PENGELUARAN BPR DI BSN(STATUS TIADA AKAUN/GAGAL KREDIT)

PENGELUARAN BPR DI BSN(STATUS TIADA AKAUN/GAGAL KREDIT)

PENGELUARAN BPR DI BSN

Jika anda penerima BPR yang tidak mempunyai akaun bank atau status pembayaran gagal kredit,anda perlu membuat pengeluaran BPR di BSN (Bank Simpanan Nasional).

PENGELUARAN BPR DI BSN

Saya telah membuat semakan dan maklumat pembayaran yang dipaparkan adalah Tiada Akaun. Apa perlu saya buat?

Sekiranya paparan di Portal Bantuan Prihatin Rakyat menunjukkan Tiada Akaun, pembayaran akan dilakukan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja.

Saya telah membuat semakan dan maklumat pembayaran yang dipaparkan adalah Tiada Akaun. Apa perlu saya buat?

Sekiranya paparan di Portal Bantuan Prihatin Prihatin menunjukkan status Gagal Kredit, pembayaran akan dilakukan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja.

Apa dokumen yang perlu dibawa untuk buat penunaian Bantuan Prihatin Rakyat di Bank Simpanan Nasional?

Penunaian boleh dibuat oleh penerima dengan membawa MyKad dan Nombor Baucar BPR yang dipaparkan pada Maklumat Pembayaran.

Bagaimana mahu buat semakan dan dapatkan Nombor Baucar?

Semakan Nombor Siri boleh dibuat di Portal Bantuan Prihatin Rakyat, https://bpr.hasil.gov.my

Bilakah tarikh yang dibenarkan untuk buat pengeluaran BPR di BSN di kaunter bank?

Duit BPR boleh diambil atau penunaian boleh dibuat di mana-mana kaunter BSN mulai 17 Mei 2021.

Sila ambil maklum, penerima hanya boleh hadir ke kaunter BSN setelah Nombor Baucar  wujud pada paparan Maklumat Pembayaran.

Selagi belum ada Nombor Siri, tidak perlu hadir ke BSN.

Bilakah tarikh akhir tuntutan bayaran secara tunai BPR boleh dibuat?

Penerima yang layak perlu membuat penunaian di Kaunter BSN selewat-lewatnya pada 31 Disember 2021.

Bolehkah suami ambilkan duit BPR bagi pihak isteri?

Perintah Kawalan Pergerakan hanya membenarkan ketua keluarga sahaja untuk keluar membuat urusan tertentu yang dibenarkan.

Justeru, dalam situasi begini, suami dibenarkan untuk hadir ke BSN semasa tempoh PKP bagi membuat buat pengeluaran BPR di BSN berdasarkan prosedur di Bank Simpanan Nasional.

Pastikan suami ada membawa Nombor Baucar yang wujud dalam portal BPR isteri.

Pihak BSN ada membuat semakan berkaitan Maklumat Suami melalui portal BPR.

Bolehkah wakil atau waris ambilkan duit BPN bagi pihak penerima yang Tiada Akaun / Gagal Kredit / sudah meninggal dunia / sakit uzur / kurang upaya / sakit berpanjangan atau mempunyai halangan untuk membuat penunaian di BSN?

Ya, boleh.

Wakil atau waris dibenarkan untuk membuat pengeluaran BPR di BSN bagi pihak penerima di mana-mana kaunter dan cawangan Bank Simpanan Nasional yang berdekatan.

Siapakah yang dibenarkan untuk menjadil wakil atau waris?

Wakil atau waris yang dibenarkan untuk membuat penunaian duit BPR adalah wakil atau waris yang telah didaftarkan semasa permohonan Bantuan Prihatin Rakyat(BPR)

Selain itu, wakil atau waris mestilah terdiri daripada hubungan berikut:

  • Ibu / Bapa
  • Pasangan
  • Anak
  • Adik-Beradik
  • Cucu

Bagi pembayaran BPR secara pengkreditan ke akaun bank, prosedur pengeluaran adalah tertakluk kepada terma dan syarat bank penerima yang telah didaftarkan.

Apa dokumen yang wakil atau waris perlu bawa untuk buat penunaian Bantuan Prihatin Rakyat di Bank Simpanan Nasional?

Dokumen yang perlu dikemukakan oleh wakil atau waris yang berdaftar bagi pembayaran BPR secara tunai adalah seperti berikut:

  • Sijil Kematian (asal atau salinan) penerima; atau
  • Kad pengenalan (asal atau salinan) penerima; dan
  • Kad pengenalan (asal) wakil; dan
  • Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan wakil atau waris.

Dokumen sokongan yang mana berkaitan:

a) Surat Pengesahan daripada Penjara / Pusat Serenti (jika penerima berada di Penjara atau Pusat Serenti); atau

b) Surat Pengesahan Majikan sebagai bukti penerima berada di luar negara kerana menjalankan tugas; atau

c) Surat pengesahan hospital jika penerima menerima rawatan di hospital; atau

d) Surat pengesahan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) / Pengusaha Rumah Jagaan; atau

e) Surat kebenaran / pengesahan daripada hospital / klinik / Ketua Kampung / Ketua Kawasan dan ke atas bagi penerima yang uzur (tidak berdaya untuk bergerak); atau

f) Kad OKU asal.

Dokumen perlu dibawa wakil atau waris untuk penunaian BPR di BSN

Suami adalah penerima BPR. Bolehkan saya sebagai wakil atau waris layak untuk menerima duit BPR?

