PANDUAN PERMOHONAN PENGELUARAN i-CITRA KWSP ONLINE

PANDUAN PERMOHONAN PENGELUARAN i-CITRA KWSP ONLINE

PENGELUARAN i-CITRA KWSP

Bagi mereka yang layak  dan ingin mengeluarkan caruman di dalam Akaun 2/ 1, anda boleh mula membuat permohonan pengeluaran  i-CITRA KWSP bermula 12 Julai 2021.

Seperti yang diumumkan oleh KWSP sebelum ini, i-CITRA  membenarkan pengeluaran sehingga RM5,000 bagi mereka yang layak.

Untuk makluman, pengeluaran i-CITA KWSP tidak mempunyai syarat dan  kategori  seperti i-SINAR KWSP.

Untuk mereka yang layak,ahli KWSP tidak perlu mengemukakan dokumen sokongan untuk memohon tetapi hanya perlu membuat permohonan sahaja kepada KWSP.

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN I-CITRA KWSP

Berikut adalah  syarat kelayakan untuk pengeluaran bagi mereka yang layak:

  • Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan;
  • Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

 

PENGELUARAN i-CITRA KWSP

CARA PERMOHONAN I-CITRA KWSP

Mereka yang layak  boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari portal rasmi i-Citra https://icitra.kwsp.gov.my/
  2. Tekan butang PERMOHONAN.
  3. Baca notis yang dipaparkan. Tekan butang TUTUP.
  4. Masukkan nombor Mykad / MyPR dan lain-lain
  5. Pilih kod nombor telefon bimbit yang tersenarai.
  6. Masukkan nombor telefon bimbit yang aktif.
  7. Tekan butang TERUSKAN
  8. Tunggu nombor OTP yang akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon bimbit yang anda masukkan tadi.
  9. Masukkan nombor OTP tersebut.
  10. Tekan butang SAHKAN OTP
  11. Jawab soalan keselamatan sekiranya tertera untuk pengesahan.
  12. Jika semuanya berjalan lancar, anda akan berjaya login ke dalam sistem i-Citra.
  13. Pilih Amaun Pilihan, amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM 5,000.
  • Anda akan dapat lihat amaun kelayakan keseluruhan yang anda boleh keluarkan
  1. Gerakkan slider yang bulat itu ke kiri dan ke kanan untuk memilih jumlah amaun yang dikehendaki.
  • Jika anda ingin keluarkan amaun maksimum iaitu RM 5,000, tarik slider ke hujung sebelah kanan
  1. Jadual bayaran akan dipaparkan. Bayaran yang ditetapkan adalah maksimum RM 1,000 sebulan atau tertakluk kepada baki simpanan anda.
  • Setelah itu anda akan dapat lihat bayaran bulan pertama dan seterusnya iaitu : Bayaran bulan kedua, ketiga, keempat dan kelima
  1. Tekan butang TERUSKAN.
  2. Teruskan dengan melengkapkan Maklumat Permohonan
  • Isikan nama penuh seperti dalam Kad Pengenalan
  • Isikan nombor MyKad
  • Isikan nombor telefon bimbit
  • Isikan alamat email
  • Isikan alamat rumah
  • Isikan poskod
  • Isikan bandar
  • Pilih negeri
  1. Teruskan cara mohon i-Citra ini dengan melengkapkan Maklumat Pembayaran
  2. Pilih Bank untuk permohonan pengeluaran i-Citra online.
  3. Masukkan nombor akaun bank (Simpanan/Semasa) yang dipilih tadi
  4. Pastikan nombor akaun bank tersebut masih aktif dan tiada ada sebarang kesalahan.
  5. Tekan butang TERUSKAN.
  6. Teruskan dengan menyemak Maklumat Permohonan & Pembayaran
  7. Tick kotak Perakuan Terma & Syarat untuk persetujuan
  8. Tick ‘saya bukan robot’ bagi meneruskan permohonan pengeluaran online
  • Akan keluar 16 petak gambar untuk dipilih
  • Ikut arahan untuk pilih semua petak yang mengandungi sesuatu gambar yang ditentukan.
  • Contohnya, gambar lampu isyarat, lintasan pejalan kaki, gunung atau bukit dan lain-lain lagi.
  • Jika tidak ada gambar, klik langkau
  • Pastikan pilihan semua selesai
  • Klik hantar.
  1. Pastikan keluar paparan yang tertulis “Terima Kasih . Permohonan anda telah diterima. Status permohonan boleh disemak mulai .”
  2. Tekan butang CETAK & SIMPAN untuk simpan rekod permohonan i-Citra anda.
  3. Permohonan baru pengeluaran i-Citra tanpa i-Akaun kini sudah selesai.

