PERMOHONAN PENGELUARAN KWSP PENDIDIKAN (Ahli & Anak)

PERMOHONAN PENGELUARAN KWSP PENDIDIKAN (Ahli & Anak)

PENGELUARAN KWSP PENDIDIKAN

Kepada pencarum KWSP, kini pihak KWSP telah memperkenalkan kemudahan kepada pelanggannya iaitu permohonan pengeluaran KWSP pendidikan. Kemudahan ini diperkenalkan bagi memudah para ahli KWSP yang memerlukan bantuan pendidikan kepada anak-anak. Disini kami akan kongsikan cara permohonan pengeluaran secara online, semoga membantu..

 

APA ITU PENGELUARAN KWSP PENDIDIKAN

Pengeluaran ini diperkenalkan bagi memudahkan pencarum-pencarumnya bagi mengeluarkan akaun 2 KWSP . untuk membayar yuran pengajian diri sendiri atau anak-anak pencarum.

 

SIAPA YANG BOLEH MEMOHON PENGELUARAN KWSP UNTUK PENDIDIKAN?

Pengeluaran ini meliputi pengajian oleh:

  • Ahli KWSP
  • Anak kandung ahli KWSP
  • Anak tiri ahli KWSP
  • Anak angkat ahli KWSP

 

SYARAT KELAYAKAN PENGELUARAN KWSP PENDIDIKAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh KWSP kepada pemohom iaitu:

  1. Ahli mestilah bertaraf Warganegara Malaysia ATAU Bukan Warganegara Malaysia
  2. Ahli belum mencapai umur 55 pada tarikh permohonan dibuat
  3. Ahli mempunyai baki simpanan dalam Akaun 2
  4. Ahli atau anak belajar di IPT dalam negara sepenuh masa, separuh masa, PJJ dan francais yang dibenarkan.

 

KATEGORI PENGELUARAN KWSP PENDIDIKAN

Berikut adalah merupakan katagori pengeluaran ini iaitu:

  1. Pengeluaran untuk diri sendiri (ahli) bagi membiayai yuran pengajian atau menyelesaikan baki pinjaman pendidikan seperti pinjaman PTPTN.
  2. Pengeluaran bersama suami/isteri untuk membiayai yuran pengajian anak
  3. Pengeluaran bersama suami/isteri untuk menyelesaikan baki pinjaman pendidikan anak.

NOTA: Pengeluaran untuk pendidikan ini boleh dibuat setiap semester atau setiap tahun bagi setiap orang anak. Untuk pengeluaran menyelesaikan baki pinjaman pendidikan pengeluaran boleh dibuat dalam masa setahun selepas tamat pengajian untuk menyelesaikan bayaran yang tertunggak.

 

SENARAI IPT TERLIBAT PENGELUARAN KWSP PENDIDIKAN

Berikut adalah senarai IPT yang terlibat untuk membuat pengeluaran ini:

  • UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)
  • MMU (Multimedia University)
  • OUM (Universiti Terbuka Malaysia)
  • UiTM (Universiti Teknologi Mara)
  • UNITAR (Universiti Tunku Abdul Rahman)
  • UPM (Universiti Putra Malaysia)
  • UTMSPACE (Universiti Teknologi Malaysia School of Professional and Continuing Education)
  • UNITEN (Universiti Tenaga Nasional)
  • KUIS (Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor)
  • PKP UKM (Pusat Kembangan Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia)
  • UM (Universiti Malaya)

 

CARA PERMOHONAN PENGELUARAN KWSPPENDIDIKAN

Sebelum anda membuat transaksi secara online pastikan anda telah mengaktifkan i-Akaun KWSP terlebih dahulu. Kemduian berikut adlaah merupakan caranya:

  1. Log masuk ke i-Akaun KWSP: https://secure.kwsp.gov.my/secured/member/login
  2. Pada paparan utama klik pada menu PENGELUARAN
  3. Seterusnya Klik pada Permohonan Baru bagi yang pertama kali membuat permohonan, dan juga kepada yang ingin membuat pengeluaran membayar PTPTN/MARA.
  4. Isikan semua maklumat peribadi terkini anda, pastikan alamat surat menyurat dan no telefon yang dinyatakan adalah betul kerana pihak KWSP akan menghantar sebarang pemakluman ke no telefon yang dinyatakan.
  5. Pastikan No Bil, Tarikh Bil Dijana Dan Jumlah Bil adalah sama mengikut jumlah yang telah dijana di Financial Services di Portal Pelajar dari IPT anda. dan bagi PTPN dan MARA sila hubungi PTPTN/MARA untuk mengetahui No. Bil pelajar
  6. Setelah semua maklumat diisi, maklumat pelajar akan terus dihantar ke pihak Institusi untuk pengesahan.
  7. Kelulusan pengesahan Institutsi adalah dalam tempoh 2 ke 3 hari bekerja. Setelah pengesahan “permohonan berjaya” dihantar kepada pelajar melalui SMS, pelajar dikehendaki ke Kaunter KWSP untuk sahkan cap jari sebelum tarikh akhir yang diberikan.
  8. Setelah proses pengecaman cap jari selesai, pihak KWSP akan memberikan satu salinan PENGESAHAN PERMOHONAN PENGELUARAN. Proses pembayaran KWSP kepada Institusi akan mengambil tempoh masa sekurang kurangnya 28 hari bekerja.

NOTA: Kepada mereka yang sedang belajar di IPT tidak tersenarai diatas, anda juga boleh membuat pengeluaran KWSP untuk pendidikan, tetapi anda perlu berurusan secara Manual di pejabat KWSP yang terdekat dengan anda.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Pengeluran KWSP Pendidikan ini, anda boleh melayari website rasmi Kumpulan Simpanan Wang Pekerja di pautan https://www.kwsp.gov.my/ms/home

 

ARTIKEL LAIN

PERKHIDMATAN & SENARAI KIOSK KWSP 2022(Lokasi Near Me)

Tags: #APA ITU PENGELUARAN KWSP PENDIDIKAN #CARA PERMOHONAN PENGELUARAN KWSP PENDIDIKAN #KATEGORI PENGELUARAN KWSP PENDIDIKAN #PENGELUARAN KWSP PENDIDIKAN #SENARAI IPT TERLIBAT PENGELUARAN KWSP PENDIDIKAN #SIAPA YANG BOLEH MEMOHON PENGELUARAN KWSP UNTUK PENDIDIKAN? #SYARAT KELAYAKAN PENGELUARAN KWSP PENDIDIKAN

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    No related post!
    1. author

      zamri bin ismail2 tahun ago

      Permohonan untuk memerlukan modal bagi permudahkan urusan perniagaan kami Japanese halal.

      Reply
    2. author

      Khairul anuar bin MD sarji1 tahun ago

      Bertujuan menternak di lokasi yg amat sesuai
      Serta permintaan pasaran yg sgt baik dalam sektor penternakan bada masa ini …..

      Reply
    3. SEMAKAN DAN PERMOHONAN SKIM KREDIT MIKRO BSN(Check Kelulusan) -4 minggu ago

      […] Kecil dan Sederhana (PKS) yang terjejas akibat COVID-19 bagi sektor agromakanan boleh memohon SKIM PEMBIAYAAN KREDIT MIKRO AGROBANK jika […]

      Reply

    Leave a reply "PERMOHONAN PENGELUARAN KWSP PENDIDIKAN (Ahli & Anak)"