PERBANKAN SMS BSN 2023(Cara Daftar Senarai Kod & Perkhidmatan Ditawarkan )
Kepada pengguna Bank Simpanan Nasional, anda kini tidak perlu risau sekiranya anda tidak dapat menggunakan perbankang online kerana BSN juga menyediakan perkhidmatan SMS untuk pelbagai kemudahan perbankan.
Bagaimana cara daftar perbankan SMS BSN? Di sini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU PERBANKAN SMS BSN
Melalui SMS BSN anda juga boleh menggunakannya untuk memindahkan wang, tambah nilai kad telefon prabayar anda dan membayar bil pada masa yang sesuai untuk anda.
Antara manfaat yang diterimea menggunakan perkhidmatan ini adalah:
- Tiada perlu lagi beratur di bank!
- Anda boleh membayar bil dengan selesa di rumah sendiri, di tempat kerja, di kafe, di taman, di mana-mana sahaja!
- Transaksi yang selamat dan terjamin.
KELAYAKAN
Pemegang akaun BSN GIRO / GIRO-i dengan mana-mana daripada yang berikut:
- Kad ATM BSN (Matrix / Matrix-i, GIRO / GIRO-i)
- Memiliki telefon bimbit
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
Berikut adalah antara perkhdimatan yang ditawarkan melalui SMS BSN:
- Pertanyaan Baki (GIRO / GIRO-i / Kad Kredit)
- Semak baki semua akaun anda dengan mudah
- Pemindahan Dana (Akaun Sendiri / Pihak Ketiga)
- Pemindahan wang dengan mudah dan selamat sama ada ke akaun sendiri atau pihak ketiga
- Pembayaran Bil
- Bayar bil dengan serta-merta ketika dalam perjalanan dengan Perbankan SMS BSN
- Tambah Nilai Prabayar
- Tambah nilai prabayar melalui BSN
- Pembayaran Kad Kredit (Sendiri / Pihak Ketiga)
- Bayar kredit kad BSN anda atau kad kredit pihak ketiga dengan mudah dan selamat
- Pembelian SSP
- Jadi salah seorang Jutawan BSN SSP! Masuk mana-mana skim BSN SSP melalui telefon bimbit anda dengan mudah
- Pembelian PIN
- Anda telah tamat persekolahan! Sekarang ambillah langkah pertama untuk melalui pengalaman ‘kehidupan di kampus’ dengan Perbankan SMS BSN.
CARA PENDAFTARAN SMS BSN
Berikut adalah merupakan cara daftar perkhidmatan SMS BSN:
- Daftar untuk perkhidmatan:
- Pergi ke mana-mana Cawangan BSN dan daftarkan nombor telefon bimbit anda.
- UAC (4 digit) akan diberikan kepada anda melalui cetakan pada Borang SMP-1.
- Apabila pendaftaran berjaya dilakukan, anda akan menerima SMS yang mengandungi M-PIN (6 digit) dan UAC (2 digit).
- Aktifkan perkhidmatan:
- Masukkan ACTM-PIN6 digit UAC (4 digit + 2 digit)
- Hantarkan ke BSN:
- SMS kod pendek (36898), atau 019-2866180 (Celcom), 017-3776180 (Maxis) dan 014-3386180 (DiGi)
- Mulakan aktiviti perbankan
CAJ YANG DIKENAKAN
Berikut adalah caj yang akan dikenakan pada setiap tranksaksi:
Bil | PERKHIDMATAN | CAJ PERKHIDMATAN | BUTIR-BUTIR |
1 | Pendaftaran | Percuma | |
2 | Pengaktifan | Percuma | |
3 | Penyelenggaraan | Percuma untuk sekali setahun RM0.50 | · Tukar bahasa · Tukar M-PIN · Tukar nombor telefon bimbit · Tukar Had Bagi setiap transaksi seterusnya. |
4 | Pertanyaan Baki | Percuma RM0.50 | Percuma untuk satu pertanyaan baki sebulan. Bagi setiap pertanyaan baki seterusnya dalam bulan yang sama. |
5 | Tambah Nilai Prabayar | RM0.25 | Bagi setiap transaksi. |
