CARA KUATKAN SIGNAL WIFI RUMAH (LINE SLOW & LEMBAB)

CARA KUATKAN SIGNAL WIFI RUMAH (LINE SLOW & LEMBAB)

CARA KUATKAN SIGNAL WIFI

Pernah tak terjadi kepada anda apabila anda connet kan wifi rumah anda pada handphone atau laptop anda, line internet terlalu slow dan lembab. Ini akan menyusahkan anda untuk dapatkan penggunaan internet bagi menyiapkan kerja anda.

Persoalannya macam mana untuk kuatkan signal wifi? Disini kami akan kongsikan kepada anda beberapa cara untuk kuatkan signal Wifi, semoga membantu.

 

SEMAK COVERAGE TALIAN INTERNET

Sebelum anda kuat signal wifi rumah anda, pastikan anda untuk membuat semakan coverage (liputan) talian internet supaya anda tahu jenama mana yang kuat sambungannya di tempat tinggal anda. Anda boleh dapatkan maklumat liputan melalui laman web rasmi, khidmat pelanggan, jiran atau carian online mengikut perkhidmatan telco yang anda gunakan.

 

PUNCA SIGNAL WIFI RUMAH SLOW & LEMBAB

Berikut adalah merupakan antara beberpa punca yang akan menyebabkan signal wifi di rumah anda menjadi slow iaitu:

  1. Router terlalu jauh
    • Router yang biasa dan berkuasa rendah selalunya mempunyai jarak signal sekitar 30 meter saja.
    • Lagi jauh anda dari router, lagi lemah sambungan WiFi. Kalau anda berada di luar jangkauan signal, besar kemungkinan anda tak dapat kesan pun WiFi tu.
  2. Halangan dalam rumah
    • Halangan yang ada di dalam rumah pun boleh melemahkan atau memotong signal router wayarles anda.
    • Bahan binaan seperti batu, logam, dan plaster akan menghalang signal dan menyebabkan ada tempat di rumah anda yang tak dapat sambungan WiFi.
  3. Gangguan frekuensi
    • Semakin ramai yang menggunakan WiFi di kawasan anda, semakin tinggi kemungkinan untuk terjadinya gangguan yang boleh melemahkan signal wayarles anda.
    • Gangguan terjadi kerana kebanyakan WiFi di rumah berdekatan beroperasi dalam frekuensi yang sama.
  4. Penumpang WiFi tak diundang
    • Penggunaan Wifi yang bukan dari pemilik rumah tetapi mereka yang secara diam-diam menggunakan WiFi anda.

 

CARA PERIKSA SIGNAL WIFI RUMAH

Pastinya untuk kuatkan signal, pastinya anda perlu menbuat pengujian dulu WiFi untuk pastikan memang terdapat masalah pada signal. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Troubleshoot dan reboot dulu sambungan internet
    • Untuk troubleshoot di computer, anda hanya perlu ikut arahan yang keluar semasa proses troubleshooting. Jika tak dapat troubleshoot, reboot pula router di rumah anda.
  2. Uji kelajuan internet menggunakan speedtest WiFi
    • Anda boleh menggunakan alat uji kelajuan internet secara online seperti guna speedtest M-Lab, TM, U-Mobile, Maxis atau lain-lain yang anda jumpa.
    • Sebaiknya gunakan 2 atau 3 yang berlainan untuk kepastian. Kalau speedtest WiFi kurang 50 – 70% dari kelajuan sepatutnya, anda boleh maklumkan kepada syarikat internet anda.

 

CARA KUATKAN SIGNAL WIFI RUMAH

Setelah anda melakukan periksa signal coverage anda, dan didapati bermasalah pada signal wifi, berikut adlaah merupakan cara kuatkan signal wifi kembali iaitu:

  1. Tukar lokasi / posisi router
    • Letakkan router di tempat yang tiada gangguan atau halangan dan dapat memberikan liputan yang maksimum untuk seisi rumah.
    • Elakkan daripada meletak router di belakang TV, perabot, objek logam, dinding tebal atau kelengkapan.
  2. Tukar antena pada router
    • Router yang biasanya anda dapat percuma tu biasanya hanya ada antena yang kecil dan menghantar signal pada kadar rendah.
  3. Gunakan antena USB
    • Kalau router anda tak mempunyai antena atau internet masih tak kuat selepas menukar antena, boleh dapatkan antena WiFi USB. Pasangkan pada komputer atau laptop untuk meningkatkan signal WiFi pada peranti anda.
  4. Gunakan WiFi booster / repeater / extender
    • Gajet ni anda boleh dapatkan pada harga yang berpatutan samada di Lazada atau Shopee.
    • Pastikan anda rujuk dulu manual yang disediakan untuk cara pemasangan dan parameter yang bersesuaian.
  5. Ganti dengan modem yang baru
    • Sekarang pun dah ada pelbagai jenis modem yang lebih canggih dan berkualiti. Antara jenama modem WiFi terbaik di rumah adalah TP Link, ZTE, Asus, Xiaomi, Huawei dan D-Link.
  6. Pilih WiFi 5Ghz
    • Kalau kita menggunakan WiFi berdekatan dengan router dan anda mempunyai pilihan untuk memilih 2.4Ghz atau 5Ghz. Pilih 5Ghz!
  7. Tukar password WiFi
    • Jadikan rutin untuk mengubah kata kunci WiFi, mungkin setiap 2 – 3 bulan.
  8. Guna WiFi Mesh
    • WiFi Mesh ni adalah sistem jaringan WiFi khas untuk rumah terlalu besar atau sederhana yang berdepan masalah signal WiFi tak stabil.
    • Banyak WiFi Mesh ni yang dijual kini antaranya Deco X6, TP Link AC 1200 dan Netgear Orbi Pro WiFi 6. Pilih je ikut bajet!

 

ARTIKEL LAIN

KENAPA LAPTOP / PC TAK BOLEH CONNECT HOTSPOT/WIFI ?

2 thoughts on “CARA KUATKAN SIGNAL WIFI RUMAH (LINE SLOW & LEMBAB)”

Leave a Comment