PENJANAKERJAYA PERKESO 2021:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN SYARAT PENGAMBILAN PEKERJA

PENJANAKERJAYA PERKESO 2021:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN SYARAT PENGAMBILAN PEKERJA

PENJANAKERJAYA PERKESO 2021

 

Melalui Belanjawan 2021,kerajaan akan meneruskan inisiatif pengambilan pekerja di bawah PERKESO yang kini dikenali sebagai PENJANAKERJAYA PERKESO 2021 dengan beberapa penambahbaikan:

Pertama: Insentif untuk pekerja bergaji 1,500 ringgit ke atas akan dinaikkan daripada kadar rata 800 ringgit sebulan, kepada 40 peratus daripada gaji bulanan, terhad kepada insentif maksimum 4,000 ringgit sebulan;

Kedua: Bagi menggalakkan peluang pekerjaan kepada golongan OKU, penganggur jangka panjang dan pekerja yang diberhentikan, majikan akan diberi insentif tambahan sebanyak 20 peratus, menjadikan keseluruhan insentif majikan berjumlah 60 peratus; dan

Ketiga: Bagi sektor dengan kebergantungan tinggi kepada pekerja asing seperti pembinaan dan perladangan, insentif khas sebanyak 60 peratus daripada gaji bulanan disediakan dengan 40 peratus disalurkan terus kepada majikan dan 20 peratus kepada pekerja tempatan yang menggantikan pekerja asing.

Ketiga-tiga perkara ini, insentif diberikan untuk tempoh enam bulan; dan

Keempat: Bagi mereka yang telah diambil bekerja di bawah PenjanaKerjaya, kos maksimum program latihan yang layak dituntut majikan dinaikkan daripada 4,000 kepada 7,000 ringgit bagi menjalani program kemahiran tinggi atau sijil profesional.

Bagi menjayakan keempat-empat inisiatif PenjanaKerjaya ini, sejumlah 2 bilion ringgit diperuntukkan dan dijangka dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada 250 ribu pencari kerja.

CARA PERMOHONAN PENJANAKERJAYA PERKESO

Untuk semak kekosongan pekerjaan perlu buat semakan pada Portal MYFutureJobs.

Majikan boleh mendaftarkan profil majikan di Portal PenjanaKerjaya melalui laman sesawang penjanakerjaya.perkeso.gov.my.

SOALAN LAZIM PENJANAKERJAYA PERKESO

Bagaimanakah pembayaran insentif di bawah PenjanaKerjaya dilaksanakan?

Bayaran insentif di bawah PenjanaKerjaya adalah secara bulanan kepada majikan selepas bayaran caruman wajib seperti PERKESO dilaksanakan (bulan seterusnya);

Adakah majikan akan menerima insentif di bawah PenjanaKerjaya sekiranya pekerja dan perantis tersebut meletakkan jawatan atau diberhentikan?

Insentif yang berikutnya di bawah PenjanaKerjaya TIDAK DIBAYAR kepada majikan sekiranya pekerja dan perantis tersebut meletakkan jawatan atau telah diberhentikan.

Apakah takrifan pekerja yang dimaksudkan bagi insentif di bawah PenjanaKerjaya?

Pekerja bagi insentif di bawah PenjanaKerjaya adalah mengikut takrifan ‘pekerja’ di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan (Akta 800).

Bagaimanakah semakan status permohonan boleh dilakukan oleh pihak majikan?

Majikan boleh membuat semakan status permohonan di Portal PenjanaKerjaya di penjanakerjaya.perkeso.gov.my .

Apakah tindakan yang perlu diambil oleh pekerja terhadap majikan yang menerima insentif di bawah PenjanaKerjaya sekiranya pekerja tidak menerima gaji bulanan atau gaji mereka dipotong oleh majikan?

Pekerja yang mempunyai aduan berkenaan tidak menerima gaji bulanan atau gajinya dipotong boleh merujuk kepada Jabatan Tenaga Kerja.

Berapa lama tempoh pelaksanaan insentif  PENJANAKERJAYA?

Diberikan selama 6 bulan.

Untuk lebih jelas tentang PENJANAKERJAYA,klik DISINI

 

Tags: #CARA PERMOHONAN PENJANAKERJAYA PERKESO #PENJANAKERJAYA PERKESO 2021

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    eRumah Johor 2022:DAFTAR,PERMOHONAN & SEMAKAN RUMAH MAMPU MILIK JOHOR
    eRumah Johor 2022:DAFTAR,PERMOHONAN & SEMAKAN RUMAH MAMPU MILIK JOHOR   APA ITU eRumah
    TESP MARA 2022 (Permohonan & Semakan Status Tajaan)
    TESP MARA 2022 (Permohonan & Semakan Status Tajaan)   Majlis Amanah Rakyat (MARA)
    INSENTIF PENGELUARAN GETAH (CARA & SEMAKAN PERMOHONAN IPG)
    INSENTIF PENGELUARAN GETAH (CARA & SEMAKAN PERMOHONAN IPG)   Pekebun kecil boleh membuat
    GERAN RISDA RM20,000 : CARA PERMOHONAN PROGRAM AKTIVITI EKONOMI TAMBAHAN( AET)
    GERAN RISDA RM20,000 : CARA PERMOHONAN PROGRAM AKTIVITI EKONOMI TAMBAHAN( AET) APA ITU
    1. author

      NITTHIYA2 tahun ago

      bagaimana mohon penjanakerjaya 2.0

      Reply
    2. author

      NITTHIYA2 tahun ago

      Bagaimana mohon penjanakerjaya2.0

      Reply
    3. author

      ONN YEN HORNG2 tahun ago

      SEMAKAN & PERMOHONAN UNTUK SYARIKAT BEROPERASI SEMASA PKP 3.0-Permohonan No:0-00836201
      Syarikat saya adalah sektor Pengedaran/Pemborongan Makanan dan Minuman

      Reply

    Leave a reply "PENJANAKERJAYA PERKESO 2021:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN SYARAT PENGAMBILAN PEKERJA"