Ya, layak.

Dalam situasi ini, suami ialah seorang penerima Bantuan Prihatin Rakyat  yang telah lulus tetapi telah meninggal dunia.

Oleh hal yang demikian, wakil atau waris yang berdaftar dalam permohonan yang diisi dalam Maklumat Waris boleh hadir ke BSN untuk penunaian duit BPR.

Saya bukan warganegara Malaysia tetapi menetap di Malaysia. Adakah saya boleh menjadi wakil untuk ambilkan duit BPR?

Ya, boleh.

Jika anda bukan warganegara Malaysia tetapi menetap di Malaysia, anda layak menjadi wakil untuk buat pengeluaran BPR di BSN.

Namun, hanya sekiranya hubungan anda dan penerima adalah terdiri daripada hubungan berikut:

  • Ibu
  • Bapa
  • Pasangan
  • Anak
  • Adik-beradik
  • Cucu

Adakah wakil atau waris dibenarkan membuat penunaian bagi penerima yang sakit, uzur atau merupakan warga emas yang tidak boleh berjalan dan menghadirkan diri ke BSN?

Ya, boleh.

Wakil atau waris yang berdaftar boleh hadir ke BSN untuk membuat penunaian dengan membawa bersama dokumen yang berkaitan.

Sila rujuk senarai dokumen yang perlu dibawa untuk pengesahan.

Adakah wakil atau waris dibenarkan membuat penunaian bagi penerima Bujang?

Ya, boleh.

Namun, dengan syarat penerima Bujang ini tidak mempunyai wakil atau waris yang didaftarkan semasa permohonan.

Mana-mana wakil yang dimohon oleh penerima untuk membuat penunaian bagi pihak Bujang boleh membuat penunaian di mana-mana kaunter BSN mengikut prosedur di BSN.

Wakil atau waris perlu mengemukakan dokumen berikut Kad Pengenalan (asal) penerima BPR.

Adakah wakil atau waris dibenarkan membuat penunaian bagi penerima OKU?

Ya, boleh. Namun, dengan syarat penerima OKU ini tidak mempunyai wakil atau waris yang didaftarkan semasa permohonan.

Mana-mana wakil yang dimohon oleh penerima untuk membuat penunaian bagi pihak OKU boleh membuat penunaian di mana-mana kaunter BSN mengikut prosedur di BSN.

Wakil atau waris perlu mengemukakan dokumen berikut Kad Pengenalan OKU (asal) dan Kad OKU (asal) penerima BPR.

 

Tags: #CARA PENGELUARAN BPR DI BSN #PENGELUARAN BPR DI BSN #PENGELUARAN BPR FASA 2 DI BSN

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    BORANG RAYUAN BPR 2021:MUAT TURUN & CETAK(CARA ISI BORANG)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinBORANG RAYUAN BPR 2021:MUAT TURUN & CETAK(CARA ISI BORANG) Kepada individu dan
    RAYUAN BPR:CARA BUAT RAYUAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BORANG RAYUAN BPR 2021)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinRAYUAN BPR:CARA BUAT RAYUAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BORANG RAYUAN BPR 2021) Pada
    BPR TAMBAHAN:SEMAKAN & TARIKH BAYARAN BANTUAN ISI RUMAH & BUJANG
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinBPR TAMBAHAN:SEMAKAN & TARIKH BAYARAN BANTUAN ISI RUMAH & BUJANG Kerajaan akan
    BPR DALAM PROSES PENGKREDITAN(Maksud & Tindakan yang perlu dilakukan pemohon)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinBPR DALAM PROSES PENGKREDITAN(Maksud & Tindakan yang perlu dilakukan pemohon) Kepada penerima
    1. author

      Iswardi bin Zulkiplee1 month ago

      Kad bank hilang

      Reply
    2. author

      Sitihasnah binti abdullah1 month ago

      Kenapa status Saya bpr Saya tidak lulus

      Reply
    3. author

      Zulkfli bin jaffar1 month ago

      Status gahal6

      Reply
    4. author

      Mohamad Amierrudin1 month ago

      SEMASA NAK PENGELUARAN BPR BOLEHKAH SAYA NAK BUAT KAD BANK TERUS. PASAL SAYA ADA BACA S.T BOLEH BUAT KAD BANK DENGAN TAMBAH RM12 KE RM14 UNTUK BUAT KAD BANK BARU. TAPI SETIAP KALI SAYA KELUARKAN BPR MESTI ORANG BANG CAKAP TUNGGU ABIS ‘PKP’ .. SAYA SAMPAI NAIK BENGANG.. NAK TUNGGU DAH LAMA SAYA TUNGGU TAPI TAK BOLEH BUAT GAK KAD BANK.. BOLEH KAH BANTU SAYA SUPAYA SAYA BOLEH BUAT KAD BANK SAMPAI BOLEH DAPAT KAD BANK???

      Reply
    5. author

      Nor fazylah binti ismail4 weeks ago

      Status bpr fasa 2 saya lulus tapi gagal kredit/mixmatch named…bolehkah saya ambil di kaunter Bsn atau menunggu no bauncer…kerana tidak tertera no baucer…terima kasih…fasa 1 masuk ke akaun bsn saya kerana maklumat bank,akaun bank saya…

      Reply

    Leave a reply "PENGELUARAN BPR DI BSN(STATUS TIADA AKAUN/GAGAL KREDIT)"