTKAN

15 Januari 2021 sehingga 25 Februari 2021.

FAKTOR UTAMA PENDAFTARAN MyBPR DILANJUTKAN

Bagi memastikan BPR akan diterima oleh mereka yang benar-benar layak, serta mengambil kira Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di hampir seluruh negara pada ketika ini.

SIAPAKAH YANG LAYAK BUAT PENDAFTARAN MyBPR?

Hanya pemohon yang tidak pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 atau Bantuan Prihatin Nasional (BPN) B40 serta isirumah berpendapatan RM5,000 dan ke bawah sebulan perlu membuat permohonan baharu.

Golongan  mudah terjejas baharu yang layak memohon akibat perubahan status pendapatan mereka ekoran impak penularan Covid-19.

Melalui proses pendaftaran baharu/kemaskini ini, sebahagian daripada mereka yang tidak lulus dan belum menerima BPR masih berpeluang untuk mengemukakan permohonan untuk diverifikasi semula.

ADAKAH PENERIMA BSH 2020 DAN BPN B40 PERLU BUAT KEMASKINI?

Penerima BSH 2020 & BPN B40 Yang Lulus Tidak Perlu Membuat Pendaftaran Baharu & Kemaskini Jika Tiada Perubahan Maklumat

CARA PENDAFTARAN MyBPR  

Untuk log masuk kali pertama MyBPR, anda perlu mendaftar MyBPR terlebih dahulu seperti berikut:

  1. Klik Menu MyBPR
  2. Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
  3. Maklumat Keselamatan
  4. Anda perlu menjawab 2 Soalan Keselamatan yang dipaparkan dengan tepat dan betul
    a) Soalan Keselamatan adalah berdasarkan Permohonan BPR 2021
    b) Sekiranya jawapan yang dimasukkan adalah salah, anda diberi 3 peluang untuk menjawab dengan jawapan yang betul
    c) Jika akaun telah disekat kerana salah menjawab soalan Rujuk Panduan Pengguna Daftar MyBPR
  5. Pendaftaran MyBPR (setelah berjaya menjawab 2 soalan keselamatan)a) Masukkan Kata Kunci Keselamatan yang mudah untuk diingati

 Format Kata Kunci Keselamatan adalah hanya huruf dan nombor sahaja. Aksara Khas / Simbol tidak dibenarkan

 Kata Kunci Keselamatan yang didaftarkan adalah sebagai pengesahan setiap kali anda Log Masuk MyBPR

b) Jawab 5 Soalan yang disediakan

 Anda boleh membuat pilihan soalan yang disediakan

 Jawapan yang didaftarkan akan digunakan untuk pengesahan apabila anda terlupa Kata Laluan

c) Pengesahan soalan dan jawapan yang telah dipilih akan dipaparkan dan semak. Sekiranya betul, klik butang Teruskan

d) Daftar Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan serta Klik butang Daftar

 Kata Laluan yang didaftarkan mesti mempunyai 8 aksara, mempunyai huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol

 Kata Laluan yang daftarkan perlulah mudah dan senang diingati

 Kata Laluan yang didaftarkan perlu dimasukkan setiap kali anda Log Masuk MyBPR

e) Paparan Mesej “Akaun Telah Berjaya didaftarkan. Sila Ke Halaman Log Masuk untuk ke Menu MyBPR”. Anda boleh Log Masuk MyBPR

Jika anda penerima BSH/BPN 2020,sila buat KEMASKINI BPR 2021 ONLINE

Jika anda bukan penerima BSH/BPN 2020,sila buat PERMOHONAN BPR 2021 ONLINE

CARA PERMOHONAN MyBPR

Klik portal rasmi BPR : https://bpr.hasil.gov.my Atau klik terus ke link permohonan  https://bpr.hasil.gov.my/PermohonanBPR.aspx

Terdapat 3 bahagian yang perlu dilengkapkan semasa mohon BPR 2021 secara online.

Permohonan BPR ini terbahagi kepada 3 bahagian yang boleh dilihat di bahagian atas laman iaitu:

  • Permohonan
  • Pengesahan
  • Hantar

BAHAGIAN A ( PERMOHONAN BPR)

  1. Sila lengkapkan Maklumat Pemohon seperti berikut:
  • No MyKad (tekan butang Semak untuk sahkan Nombor Kad Pengenalan)
  • Nama
  • Umur
  • Jantina
  • No Telefon Rumah
  • No Telefon Bimbit
  • Pekerjaan
  • Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon dan Pasangan)
  • Status Perkahwinan
  • Alamat
  • Poskod
  • Negeri
  • Bandar
  • Nama Bank
  • No Akaun Bank
  • Alamat Emel
  1. Pemohon juga dikehendaki muat naik dokumen sokongan seperti:
  • Sijil Kahwin
  • Sijil Cerai
  • Sijil Kematian Pasangan
  • Pengesahan Pasangan
  • Pengesahan Bank
  1. Klik Muat Naik
  2. Bagi Maklumat Wakil, sila pilih salah satu:
  • Ada Wakil
  • Tiada Wakil
  1. Klik Teruskan