6 | Pindahan Dana | RM0.50 | Bagi setiap transaksi. |
7 | Pembayaran Bil | RM0.50 | Bagi setiap transaksi. |
8 | Pembelian PIN | RM0.50 | Bagi setiap transaksi. |
9 | Pembelian SSP | RM0.25 | Bagi setiap transaksi. |
10 | Pembayaran Kad Kredit BSN | RM0.50 | Bagi setiap transaksi. |
11 | Akaun Tak Cukup | RM0.50 | Bagi setiap transaksi yang berjaya. |
12 | Jawapan Silap Mesej | RM0.25 | Bagi setiap transaksi. |
13 | Pertanyaan BSN : SMS | RM0.25 | Pertanyaan tentang: · Pembelian Pin UPU, Tambah Nilai Prabayar dan format Pembelian SSP. · Senarai Pembayaran Bil, Pembelian Pin UPU, Pembelian SSP dan Tambah Nilai Prabayar. |
KOD TRANSAKSI
Berikut adalah merupakan Kod Transaksi perbankan SMS BSN:
TRANSAKSI | KOD TRANSAKSI |
Pembelian Top-Up | TOPUP <> mpin <> kod.topup <> (no. penerima) |
Senarai Kod Top-Up | LIST<>TOPUP<>NILAI |
Pertanyaan Baki | BAL <> mpin |
Pembayaran Bil | BILL <> mpin <> kod.bil <> no.akaun.bil <> amaun |
Bayaran Kad Kredit BSN | CARD <>mpin <> no.kad kredit <> amaun |
Kod Top-Up Bil | LIST<> BIL |
Pemindahan Dana | TRF <> mpin <> akaun penerima <> amaun |
Pembelian Pin | PIN <> mpin <> kod.kursus <> no.KP calon |
Kod Senarai Kursus | LIST<> PIN |
Pembelian SSP | SSP <> mpin <> amaun |
Tukar Bahasa | CHG <> LANG <> mpin <> bahasa.pilihan |
Nota: Kod Arahan tidak sensitif huruf.
LOKASI TRANSAKSI
Berikut adalah lokasi transaksi yang anda boleh lakukan:
TRANSAKSI | KAUNTER | ATM & CDM | PUSAT KHIDMAT PELANGGAN |
Pendaftaran Akaun – Untuk pendaftaran Perbankan SMS. | ✓ | ||
Pembatalan – Untuk perkhidmatan pembatalan atau HP. | ✓ | ✓ | ✓ |
Tukar M-Pin – Menukar M-Pin anda. | ✓ | ✓ | ✓ |
Tukar Had Pemindahan – Menukar had debit untuk Perbankan SMS anda. | ✓ | ✓ | ✓ |
Tukar HP – Menukar no. pendaftaran HP. | ✓ | ✓ | |
Tukar Bahasa – Penukaran Bahasa untuk Perbankan SMS. | ✓ | ✓ | ✓ |
SOALAN LAZIM
Saya tidak memiliki akaun dengan myBSN. Masih bolehkah saya menggunakan perkhidmatan ini?
Sila layari laman web kami untuk mengetahui tentang bank, produk dan perkhidmatan kami. Walau bagaimanapun, untuk berurusan secara dalam talian dengan MyBSN, anda perlu memiliki Akaun Simpanan dengan kad ATM dan PIN ATM dan mendaftar dengan MyBSN
Bolehkah saya daftar nombor telefon bimbit luar negara?
Pada masa ini kami tidak buka pendaftaran TAC menggunakan nombor telefon bimbit luar negara.
Apakah Pembayaran Bil?
Pembayaran Bil ialah kemudahan pembayaran yang membolehkan anda membayar bil kepada badan-badan penerima yang tersenarai melalui myBSN.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai perbankan SMS BSN, anda boleh
- Layari web rasmi BSN
- Hubungi HOTLINE BSN: 1300 88 1900
- Email: [email protected]
ARTIKEL LAIN
myBSN:CARA REGISTER,LOGIN & SEMAKAN BAKI AKAUN ONLINE
LOGIN BSN ONLINE:CARA LOG MASUK MyBSN INTERNET BANKING(mybsn.com.my)
Macamana cara nak daftar sms bsn
Tak dapat loging mybsn..
Perbankan sms bsn
Check
Slm gdmorning,saya meminta tlg pada pihak bank BSN tlg saya Kerna saya tidak tahu bagaimana nak guna online dan saya juga tiada card debit card yg saya hanya ada ATM card sahaja yg belum pernah saya guna seperti Maybank 2 u