PENGELUARAN AKAUN 1 KWSP RM500 SEBULAN(i-SINAR)

PENGELUARAN AKAUN 1 KWSP RM500 SEBULAN(i-SINAR)

PENGELUARAN AKAUN 1 KWSP RM500 SEBULAN(i-SINAR)

 

APA ITU PENGELUARAN AKAUN 1 KWSP RM500 SEBULAN?

Kerajaan meluluskan pengeluaran simpanan Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebanyak RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan.

Nak tahu cara permohonan i-SINAR KWSP(AKAUN 1) ONLINE bermula bulan Disember 2020

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata ahli yang layak boleh memohon mulai Januari 2021 dengan jumlah pengeluaran sehingga RM6,000.

 

Mengambil kira kedua-dua inisiatif i-Lestari dan kemudahan pengeluaran Akaun 1, jumlah keseluruhan pengeluaran tunai adalah sehingga RM12,000.

 

Pengeluaran Akaun 1 KWSP dijangka meringankan beban kewangan kepada 600,000 ahli terjejas selain membantu mereka yang kehilangan pekerjaan.

Sebelum ini, kita dimaklumankan tentang cadangan pengeluaran akaun 1 KWSP sebanyak RM10,000.

Jadi hari ini semua rakyat Malaysia telah mendapat jawapan tentang jumlah pengeluaran akaun 1 KWSP yang dibenarkan oleh kerajaan daripada pembentang Bajet 2021.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baharu sahaja mengumumkan perincian dan kelayakan akses ke Akaun 1 bagi kemudahan i-Sinar.

 

PERMOHONAN PENGELUARAN AKAUN 1 KWSP RM500

Akan dikemaskini dalam masa terdekat.

 

KADAR CARUMAN MINIMUM KWSP 2021

Kadar caruman minimum KWSP pekerja dikurangkan daripada 11 peratus kepada sembilan peratus bermula Januari 2021.

 

PENGELUARAN AKAUN 2 KWSP UNTUK MEMBELI PRODUK PERLINDUNGAN INSURANS/TAKAFUL HAYAT/PENYAKIT KRITIKAL

Kerajaan akan membenarkan pengeluaran daripada Akaun 2 KWSP untuk membeli produk perlindungan insurans dan takaful hayat dan penyakit kritikal bagi diri sendiri dan keluarga.

Keputusan itu berikutan kadar penembusan insurans yang rendah di negara ini selain antara faktor yang menggugat keselamatan kewangan individu dan isi rumah.

 

SOALAN LAZIM PENGELUARAN AKAUN 1 KWSP 

Berapa jumlah wang yang dibenarkan untuk pengeluaran akaun 1 KWSP?

RM500 Sebulan

Berapa lama tempoh pengeluaran akaun 1 KWSP yang dibenarkan?

1 Tahun atau 12 bulan

Bilakah tarikh mula pengeluaran akaun 1 KWSP?

Bemula januari 2021

Adakah pengeluaran i-Lestari akaun 2 diteruskan?

Ya

Berapa lama tempoh pengeluaran i-Lestari KWSP dibenarkan?

1 Tahun atau 12 bulan

 

Bilakah tarikh mula pengeluaran i-Lestari KWSP?

Bemula januari 2021

Apabila pekerja diberhentikan, mungkin ramai yang mengharapkan pampasan daripada syarikat semata-mata seperti VSS atau MSS, sedangkan pekerja juga boleh claim bantuan atau elaun dari SIP PERKESO.

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sila layari portal KWSP atau sila ke laman facebook KWSP

 

34 thoughts on “PENGELUARAN AKAUN 1 KWSP RM500 SEBULAN(i-SINAR)”

Leave a Comment