 

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN I-CITRA KWSP

Pemohon yang telah memohon pengeluaran i-CITRA  di bawah boleh menyemak keputusan status permohonan mereka bermula (akan dikemaskini)

Bayaran akan dibuat jika permohonan telah diluluskan dan maklumat bayaran yang dikemukakan adalah teratur.

SOALAN LAZIM

Bilakah saya boleh memohon kemudahan i-CITRA?

Sekiranya anda layak, pemohon boleh mula memohon pada 12 Julai  2021

 

Apakah perkara penting yang perlu saya lakukan sebelum memohon i-CITRA?

Bagi melancarkan urusan permohonan nanti, pemohon digalakkan untuk mendaftar nombor telefon bimbit anda di cawangan atau kios KWSP dan mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun. Selain itu, pemohon mesti memastikan no. akaun yang didaftarkan milik mereka, masih aktif, dan bukan akaun bersama.

 

Bagaimanakah caranya saya boleh menyemak baki simpanan Akaun 2/1 saya?

Pemohon boleh menyemak baki simpanan Akaun 1 secara online melalui aplikasi atau portal i-Akaun atau cawangan atau kios KWSP yang terdekat.

 

Bila dan bagaimanakah pembayaran i-CITRA saya akan dibuat?

Pembayaran pertama i-CITRA  akan dibuat bermula Ogos  2021. Pembayaran akan dilaksanakan kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik pemohon sebelum akhir bulan berikutnya atau selepas kelulusan diberi.

Adakah saya perlu membayar semula amaun i-CITRA  yang dikeluarkan?

Pemohon tidak perlu membayar semula.

Jika saya telah memohon Pengeluaran i-Lestari/i-Sinar bolehkah saya memohon i-CITRA ?

Boleh. Mereka yang sedang menerima bayaran bulanan Pengeluaran i-SINAR juga boleh memohon i-CITRA.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Maklumat lanjut mengenai pengeluaran  i-CITRA KWSP , sila hubungi pihak KWSP di talian Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848 atau melayari laman web rasmi KWSP iaitu https://www.kwsp.gov.my/

Artikel lain i-CITRA KWSP

> Cara Login i-CITRA KWSP
> i-CITRA ONLINE(Mohon Online)
>CARA APPLY i-CITRA(Register Online)
>Bila duit i-CITRA masuk bank?
> Macam mana nak Semakan Bayaran i-CITRA?

Tags: #Adakah saya perlu membayar semula amaun i-CITRA  yang dikeluarkan? #Apakah perkara penting yang perlu saya lakukan sebelum memohon i-CITRA? #Bagaimanakah caranya saya boleh menyemak baki simpanan Akaun 2/1 saya? #Bila dan bagaimanakah pembayaran i-CITRA saya akan dibuat? #Bilakah saya boleh memohon kemudahan i-CITRA? #CARA PERMOHONAN I-CITRA KWSP #Jika saya telah memohon Pengeluaran i-Lestari/i-Sinar bolehkah saya memohon i-CITRA ? #PENGELUARAN i-CITRA KWSP ONLINE #SEMAKAN STATUS PERMOHONAN I-CITRA KWSP #SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN I-CITRA KWSP

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    PERMOHONAN BARU & KEMASKINI PENGELUARAN I-CITRA(12 Julai 2021)
    PERMOHONAN BARU & KEMASKINI PENGELUARAN I-CITRA(12 Julai 2021) Mulai 12 Julai 2021, ahli
    KWSP i-CITRA:PERMOHONAN BARU & SEMAK STATUS PENGELUARAN RM5000
    KWSP i-CITRA:PERMOHONAN BARU & SEMAK STATUS PENGELUARAN RM5000   Anda ingin tahu bagaimana
    iCITRA KWSP(Bagaimanakah Cara Keluarkan Duit RM5000)
    iCITRA KWSP(Bagaimanakah Cara Keluarkan Duit RM5000) Bagaimanakah Cara Keluarkan Duit iCITRA KWSP sebanyak 
    SEMAKAN BAYARAN i-CITRA 2021(Tarikh Duit Masuk Ogos 2021)
    SEMAKAN BAYARAN i-CITRA 2021(Tarikh Duit Masuk Ogos 2021)   Bagi anda yang tak
    1. author

      Norazman Norazman man3 months ago

      Norazman Norazman man

      Reply

    Leave a reply "PANDUAN PERMOHONAN PENGELUARAN i-CITRA KWSP ONLINE"