BAHAGIAN B( PENGESAHAN PERMOHONAN BPR)

  1. Akan ada mesej “Untuk teruskan proses permohonan, sila isi Captcha dan tandakan pengakuan untuk paparkan bahagian Simpan / Hantar”
  2. Sila isi Captcha seperti yang tertera
  3. Klik Sahkan Captcha
  4. Di bahagian Akuan Pengesahan, sila tick ruangan tersebut( jika anda bersetuju dengan syarat permohonan)

BAHAGIAN C ( HANTAR PERMOHONAN BPR)

  1. Klik butang Hantar, akan ada pilihan untuk anda mendaftar akaun untuk membolehkan anda Log Masuk untuk melihat perincian
  2. Jika anda belum daftar BPR, klik Ya untuk mendaftar akaun BPR
  3. Rujuk CARA DAFTAR MyBPR
  4. Jika anda sudah daftar BPR seperti di atas, klik Tidak
  5. Sila CETAK borang permohonan BPR yang telah didaftarkan

SOALAN LAZIM PENDAFTARAN MyBPR

Semasa membuat pendaftaran MyBPR, saya telah tersilap menjawab soalan keselamatan dan paparan mesej “Anda telah gagal menjawab Soalan Keselamatan lebih dari 3 kali.Akaun anda telah disekat. Sila ke Cawangan LHDNM berdekatan untuk tindakan lanjut”. Apakah yang perlu saya lakukan?

Sekiranya akaun BPR anda telah disekat, anda boleh menghubungi talian Hotline BPR 1-800-88-2747 atau hadir ke LHDNM untuk set semula akaun BPR.

Selepas akaun BPR telah diset semula, anda perlu mendaftar semula MyBPR dan menjawab soalan keselamatan yang dipaparkan dengan tepat.

Saya telah berjaya daftar MyBPR, tetapi saya terlupa Kata Laluan semasa Log Masuk MyBPR. Apa tindakan yang perlu saya lakukan?Tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut:

  1. Anda boleh klik pada pautan Terlupa Kata Laluan dan tindakan adalah seperti berikut:
    a) Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) Dikeluarkan oleh: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
    b) Klik Butang Semak
    c) Jawab 3 Soalan Keselamatan yang telah didaftarkan dengan betul
    d) Masukkan Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan Baru
    e) Klik Butang Tukar Kata Laluan; atauii. Hadir ke LHDNM; atau

iii.Hubungi talian Hotline BPR 1-800-88-2747

Bilakah tarikh bayaran BPR Fasa 1 dijadualkan?

Pada Penghujung Februari 2021

Bilakah tarikh bayaran BPR Fasa 1 dijadualkan?

Bayaran Fasa 2 BPR dijangka dibuat awal bulan Mei 2021. Tempoh masa diperlukan untuk memproses permohonan yang diterima terutamanya permohonan baharu.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Layari https://bpr.hasil.gov.my/

Hotline BPR LHDNM: 1-800-88-2747

Hotline BPR MoF: 03-8882 4565/03-8882 4566

E-mel: [email protected]

Tags: #CARA PENDAFTARAN MyBPR #CARA PERMOHONAN MyBPR #FAKTOR UTAMA PENDAFTARAN MyBPR DILANJUTKAN #PENDAFTARAN MyBPR #SIAPAKAH YANG LAYAK BUAT PENDAFTARAN MyBPR? #SOALAN LAZIM PENDAFTARAN MyBPR #TARIKH TERKINI PERMOHONAN BPR DILANJUTKAN

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    PENGELUARAN BPR DI BSN(STATUS TIADA AKAUN/GAGAL KREDIT)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPENGELUARAN BPR DI BSN(STATUS TIADA AKAUN/GAGAL KREDIT) Jika anda penerima BPR yang
    BPR DALAM PROSES PENGKREDITAN(Maksud & Tindakan yang perlu dilakukan pemohon)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinBPR DALAM PROSES PENGKREDITAN(Maksud & Tindakan yang perlu dilakukan pemohon) Kepada penerima
    PERMOHONAN RAYUAN BPR FASA 2 BERMULA 15 HINGGA 30 JUN 2021
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPERMOHONAN RAYUAN BPR FASA 2 BERMULA 15 HINGGA 30 JUN 2021 Jika
    RAYUAN BPR:CARA BUAT RAYUAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT 2021(bpr.hasil.gov.my)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinRAYUAN BPR:CARA BUAT RAYUAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT 2021(bpr.hasil.gov.my) Pada 4 Mei 2021,
    1. author

      Faizal Bin Ramli3 months ago

      PENDAFTARAN MyBPR

      Reply

    Leave a reply "PENDAFTARAN MyBPR:CARA DAFTAR,PERMOHONAN BARU,KEMASKINI BPR SEHINGGA 25 FEBRUARI 2021(Jika Tidak Lulus BPR)"